PEMBINA Pulau Pinang

PEMBINA Pulau Pinang Membina Kepimpinan Nasional

Program Fiqh Puasa Wanita: “Kami Tanya, Ustazah Jawab” telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) bertempat di P...
09/03/2026

Program Fiqh Puasa Wanita: “Kami Tanya, Ustazah Jawab” telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) bertempat di Pusat Islam UniKL bermula 3.30 petang hingga 7.30 malam.

Mahasiswi yang hadir menunjukkan komitmen tinggi untuk menambah kefahaman berkaitan fiqh puasa khususnya melibatkan persoalan wanita.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti slot perkongsian bersama ustazah, di samping sesi soal jawab yang memberi ruang kepada para siswi untuk mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan ibadah puasa.

Program turut dimeriahkan dengan Kuiz Ramadhan serta aktiviti santai MasterChef Kuih Old Skol dan Kuih Gen-Z yang berjaya mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.

Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh kefahaman fiqh serta menyemarakkan penghayatan Ramadhan dalam kalangan siswi.

BENGKEL REPROALERT ! FT  PEMBINA PULAU PINANG | 6 DISEMBER 2025Alhamdulillah,PEMBINA Pulau Pinang telah dijemput oleh pi...
07/12/2025

BENGKEL REPROALERT ! FT PEMBINA PULAU PINANG |
6 DISEMBER 2025

Alhamdulillah,PEMBINA Pulau Pinang telah dijemput oleh pihak I-Medik Pulau Pinang untuk menghadiri bengkel ReproAlert bertempat di Dewan Nilam,Hospital Kepala Batas.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 23 wakil ahli PEMBINA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuk daripada UiTM cawangan Pulau Pinang dan UniKL MSI.

Antara intipati utama telah dibentang dalam modul ReproAlert ini ialah tentang bahaya pornografi,kecelaruan gender serta pengurusan nafsu yang semestinya merupakan masalah besar yang dihadapi segolongan besar remaja dan belia hari ini.

Semoga semua ahli PEMBINA yang hadir ke bengkel ini mendapat input serta manfaat untuk disebarluakan di IPT dan sekolah yang terdapat dalam negeri Pulau Pinang ini.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Surah al-Isra’, 17:32




LEPAK MAQASID 1.0 PEMBINA UITMCPP | 9 OKTOBER 2025Alhamdulillah,telah selesai lepak maqasid yang dihadiri oleh ahli 30 a...
28/11/2025

LEPAK MAQASID 1.0 PEMBINA UITMCPP |
9 OKTOBER 2025

Alhamdulillah,telah selesai lepak maqasid yang dihadiri oleh ahli 30 ahli PEMBINA UiTMCPP sebagai program pertama SPB UiTMCPP.

Lepak maqasid ini diadakan di BKBA 2.1,UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah disampaikan oleh akh Ammar Muhd yang merupakan alumni PEMBINA.

Antara intipati utama yang disampaikan oleh Akh Ammar kepada pelajar baharu UiTMCPP ialah cara menjadi mahasiswa yang beragenda menggunakan teknik Maslow's Theory yang menggariskan tentang keperluan keutamaan manusia dalam kehidupan mereka.

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah al-Ra’d: 11)



,

Address

No. 3 Tingkat 1, Lorong Perniagaan 1, Pusat Perniagaan Sungai Dua
Butterworth
13800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share