Yayasan Salam Malaysia

Yayasan Salam Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Salam Malaysia, Nonprofit Organization, A-2-11, Blok A, Megan Phoenix, Jalan 2/142A Off Jalan Cheras, Cheras, Cheras, Kuala Lumpur.

SALAM in short, is an independent, non-profit organization formed to promote a spirit of volunteer service among Malaysians and to provide opportunities for them to work as volunteers with communities in need at home and abroad.

Assalamualaikum wbkth..Sempena Aidil Adha 2026 yang bakal menjelang, Kami berbesar hati menjemput tuan/puan menyertai pe...
10/04/2026

Assalamualaikum wbkth..
Sempena Aidil Adha 2026 yang bakal menjelang, Kami berbesar hati menjemput tuan/puan menyertai perlaksanaan ibadah korban & akikah bersama kami di bumi Kemboja. Untuk makluman penganjuran ibadah korban & akikah ini telah kami laksanakan sejak 2005 lagi, justeru kami memiliki wakil tetap yang dipercayai di wilayah-wilayah terpilih di sekitar Kemboja.

Sudah tentulah juga, kepercayaan anda menjadi tanggungjawab kami dalam memastikan ibadah ini dilaksanakan sebagaimana yang telah disyariatkan. Insya-Allah.

Tuan/ puan yang budiman, ia bukan sahaja peluang melaksanakan ibadah dengan kos yang 'mampu milik' tetapi peluang berkongsi rezeki dengan mereka yang amat-amat memerlukan. Mari bersama kami dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Terima kasih.

09/04/2026

INFO TERKINI!!

PROJEK PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG LESTARI - MADRASAH DARUL QURAN, KEMBOJA

Rakaman video dari tapak projek.

Mari bersama kita Menjana Perubahan Bermakna.

------------------------
Anda akan memperolehi Resit Pengecualian Cukai dengan sumbangan RM50.00 dan ke atas (LHDN.AG.600-12/1/4-6.4554).

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun;
Nama Akaun; Yayasan Salam Malaysia
Nama Bank; Public Bank Berhad
No. Akaun; 307-287-930-2
Ref: Madrasah Kemboja

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; 014 647 1642 / 012 301 3701.

Sila hantarkan bukti pembayaran anda kepada mana-mana nombor telefon yang tertera diatas beserta alamat lengkap bagi tujuan pengeluaran resit rasmi.

Terima kasih banyak!




WAQF & CROWDFUNDING  FOR SUSTAINABLE FREE-RANGE CHICKEN PROJECT: MADRASAH DARUL QURAN, RATANAKIRI, CAMBODIAMadrasah Daru...
06/04/2026

WAQF & CROWDFUNDING FOR SUSTAINABLE FREE-RANGE CHICKEN PROJECT: MADRASAH DARUL QURAN, RATANAKIRI, CAMBODIA

Madrasah Darul Quran (MDQ) served as a dedicated host for Yayasan Salam Malaysia during the Qurban and Humanitarian Missions in Cambodia in 2023 and 2024. Located 560 km from Phnom Penh, MDQ sits in a remote area, far from urban development and public attention. Despite these challenges, the Madrasah has consistently produced high-quality and excellent Hafiz (Quran memorizers). This is exemplified by 18-year-old Bukhari bin Abdul Rashid, who emerged as the champion of the 2025 National Tahfiz Competition, which saw participation from 14 other madrasahs across Cambodia.

Currently, MDQ is facing severe financial constraints. For over a year, teachers' salaries have been capped at only RM300 per month, and at times, they receive no payment at all. To sustain the students' basic food needs, the teachers cultivate their own paddy fields. They also take on manual labor in cashew plantations to cover the madrasah’s essential expenses. Previously, MDQ attempted small-scale poultry farming and vegetable cultivation, but these efforts faltered due to a lack of revolving capital.

Following discussions with MDQ, a sustainable free-range Chicken Project has been proposed. This initiative is envisioned to generate long-term sustainable income, provide a consistent source of protein for the students, and serve as a practical platform for students to acquire vital life skills.

To achieve this goal, a total of RM53,130.00 (Fifty-Three Thousand One Hundred and Thirty Ringgit) is required. Generous donors may contribute through two channels:

WAQF: To fund permanent assets amounting to RM32,500.00.

DONATION: To fund non-permanent assets and operational costs for the first 4 months, amounting to RM20,630.00.

These contributions are divided into 5 packages, as displayed on the accompanying poster.

May our compassion and sincerity support the struggle and survival of MDQ in nurturing the Al-Quran generation in Cambodia. Let’s join hands to Drive Meaningful Change.

Thank you.

