Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak - KPIP Rasmi

Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak - KPIP Rasmi No Hubungi :
Ahmad Syahir Bin Abdul Razak (Yang DiPertua)
0174489509

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MENGHARGAI MERDEKA, MENYANTUNI KESEJAHTERAANKemerdekaan adalah sebuah nikmat dan amanah. Ia menuntut kita untuk mensy...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MENGHARGAI MERDEKA, MENYANTUNI KESEJAHTERAAN

Kemerdekaan adalah sebuah nikmat dan amanah. Ia menuntut kita untuk mensyukuri keamanan yang dikecapi, memelihara perpaduan serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih baik dengan menjadikan ilmu, amanah, ihsan dan integriti sebagai asas dalam setiap langkah kita.

Semoga kesejahteraan yang dinikmati hari ini terus menjadi milik seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 daripada KPIP.



๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448HMarilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™
12 Rabiulawal 1448H

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa, menjadi pedoman dalam membentuk peribadi yang berakhlak, berintegriti dan sentiasa berusaha membawa kebaikan kepada ummah. ๐Ÿค

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู† ๏ทบ

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Ikhlas daripada kami, Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP)



๐Ÿ“œ MUKTAMAR SANAWI KE-61 KPIP ๐Ÿ“œKesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) dengan penuh sukacita menjemput seluruh pimpin...
16/08/2026

๐Ÿ“œ MUKTAMAR SANAWI KE-61 KPIP ๐Ÿ“œ

Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) dengan penuh sukacita menjemput seluruh pimpinan, ahli, alumni, mahasiswa serta seluruh warga yang bersama perjuangan KPIP untuk hadir ke Muktamar Sanawi Ke-61.

Muktamar kali ini mengangkat tema:

โ€œAgenda Pelajar Islam 2065: Generasi Rabbani, Pemangkin Kemampanan Ummah Perakโ€

๐Ÿ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Dewan Ibnu Maimon, UniKL RCMP, Ipoh

Marilah bersama-sama memeriahkan muktamar ini sebagai wadah menyatukan fikrah, memperkukuh ukhuwah serta membincangkan hala tuju perjuangan pelajar Islam di Perak.

61 tahun bukan sekadar angka, tetapi sebuah perjalanan perjuangan yang diwariskan dari generasi ke generasi. ๐Ÿค๐Ÿ’œ

Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada sejarah KPIP ke-61.



๐ŸŒ™ BASAF 2026 | Bangkit Sebelum FajarAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Hujung malam adalah saat yang penuh keber...
08/07/2026

๐ŸŒ™ BASAF 2026 | Bangkit Sebelum Fajar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hujung malam adalah saat yang penuh keberkatan. Jom bersama-sama luangkan masa menghidupkan malam dengan qiamullail, menunaikan Solat Subuh berjemaah dan memulakan hari dengan santapan rohani serta ukhuwah.

๐Ÿ“… 11 Julai 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•” 5.00 pagi โ€“ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Surau Harussani, Taman Chepor Raya, Ipoh, Perak

โœจ Terbuka kepada semua. Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan bersama. Semoga langkah kita menuju rumah Allah menjadi asbab memperoleh keberkatan dan keredaan-Nya.

Jumpa anda di BASAF! ๐Ÿค





12/05/2026

๐ŸŽ“โœจ PERKAMPUNGAN MENARA GADING PERAK 2026 โœจ๐ŸŽ“

Baru tamat SPM, STPM atau STAM dan tertanya-tanya bagaimana kehidupan sebagai mahasiswa nanti? ๐Ÿค”

PMGPk 2026 hadir sebagai platform persediaan awal buat para pelajar yang bakal melangkah ke alam universiti โ€” daripada pembinaan jati diri, kepimpinan, cara hidup mahasiswa sehinggalah pendedahan tentang suasana kampus yang sebenar! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… 5 โ€“ 7 Jun 2026
๐Ÿ“ Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS)

๐ŸŽฏ Antara pengisian menarik:
๐Ÿ—ณ๏ธ Simulasi Pilihan Raya Mahasiswa
๐Ÿ›๏ธ Parlimen Mahasiswa
๐Ÿค Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
๐Ÿ—ฃ๏ธ Forum & perkongsian bersama mahasiswa

๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan:
RM40 seorang
RM70 dua orang
RM100 tiga orang

