17/12/2025
KRT Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan | 6 Disember 2025
Jamuan makan akhir tahun Ahli Jawatankuasa (AJK) telah diadakan dengan penuh suasana mesra dan harmoni di sebuah hotel. Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua AJK sepanjang tahun 2024-2025.
Semua AJK telah berkumpul bagi memeriahkan majlis ini, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli jawatankuasa. Sepanjang jamuan berlangsung, para AJK menikmati hidangan buffet sambil beramah mesra dan bertukar pandangan dalam suasana santai. Majlis jamuan ini berjalan dengan lancar dan memberi kenangan manis kepada semua AJK yang hadir.