Surau Al-Ansar Suakasih BTHO

Surau Al-Ansar Suakasih BTHO Surau yang terletak di komuniti Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn telah ditubuhkan pada tahun 2005. Berkonsepkan gedung ilmu dan penerapan ukhuwah.

Alhamdulillah, pagi ini, Surau Al Ansar diwakili oleh Tuan Pengerusi, telah menerima cek bernilai RM2,000 bagi tujuan pr...
01/03/2026

Alhamdulillah, pagi ini, Surau Al Ansar diwakili oleh Tuan Pengerusi, telah menerima cek bernilai RM2,000 bagi tujuan program Ihya Ramadan sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Bangi.

Majlis serahan cek telah dilakukan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Bandar Baru Bangi di mana secara keseluruhannya, hampir 70 buat masjid, surah dan musolla yang menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Bin Johan.

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š๐š ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐€๐ค๐ฆ๐š๐ฅ ๐˜๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฆ๐ซ๐ข Sama-sama kita mendoakan semoga Saudara Yassin diberikan sebaik-baik ...
16/02/2026

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š๐š ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐€๐ค๐ฆ๐š๐ฅ ๐˜๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฆ๐ซ๐ข

Sama-sama kita mendoakan semoga Saudara Yassin diberikan sebaik-baik kesihatan, insyaAllah.

Alhamdulillah, selesai sudah program gotong royong Surau Al Ansar sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia h...
08/02/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program gotong royong Surau Al Ansar sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia hanya beberapa hari sahaja lagi.

Program seperti ini adalah satu manifestasi keterujaan kita untuk memasuki madrasah Ramadhan buat kesekian kalinya.

Program ini juga bukan sekadar ahli kariah berganding bahu membersihkan surau, ia juga merupakan medan mengeratkan ukhuwwah sesama kita.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, samada secara langsung, mahupun tidak langsung.

Alhamdulillah, sejak iSAR Al Ansar dilancarkan, pihak surau telah menerima 2 maklumbalas daripada ahli kariah.Sememangny...
03/02/2026

Alhamdulillah, sejak iSAR Al Ansar dilancarkan, pihak surau telah menerima 2 maklumbalas daripada ahli kariah.

Sememangnya pentadbiran Surau Al Ansar mengamalkan dasar pintu terbuka dalam menerima cadangan, komen dan aduan daripada ahli kariah. Melalui iSAR Al Ansar, pengurusan maklumbalas daripada ahli kariah adalah lebih tersusun dan berkesan.

Pihak surau mengalu-alukan sebarang pandangan, komen, cadangan mahupun aduan daripada ahli kariah yang boleh disalurkan melalui aplikasi iSAR Al Ansar demi kebaikan surau dan jemaah kita.

31/01/2026

Korang tau tak, korang boleh jual barang, beli barang kat iSAR Al Ansar?

Apa??? Tak tahu???

Ni admin belanja satu video. Lepas ni, korang jual beli kat iSAR je tau ๐Ÿ˜€.

Klik link untuk download iSAR
https://al-ansar.iSAR.my/

30/01/2026

iSAR Al Ansar ialah platform digital Surau Al Ansar. Yang ni kita tahu.

Tetapiโ€ฆapa tujuan sebenar ia dilancarkan?

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat AF Ust Wan Jemizan atau penerimaan Watikah Pelantikan Nazir Masjid Bandar Tun Hussei...
29/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat AF Ust Wan Jemizan atau penerimaan Watikah Pelantikan Nazir Masjid Bandar Tun Hussein Onn dan juga buat AF Ust Mohd Faisal dan AF Ust Arif di atas Watikah Pelantikan sebagai Imam-imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Semoga Syiar Islam terus berkembang di Bandar Tun Hussein Onn dan rumah-rumah Allah terus diimarahkan, insyaAllah.

ISTIADAT PENGANUGERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
NAZIR DAN IMAM MASJID-MASJID NEGERI SELANGOR
SESI 2026โ€“2030

๐Ÿ“ Istana Alam Shah, Klang
๐Ÿ“… 28 Januari 2026

Telah berlangsung Istiadat Penganugerahan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor bagi Sesi 2026โ€“2030 yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor, bertempat di Istana Alam Shah, Klang.

Istiadat bersejarah ini melibatkan seramai 850 orang penerima dari seluruh Negeri Selangor, terdiri daripada Nazir dan Imam masjid-masjid negeri yang dilantik bagi tempoh perkhidmatan 2026 hingga 2030.