WAKAF DAN SUMBANGAN BUAT PROJEK PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG, MADRASAH DARUL QURAN, RATANAKIRI KEMBOJAMadrasah Darul Quran (...
03/04/2026

WAKAF DAN SUMBANGAN BUAT PROJEK PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG, MADRASAH DARUL QURAN, RATANAKIRI KEMBOJA

Madrasah Darul Quran (MDQ) telah berperanan sebagai tuan rumah ketika Yayasan Salam Malaysia menjayakan Misi Korban dan Kemanusiaan di Kemboja pada 2023 dan 2024. Ia terletak 560 km dari Phnom Penh. Jelas lokasinya jauh dari impak pembangunan bandar dan agak terpinggir dari tumpuan umum. Namun begitu, MDQ tetap berjaya melahirkan pelajar hafiz yang berkualiti dan cemerlang. Ini terbukti dengan kejayaan adik Bukhari bin Abdul Rashid (18 tahun) menjuarai Pertandingan Hafazan 2025 yang turut disertai oleh 14 madrasah lain dari seluruh Kemboja.

Kini MDQ sedang berhadapan dengan cabaran kewangan. Untuk makluman, lebih setahun kadar gaji guru hanya dibayar RM300 sebulan dan kadangkala mereka tidak menerimanya. Selain itu, para guru telah mengusahakan sawah padi dan kini hasilnya menjadi sumber makanan asas para pelajar. Para guru juga turut mengambil upah bekerja di ladang gajus bagi menampung perbelanjaan dan keperluan madrasah. Sebelum ini, MDQ pernah menternak ayam dan itik, menanam kacang dan cili secara kecil-kecilan. Namun, gagal kerana kekurangan modal pusingan.

Hasil perbincangan bersama MDQ, Projek Penternakan Ayam Kampung disarankan. Ia dilihat mampu menghasilkan pendapatan jangka masa panjang, menjadi salah satu sumber protein kepada pelajar dan salah satu medan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran hidup pelajar.

Sehubungan itu *RM53,130.00* (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Tiga Ribu Satu Ratus Tiga Puluh) diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini. Para dermawan boleh memilih saluran *WAKAF* yang akan membiayai aset kekal sebanyak *RM32,500.00* atau saluran *SUMBANGAN* yang akan membiayai aset tidak kekal serta kos operasi selama 4 bulan, sebanyak *RM20,630.00*. Saluran wakaf dan sumbangan ini dibahagikan kepada 5 pakej sebagaimana dipaparkan di poster.

Semoga keprihatinan dan keikhlasan kita dapat menyokong perjuangan dan kelangsungan MDQ dalam melahirkan generasi Al Quran di bumi Kemboja. Mari bersama kita Menjana Perubahan Bermakna. Sekian terima kasih.

✨ Amanah Disempurnakan, Keberkatan Dikongsi Bersama  ✨Alhamdulillah, Yayasan Salam Malaysia (SALAM) telah berjaya melaks...
27/03/2026

✨ Amanah Disempurnakan, Keberkatan Dikongsi Bersama ✨

Alhamdulillah, Yayasan Salam Malaysia (SALAM) telah berjaya melaksanakan sebanyak 2 kali serahan transaksi kepada Madrasah Darul Quran, Ratanakiri, Kemboja bagi keperluan juadah iftar & sahur pada bulan Ramadan serta persiapan meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Berikut adalah perincian serahan dana tersebut:

• Fasa 1 (6/3/2026) = RM3,050
• Fasa 2 (17/3/2026) = RM10,000
• Jumlah keseluruhan = RM13,050

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa mempercayai dan menyokong usaha murni ini. Tanpa anda, segala ini tidak mungkin terlaksana. Semoga setiap sumbangan diberkati dan menjadi asbab kegembiraan buat mereka. 💖



UPDATE MADRASAH DARUL QURAN, RATANAKIRI, KEMBOJABeberapa hari yang lepas, kami telah kongsikan sebuah cerita tentang ana...
12/03/2026

UPDATE MADRASAH DARUL QURAN, RATANAKIRI, KEMBOJA

Beberapa hari yang lepas, kami telah kongsikan sebuah cerita tentang anak-anak Madrasah Darul Quran di Ratanakiri, Kemboja. Berkat usaha sahabat-sahabat sukarelawan, kurang 48 jam telah berjaya mengumpul dana sejumlah RM3,050. Alhamdullillah dana pertama yang dikumpulkan telah pun diserahkan kepada Ustaz Anwar. Dapatlah menampung juadah & berbuka untuk anak-anak ini untuk beberapa hari.

Melihat kegembiraan mereka dapat berbuka dengan nasi kuning dan ayam goreng seorang satu tak perlu berkongsi dengan kawan-kawan dan bersahur masak jantung pisang dengan ayam membuatkan kami rasa bersyukur.

Kata Ustaz Anwar, “Kami setiap malam buat Quamullaul.. kami doakan para penderma. Hari tu masa Nuzul Quran, adik-adik ni berjaya khatam 25 kali. Mereka doa agar pahala sampai pada para penderma & sesiapa yang sentiasa berusaha membantu mereka..”

Usaha kami tidak berhenti lagi.. Usaha ini bukan sekadar untuk melihat mereka dapat berbuka dan bersahur sepanjang sisa-sisa Ramadan yang tinggal ini. Tapi.. kami mahu melihat mereka mampu menjana ekonomi untuk kelangsungan hidup mereka dan madrasah..

