DAKAP Cawangan Selangor

Directions

DAKAP Cawangan Selangor DAKAP adalah singkatan kepada Dana Kemanusiaan PAPISMA, merupakan inisiatif di bawah Pertubuhan Amal

DAKAP Selangor Santuni 10 Keluarga Ibu Tunggal dalam Misi Ziarah KasihSelangor, 15 November 2025 – Prihatin terhadap gol...
16/11/2025

DAKAP Selangor Santuni 10 Keluarga Ibu Tunggal dalam Misi Ziarah Kasih

Selangor, 15 November 2025 – Prihatin terhadap golongan yang memerlukan, DAKAP Selangor telah melaksanakan satu misi ziarah kebajikan melibatkan 10 keluarga ibu tunggal di sekitar Semenyih, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Pelabuhan Klang.

Program ziarah yang berlangsung pada hari Sabtu itu bertujuan menyantuni asnaf khususnya ibu tunggal yang berdepan cabaran hidup, termasuk dua keluarga yang mempunyai anak dengan masalah kesihatan. Lawatan dilakukan secara bersemuka bagi memastikan setiap keluarga disantuni dengan penuh perhatian dan empati.

Dalam misi ini, DAKAP Selangor telah menyampaikan pek barangan dapur, beras serta bantuan wang tunai, sebagai usaha meringankan beban sara hidup mereka. Semua sumbangan diserahkan secara langsung kepada para penerima, membuktikan komitmen DAKAP dalam memastikan bantuan sampai ke tangan yang memerlukan.

Seorang petugas DAKAP berkata, usaha sebegini bukan sahaja menyokong kebajikan masyarakat, tetapi juga mengukuhkan hubungan kasih sayang sesama insan.
“Semoga setiap keluarga yang diziarahi diberi kekuatan, dan anak-anak yang sakit dikurniakan kesembuhan,” katanya.

DAKAP turut mengingatkan bahawa kesabaran dalam menghadapi ujian adalah jalan menuju ganjaran besar, seperti sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang ditimpa keletihan, kesakitan atau kesusahan, maka Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.”

Program ziarah kali ini menjadi bukti usaha berterusan DAKAP Selangor dalam memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian.



Alhamdulillah,  wakil Dakap Papisma Cawangan Selangor telah meyampaikan sumbangan buat satu keluarga asnaf di Bandar Pun...
16/02/2025

Alhamdulillah, wakil Dakap Papisma Cawangan Selangor telah meyampaikan sumbangan buat satu keluarga asnaf di Bandar Puncak Alam berupa barangan dapur dan juga wang tunai.

Bila ditanya berkenaan persiapan sekolah anaknya yang bakal masuk Tahun 1, malu-malu dia jawab, belum siap lagi, guna apa yang ada saja dari kakaknya yang di Tahun 4.

Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga yang turut menanti kelahiran cahaya mata baru bulan Ramadhan ini. Amin YRA.

Alhamdulillah syukur selesai sudah program pertama Dakap Papisma Cawangan Selangor bagi tahun 2025.Pada 2/2/2025 yang le...
16/02/2025

Alhamdulillah syukur selesai sudah program pertama Dakap Papisma Cawangan Selangor bagi tahun 2025.

Pada 2/2/2025 yang lepas, Dakap Papisma Cawangan Selangor dengan kerjasama bersama dengan Nisa' Pandan Dalam telah berjaya menganjurkan Program I Love School di Surau Ar Raihan, Taman Melur, Ampang. Seramai 33 orang pelajar asnaf telah menerima barangan sekolah bernilai RM50 berserta wang tunai sebanyak RM150. Jumlah kumulatif sumbangan adalah bernilai RM1500.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban waris pelajar bagi persiapan anak-anak sempena pembukaan sesi persekolahan yang baru tahun ini.

6 April 2024.Alhamdulillah, selesai mengagihkan "food basket" bagi persiapan raya serta wang saku  bantuan aidilfitri.Ka...
07/04/2024

6 April 2024.

Alhamdulillah, selesai mengagihkan "food basket" bagi persiapan raya serta wang saku bantuan aidilfitri.

Kali ini ziarah kasih di sekitar Bandar Seri Putra, Kajang dan Bangi. Semoga menjadi asbab penerima bantuan mengukir senyuman di pagi lebaran ini.

Pada 2 Mac yang lepas, terukir satu lagi tarikh bersejarah kerjasama antara Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) bersama Per...
28/03/2024

Pada 2 Mac yang lepas, terukir satu lagi tarikh bersejarah kerjasama antara Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) bersama Persatuan Kebajikan Wanita Subang (BALQISH) buat kesekian kalinya.

Kali ini, beg sekolah beserta alat tulis dan juga sedikit wang saku hasil sumbangan daripada rakyat yang prihatin telah berjaya diserahkan kepada 40 orang penerima terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada kalangan asnaf.

Hadir mereka di Surau Al-Kauthar, Puchong Perdana menunggu kehadiran kami sejak pagi lagi. Kelihatan wajah² ceria dan teruja yang sudah cukup menyampaikan cerita daripada hati kecil mereka. Terpandang wajah ibu ayah yang berharap dan begitu bersyukur menerima hasil pemberian ini. Terlepas sedikit beban menyediakan keperluan sekolah dan juga persiapan bagi menyambut Ramadhan yang bakal tiba.

Terima kasih kami ucapkan kepada para dermawan. Semoga hasil sumbangan ini dapat membantu melahirkan generasi yang berilmu dan bersahsiah mulia agar terangkat sinar Islam ke seantero dunia.

