01/03/2025
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua,
Sempena pembuka tirai bulan Ramadhan esok
KRT Klebang Putra 1 (KP1) ingin berkongsi keterujaan pada "Sambutan Ramadhan 2025" yang telah berlansung baru-baru ini
Pihak KRT terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua penduduk yang hadir bagi menjayakan program 😍
Pelbagai aktiviti yang selesai dianjurkan seperti gotong rotong bersama pada sebelah pagi disusuli aktiviti Solat Magrib, Tahlil & Doa selamat, Khutbah Ramadhan , Solat Isyak yang dipimpin oleh UST Khalil serta berakhir dengan jamuan.
Warga KRT turut memeriahkan majlis dengan membawa pelbagai menu² POTLUCK 😋 yang melengkap kan sajian pada malam tersebut
In syaa allah ..pelbagai lagi aktiviti sepanjang bulan Ramadhan yang telah dirangka untuk dilaksanakan pada bulan yang mulia ini.
Justeru itu, Kami selaku Ahli Jawatankuasa pengelola ingin menyeru lebih ramai penglibatan warga KP1 terutama golongan belia dalam menyumbangkan tenaga bagi menjayakan aktiviti akan datang.
Akhir sekali, penghargaan terima kasih diucapkan kepada para AJK dan penduduk yang bertungkus lumus dalam membantu menjayakan aktiviti yang pastinya menjadi tunjang tali perpaduan dan silaturahim dikalangan warga KP1
Selamat Berpuasa semua!!!!!
En.Rizal
Pengerusi KRT Klebang Putra 1