Kami tak mampu melakukannya sendiri. Kami perlukan anda… Ayuh, bantulah mereka seikhlasnya.. Meski pun kecil. Ia amat bermakna.

Sumbangan boleh dibuat selewat-lewatnya 13/03/2026 jam 11.00 malam.
———————————————————
Anda akan memperolehi Resit Pengecualian Cukai dengan sumbangan RM50.00 dan ke atas (LHDN.AG.600-12/1/4-6.4554). Sila salurkan sumbangan anda ke akaun;

Nama Akaun; Yayasan Salam Malaysia
Nama Bank; Public Bank Berhad
No. Akaun; 307-287-930-2
Ref: Kemboja

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
012 263 4235 / 014 647 1642 / 016 212 0598 / 012 301 3701.

Sila hantarkan bukti pembayaran anda kepada mana-mana nombor telefon yang tertera diatas beserta alamat lengkap bagi tujuan pengeluaran resit rasmi. Terima kasih banyak!



✨ PROGRAM SINAR RAMADAN 1447H / 2026 ✨7 Mac 2026 (Bhg. 2) – Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak, Yayasan Salam Malaysia ...
08/03/2026

✨ PROGRAM SINAR RAMADAN 1447H / 2026 ✨

7 Mac 2026 (Bhg. 2) – Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak, Yayasan Salam Malaysia (SALAM) telah berjaya menganjurkan Program Sinar Ramadan 1447H / 2026 bersama penduduk PPR Lembah Subang 2 dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan. 🌙

Antara pengisian program ialah:
▪️ Penyampaian barangan keperluan dapur kepada OKU
▪️ Perkongsian ilmu berkaitan OKU
▪️ Penyampaian hadiah pertandingan kanak-kanak
▪️ Tazkirah & bacaan tahlil ringkas
▪️ Majlis iftar
▪️ Solat terawih berjemaah
▪️ Majlis penutup & moreh

SALAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama rakan kerjasama strategik iaitu Kelab Sukarelawan IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor (IPGKPI) dan Persatuan Perumahan Blok D PPR Lembah Subang 2 serta para penyumbang yang budiman khususnya Philip Morris Malaysia (PMM) Sdn. Bhd. selaku penaja dan para sukarelawan.

Semoga segala usaha ini diberkati dan membawa manfaat kepada komuniti. 🤲✨




✨ PROGRAM SINAR RAMADAN 1447H/ 2026 ✨7 Mac 2026 (2.30 petang) - Pelbagai aktiviti menarik telah disusun pada sebelah pet...
07/03/2026

✨ PROGRAM SINAR RAMADAN 1447H/ 2026 ✨

7 Mac 2026 (2.30 petang) - Pelbagai aktiviti menarik telah disusun pada sebelah petang khusus untuk kanak-kanak dan remaja bagi menyemarakkan lagi suasana Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat dan menyeronokkan. Antara pertandingan yang akan diadakan ialah:
🎤 Hafazan & Musabaqah
🕌 Azan & Iqamah
📖 Bercerita Kisah-kisah Teladan
🍡 Ondeh-ondeh Power
❓ Kuiz Interaktif

Program ini dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim serta memberi peluang kepada generasi muda menyerlahkan bakat dan menimba pengalaman sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga program ini dapat memupuk nilai murni, mencungkil potensi anak-anak serta menghidupkan semangat Ramadan dalam masyarakat. 🌙✨

🎁 Terima kasih kepada para penyumbang budiman yang menyokong aktiviti komuniti dengan menyalurkan hadiah-hadiah pertandingan.




✨ PROGRAM SINAR RAMADAN 1447H/ 2026 ✨7 Mac 2026 (10 pagi) - Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur telah berlangsungnya...
07/03/2026

✨ PROGRAM SINAR RAMADAN 1447H/ 2026 ✨

7 Mac 2026 (10 pagi) - Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur telah berlangsungnya Program Sinar Ramadan 1447H/2026 Bersama Penduduk PPR Lembah Subang 2 yang dianjurkan oleh Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dengan kerjasama rakan strategik Kelab Sukarelawan IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor (IPGKPI) dan Persatuan Perumahan Blok D PPR Lembah Subang 2. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. 🌙

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program pagi ini ialah:
🍳 Gotong-royong memasak juadah berbuka puasa oleh para sukarelawan dan penduduk
📦 Aktiviti pembungkusan barangan keperluan dapur untuk diagihkan kepada penduduk
🛍️ Agihan barang keperluan dapur kepada penduduk yang memerlukan

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama, malah menjadi platform untuk memupuk nilai kerjasama, keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Philip Morris Malaysia (PMM) Sdn. Bhd. yang telah memberikan sumbangan dan sokongan bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua sukarelawan, rakan kerjasama serta penduduk yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta menjadi asbab kebaikan dan ganjaran buat semua pihak yang terlibat. ✨




Address

A-2-11, Blok A, Megan Phoenix, Jalan 2/142A Off Jalan Cheras, Cheras
Cheras, Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Salam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Salam Malaysia:

Share