Puchong Perdana, Selangor
2 Mac 2024

🎒Back To School 2024 kali ini di Kawasan Hulu Selangor. DAKAP Cawangan Selangor dengan kolaborasi bersama NGO Smile& Car...
28/03/2024

🎒Back To School 2024 kali ini di Kawasan Hulu Selangor.

DAKAP Cawangan Selangor dengan kolaborasi bersama NGO Smile& Care sebagai "tuan rumah" dan Muslim Care Malaysia Society telah bekerjasama menjayakan program ini.

🗓 24 Feb 2023 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi - 1 petang
🏤 Pasaraya Sakan Jalan Pasar,35900,Tanjung Malim.

🧕 PIC Rosnani Ab. Talib sangat ramah dan aktif menyelia dan menyantuni 50 orang pelajar asnaf untuk membeli belah segala kelengkapan dan keperluan sekolah di pasaraya ini.

Biar sedikit tapi ada, biar lambat asalkan sempat dan rezeki Allah sama dikongsi. Semoga sedikit perkongsian ini menjadi asbab dan pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar ini.

Aamiin.

Alhamdulillah, tanggal 18 Februari 2024  yang lalu, dengan izinNya DAKAP Selangor sekali lagi mencoret kenangan bekerjas...
28/03/2024

Alhamdulillah, tanggal 18 Februari 2024 yang lalu, dengan izinNya DAKAP Selangor sekali lagi mencoret kenangan bekerjasama dengan ‘Tuan Rumah’ yang lincah dan ceria iaitu Nisa' Pandan menjalankan program Program NSK I Love School 2024 bertempat di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Turut serta rakan NGO iaitu Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL), Pertubuhan Muslim Profesional Malaysia (IMProf) dan Masjid Al-Azim dalam menjayakan program ini.

Seramai 35 orang pelajar dalam kalangan asnaf yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Pandan diraikan dengan sumbangan kit barangan keperluan sekolah berserta wang tunai RM200 bagi setiap penerima.

Penuh semangat setiap wakil NGO yang tak lokek berkongsi pengalaman sebagai buah cerita yang memotivasikan pelajar yang diraikan.

Biar sedikit tapi ada, biar lambat asalkan sempat dan rezeki Allah sama dikongsi. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang menjayakan program ini. Allah sahajalah yang layak membalas budi dan semoga dapat bertemu dalam program yang akan datang.

Jazakallahu khairan kathira.

09/01/2024
Penyerahan sumbangan Dakap Cawangan Selangor buat penerima sumbangan En. Faizul yang diuji dengan penyakit angin ahmar (...
08/01/2024

Penyerahan sumbangan Dakap Cawangan Selangor buat penerima sumbangan En. Faizul yang diuji dengan penyakit angin ahmar (stroke) pada Ogos 2023 lalu. Beliau masih dalam fasa cuti sakit dan dalam rawatan di hospital termasuk latihan fisioterapi.

Didoakan semoga urusan En. Faizul dan keluarga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.

Jelajah Dakap - 3 Disember 2023Rumah PertamaPenerima sumbangan adalah seorang balu dengan 3 orang anak. Beliau mempunyai...
08/01/2024

Jelajah Dakap - 3 Disember 2023

Rumah Pertama
Penerima sumbangan adalah seorang balu dengan 3 orang anak. Beliau mempunyai kelulusan ijazah FSKK UKM namun telah diuji dengan kehilangan jari kaki semasa kemalangan di kampus.Pembedahan telah dilakukan dan "skin grafting" juga telah dibuat. Kekangan disebabkan tidak berkerja dan kehilangan punca pendapatan telah meyukarkan beliau untuk berulang alik ke hospital dan sukar hadir temujanji di hospital.

Apabila suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,halangan semakin bertambah.Tiada pengangkutan sendiri,kalau menyewa, belanja terlalu besar untuk mereka dan anak-anak yang kecil dan perlukan perhatian menyekat lagi pergerakan beliau. Kaki kanannya selalu sakit dengan luka yang belum sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, masih ada jiran- jiran sekeliling dengan belas ihsan menyumbangkan saline untuk cucian luka beliau.

Perbelanjaan seharian termasuk sekolah anak-anak dibantu oleh duit zakat. Ada juga beliau menjual barangan beku seperti nugget dan ayam dengan peti sejuk yang dihadiahkan oleh sahabatnya. Namun, beliau tidak dapat menjualnya dengan banyak kerana kesukaran pergerakannya.

Daripada pemeriksaan DAKAP tempoh hari,luka beliau nampak bersih cuma agak kering. Pihak Dakap Cawangan Selangor bercadang untuk membelikan kasut khas untuk beliau dan membawa beliau ke klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan surat rujukan ke hospital.

Rumah kedua

Penerima sumbangan kedua adalah penerima yang berusia dalam lingkungan 50-an yang tinggal bersama dengan 2 orang cucu yang telah kehilangan ibu bapa. Beliau telah menerima sedikit bantuan duit zakat untuk menampung perbelanjaan seharian- sewa rumah,makan seadanya dan perbelanjaan sekolah cucu.

Bersama ziarah ini adalah Ketua Muslimat Bangi, Puan Hamsatul dan 2 orang lagi Muslimat kawasan. Sumbangan beras dan barangan kering yang lain serta wang saku berjumlah RM150 telah disumbangkan bagi setiap rumah yang dilawati.

Semoga sedikit sebanyak ziarah ini dapat meringankan beban penerima.

Address

Cheras, Selangor

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAKAP Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share