25/08/2026
Alhamdulillah, kami menerima satu lagi kisah daripada seekor kucing yang kami namakan SB68. 🐾❤️
Pada awalnya, kami menerima WhatsApp meminta bantuan untuk menyelamatkan SB68. Walaupun SB68 sebenarnya mempunyai tuan, keadaan menjadi semakin s**ar apabila tuannya tidak lagi mampu menjaga dan mendapatkan rawatan untuknya.
Tidak sampai hati untuk membiarkan SB68 terus begitu sahaja, kami mengambil keputusan untuk menjaga serta mengusahakan rawatan yang diperlukan.
SB68 mengalami luka yang agak teruk akibat bergaduh dengan kucing lain. Pada awalnya, SB68 juga sangat garang dan s**ar untuk dikendalikan. Demi keselamatan SB68 dan petugas veterinar, dia terpaksa dimasukkan ke wad selama seminggu bagi membolehkan pihak veterinar mengendalikan rawatan dengan lebih selamat menggunakan ubat penenang.
Dalam tempoh rawatan tersebut, SB68 turut dimandulkan bagi membantu mengurangkan kecenderungan untuk bergaduh dan memudahkan penjagaan pada masa akan datang.
Kini, SB68 berada di bawah jagaan kami dan rawatannya kami teruskan sendiri. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit SB68 mula memberikan kepercayaan kepada kami. ❤️
Mungkin bagi sesetengah orang, dia hanya seekor kucing. Tetapi bagi kami, setiap nyawa tetap berharga dan berhak mendapat peluang untuk sembuh, disayangi dan hidup dengan lebih baik.
Acik Ankel doakan SB68 cepat sembuh, kembali sihat dan terus belajar mempercayai manusia. 🥹❤️
Semoga ada sinar baharu untuk SB68 selepas segala kesakitan yang dilaluinya.
🐾 SB68, terus kuat. Kami ada bersama SB68. ❤️