IKRAM Tambun

IKRAM Tambun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKRAM Tambun, Non-Governmental Organization (NGO), Chemor.

Program Back2School 2026 merupakan satu inisiatif kebajikan yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Tambu...
10/02/2026

Program Back2School 2026 merupakan satu inisiatif kebajikan yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Tambun dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia (yaIKRAM) bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak. Program ini memberi fokus kepada pelajar yang memerlukan dengan menyediakan sumbangan tunai sebagai sokongan awal sesi persekolahan.

Program ini telah diadakan pada 24 Januari 2026 bermula pada jam 9.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari bertempat di Pejabat IKRAM Tambun. Seramai 32 pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang ditemani ibu bapa masing-masing mendapat manfaat daripada program ini

Program Back2School 2026 dimulai dengan ucapan oleh Yang Dipertua Kawasan IKRAM Tambun – Prof. Dr. Khalid Hasnan, diikuti oleh Ucapan OYB Kawasan yaIKRAM – Dr. Mohamad Shamson bin Muhamad Hamdan. Program diteruskan dengan perkongsian inspirasi buat para pelajar dan ibu bapa oleh Ketua Wanita Kawasan – Pn Hjh Hassenah Che Amat yang bertajuk “Menggapai Bintang-Bintang”. Seterusnya, setiap pelajar yang terlibat telah menerima sumbangan tunai sebanyak RM100 sebagai bantuan persediaan persekolahan. Suasana program berlangsung dengan lancar, tertib dan penuh rasa syukur daripada para penerima.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa menunjukkan sokongan serta keprihatinan mereka terhadap pendidikan anak-anak dan usaha kebajikan yang dijalankan oleh IKRAM Tambun.

Secara keseluruhannya, Program Back2School ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Sumbangan tunai yang diberikan diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar bagi keperluan persekolahan. IKRAM Tambun berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan dan pendidikan generasi muda. Terima kasih yaIKRAM!

12/01/2024

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua yang mengikuti FB page IKRAM Tambun (Tidak Rasmi).

Boleh layari website Pertubuhan IKRAM Malaysia di ikram.org.my untuk mengenali IKRAM dengan lebih mendalam.

Mereka yang berada di kawasan (Parlimen) Tambun, boleh hubungi IKRAM Tambun melalui emel [email protected] untuk maklumat lanjut atau ingin menjadi ahli dan sebahagian daripada kami.

Terima kasih. Wassalam

Disini, hari ini...
16/09/2023

Disini, hari ini...

Address

Chemor
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Tambun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Tambun:

Share