Turut berangkat dan hadir ke istiadat ini ialah Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, Ketua Polis Selangor; Datoโ€™ Seri Amirudin bin Shari, Datoโ€™ Menteri Besar Selangor; Datoโ€™ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Tuan Dr. Mohamad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor; serta S.S. Datoโ€™ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Hadir sama ialah Dif-Dif Kehormat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, pegawai-pegawai kanan JAIS dan Pentadbiran Agama Daerah, Nazir-Nazir dan Imam-Imam Masjid Negeri Selangor Sesi 2026โ€“2030, Ahli Jawatankuasa Masjid, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, serta rakan-rakan media.

Pihak Masjid Bandar Tun Hussein Onn (MBTHO) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Nazir, Ustaz Wan Jemizan, serta Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, iaitu Ustaz Mohd Faisal dan Ustaz Arif, atas penganugerahan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor bagi Sesi 2026โ€“2030.

Semoga amanah dan kepercayaan yang dikurniakan ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, keikhlasan dan integriti, seterusnya terus memperkukuh usaha pengimarahan masjid, pemerkasaan ukhuwah ummah, serta pembangunan masyarakat setempat secara berterusan

๐€๐ฅ ๐€๐ง๐ฌ๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž ๐๐ข ๐ข๐’๐€๐‘ ๐€๐ฅ ๐€๐ง๐ฌ๐š๐ซAlhamdulillah, sejak dilancarkan pada 25 Januari 2026, Al Ansar Marketplace telah m...
29/01/2026

๐€๐ฅ ๐€๐ง๐ฌ๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž ๐๐ข ๐ข๐’๐€๐‘ ๐€๐ฅ ๐€๐ง๐ฌ๐š๐ซ

Alhamdulillah, sejak dilancarkan pada 25 Januari 2026, Al Ansar Marketplace telah menerima pendaftaran daripada 18 peniaga dengan 30 barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Marketplace ini bukan sekadar tempat mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan. Lebih dari itu, ia adalah tempat untuk orang ramai membeli barangan keperluan mereka dan mendapatkan pelbagai jenis perkhiodmatan yang ditawarkan.

Jom kita ramai-ramai masuk ke Al Ansar Marketplace sambil membantu perniagaan dari kalangan ahli kariah kita sendiri.

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š๐š ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐‡๐ž๐ณ๐ฆ๐š๐ง Sama-sama kita mendoakan semoga Allah permudahkan segalanya bagi Saudara Hezman dan diangka...
28/01/2026

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š๐š ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐‡๐ž๐ณ๐ฆ๐š๐ง

Sama-sama kita mendoakan semoga Allah permudahkan segalanya bagi Saudara Hezman dan diangkat kesakitan yang ditanggung dan semoga keluarganya juga diberikan ketabahan dan kesabaran, insyaAllah.

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐’๐˜๐ˆ๐…๐€๐€ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐‘๐€๐™๐ˆ๐… ๐๐ˆ๐ ๐Ž๐“๐‡๐Œ๐€๐Sama-sama kita mendoakan agar Saudara Mohamad Razif (Mat Siakap) diberikan...
28/01/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐’๐˜๐ˆ๐…๐€๐€ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐‘๐€๐™๐ˆ๐… ๐๐ˆ๐ ๐Ž๐“๐‡๐Œ๐€๐

Sama-sama kita mendoakan agar Saudara Mohamad Razif (Mat Siakap) diberikan kesembuhan dan dikurniakan dengan sebaik-baik kesihatan, insyaAllah.

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐Š๐ก๐š๐ซ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐‘๐š๐Ÿ๐ขJawatankuasa Al Ansar telah menziarahi Saudara Kharzul di kediamannya di Suakasih. Baru...
27/01/2026

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐Š๐ก๐š๐ซ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐‘๐š๐Ÿ๐ข

Jawatankuasa Al Ansar telah menziarahi Saudara Kharzul di kediamannya di Suakasih.

Baru-baru ini, ayahanda beliau telah meninggal dunia.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga rohAllahyarham Encik Md Yazid Bin Sharif ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga.

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

"Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia, sejahterakan ia dan ampuni dosa dan kesalahannya."

Address

Jln Suakasih 2/3, Tun Hussein Onn,
Cheras, Selangor
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ansar Suakasih BTHO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share