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang melalui pautan berikut:
https://forms.gle/XWrA1YGZBYRivQeK6

Sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž 014-521 9525 (Tuan Haikal)

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman awal kehidupan kampus dan membina langkah pertama sebagai mahasiswa yang beradab serta berilmu ๐ŸŒŸ

"Mahasiswa Beradab, Pemacu Generasi Berilmu"





๐ŸŒท Selamat Hari Ibu ๐ŸŒทTidak semua pengorbanan mampu dilihat,tetapi kasih seorang ibu sentiasa dapat dirasai. โค๏ธDi sebalik ...
10/05/2026

๐ŸŒท Selamat Hari Ibu ๐ŸŒท

Tidak semua pengorbanan mampu dilihat,
tetapi kasih seorang ibu sentiasa dapat dirasai. โค๏ธ

Di sebalik doa yang tidak pernah putus, hadirnya kekuatan buat seorang anak untuk terus melangkah. Terima kasih kepada semua insan bergelar ibu yang sentiasa memberi cinta, perhatian dan pengorbanan tanpa mengharap balasan.

Semoga setiap ibu sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. ๐Ÿค

โ€œKasih ibu membawa ke syurga, kasih anak membawa bahagia.โ€



Selamat Hari Pekerja buat semua yang tidak pernah lelah menyumbang tenaga, masa dan keringat demi membina kehidupan yang...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua yang tidak pernah lelah menyumbang tenaga, masa dan keringat demi membina kehidupan yang lebih baik ๐ŸŒ‡๐Ÿ’ช

Setiap usaha, sekecil mana pun, tetap bernilai di sisi manusia dan juga di sisi Tuhan. Teruskan melangkah dengan penuh amanah, kerana setiap titik peluh itu ada maknanya.

โ€œSesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan terbaik).โ€



โ€œุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽโ€KPIP merakamkan ucapan takziah atas pemergianUstaz Dr. Abdul Halim El Muham...
16/04/2026

โ€œุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽโ€

KPIP merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Ustaz Dr. Abdul Halim El Muhammady,
tokoh ilmuwan dan pendakwah yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan pemikiran Islam di Malaysia.

Allahyarham dikenali sebagai seorang sarjana yang aktif dalam bidang akademik, penulisan serta gerakan dakwah, dan pernah memegang peranan penting dalam organisasi Islam seperti WADAH. Sumbangan beliau dalam memperkukuh kefahaman Islam yang syumul serta membina kesedaran ummah akan terus dikenang.

Semoga segala amal jariah beliau diterima Allah SWT, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Takziah buat seluruh ahli keluarga dan kenalan Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
โ€”
Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP)

06/04/2026

๐Ÿ“ฃ PENCARIAN KOMITI PMGPK 2026

Mahasiswa/i di Perak, ini peluang anda untuk berada di belakang tabir sebuah program besar!

Perkampungan Menara Gading Perak 2026 kini membuka pencarian komiti bagi pelbagai unit:
๐ŸŽฏ Logistik
๐ŸŽฏ Publisiti
๐ŸŽฏ Teknikal
๐ŸŽฏ Kebajikan & banyak lagi

๐Ÿ’กSertai kami untuk:
โœ”๏ธ Menimba pengalaman pengurusan program
โœ”๏ธ Mengasah kemahiran kepimpinan
โœ”๏ธ Membina jaringan mahasiswa

๐Ÿ“… Tarikh tutup: 11 April 2026
๐Ÿ“ฒ Mohon sekarang melalui QR code





06/04/2026

๐Ÿ“ฃ PENCARIAN FASILITATOR PMGPK 2026
Anda mahasiswa/i Islam di Perak yang ingin mencabar diri dalam kepimpinan dan bimbingan?

Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada Perkampungan Menara Gading Perak 2026โœจ

Sebagai fasilitator, anda bukan sekadar mengendalikan program, tetapi:
๐ŸŒฑ Membimbing
๐Ÿค Menyokong
๐Ÿ”ฅ Membina generasi mahasiswa

๐Ÿ“… Tarikh tutup: 11 April 2026
๐Ÿ“ฒ Mohon sekarang melalui QR code





Address

Sekretariat ABIM Perak, 33A FLR-Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2
Chemor
31200

Telephone

+60174489509

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak - KPIP Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak - KPIP Rasmi:

Shortcuts

Share