MPKK KG. TAMAN BARU

MPKK KG. TAMAN BARU MAJU BERSAMA,BEKERJASAMA

Alhamdulillah 🤲Syukur ke hadrat Allah SWT, setelah sekian lama penduduk membuat rungutan mengenai masalah jalan di Kg Ta...
22/04/2026

Alhamdulillah 🤲

Syukur ke hadrat Allah SWT, setelah sekian lama penduduk membuat rungutan mengenai masalah jalan di Kg Taman Baru, akhirnya dengan usaha keras dan komitmen berterusan pihak MPKK, jalan baharu telah berjaya dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya MPKK Kg Taman Baru yang sentiasa prihatin dan berusaha memastikan kebajikan penduduk terjaga. Ini adalah hasil kerjasama dan kesabaran semua pihak.

Semoga kemudahan ini memberi manfaat kepada seluruh penduduk dan memudahkan urusan harian kita. 👍

*Assalamualaikum Salam* 🇲🇾 *Madani Dan Salam Penang 2030* .Baru-baru ini pada sebelah petang saya bersama anggota *Mpkk ...
20/04/2026

*Assalamualaikum Salam* 🇲🇾 *Madani Dan Salam Penang 2030* .

Baru-baru ini pada sebelah petang saya bersama anggota *Mpkk Kg. Taman Baru* menziarahi *Puan Che Aishah* ibunda kepada *Allahyarham Mohamad Tarmizi Bin Abu* yang meninggal dunia pada tanggal *22 Syawal* yang lalu.

Turut bersama menemani saya adalah *Pengerusi Biro Agama Dan Kebajikan Mpkk Kg.Taman Baru* saudara *Ashraf Halim* dan *Pengerusi Biro Keselamatan* *dan Kesihatan Mpkk Kg.Taman Baru* saudara *Mohamad Faizal* .

Salam takziah diucapkan buat keluarga *Allahyarham Mohamad Tarmizi Bin Abu* .Walaupun ujian ini begitu dirasakan,semoga keluarga Allahyarham yakin dengan janjiNya buat hambaNya yang soleh.Insya-Allah,syurga buat arwah.

Semoga keluarga Allahyarham bersabar dan yakinlah dengan janji Allah.Semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang beriman.
Semoga dikurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.Allahumma aamiin.

Berkhidmat untuk masyarakat,

Ikhlas dari saya,
*Muhammad Hidzir Bin Romlee*
( *Pengerusi Mpkk Kg.Taman Baru* )

Alhamdulillah, program Rumah Terbuka MPKK Kg Taman Baru telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat...
12/04/2026

Alhamdulillah, program Rumah Terbuka MPKK Kg Taman Baru telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat meriah daripada semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan dan ganjaran yang baik.

ZIARAH KASIH MADANIMPKK Kg. Taman Baru bersama AJK Surau Kg. Taman Baru telah menziarahi seorang sahabat sekampung yang ...
16/03/2026

ZIARAH KASIH MADANI

MPKK Kg. Taman Baru bersama AJK Surau Kg. Taman Baru telah menziarahi seorang sahabat sekampung yang sedang diberi ujian kesihatan .

Semoga dengan kunjungan ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat dan sokongan kepada beliau. Sama-sama kita mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. 🤲

Semoga semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat kampung terus kekal dan diberkati.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Taman Baru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ...
14/03/2026

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Taman Baru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Nasi Kandar Pak Jameel atas tajaan juadah berbuka puasa dalam Program Iftar Ramadan yang telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini juga berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua ahli MPKK Kg. Taman Baru serta sokongan penduduk kampung yang turut sama hadir memeriahkan majlis berbuka puasa pada kali ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran CEO Wakaf Pulau Pinang, Tuan Abdul Mohsein Bin Mohd Sharif, yang turut bersama-sama menunaikan solat tarawih bersama para jemaah di surau.

Semoga segala sumbangan, kerjasama dan keikhlasan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti kita terus diperkukuhkan.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Taman Baru dengan kerjasama Surau Kg. Taman Baru telah selesai menganjurka...
09/03/2026

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Taman Baru dengan kerjasama Surau Kg. Taman Baru telah selesai menganjurkan Program Iftar Ramadan, Sumbangan Asnaf, Tazkirah Ramadan dan Moreh pada Ahad, 08 Mac 2026 bertempat di Surau Kg. Taman Baru.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Zulkifli bin Md Yusop, Ahli Majlis MBSP (Seberang Jaya) bersama Encik Muhammad Hidzir bin Romlee, Pengerusi MPKK Kg. Taman Baru serta penduduk setempat yang turut hadir memeriahkan majlis.

Dalam program ini turut diadakan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Majlis turut diserikan dengan tazkirah Ramadan yang memberikan pengisian rohani serta peringatan kepada para hadirin tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadan.

Pihak MPKK Kg. Taman Baru turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Zulkifli bin Md Yusop atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Majlis diakhiri dengan moreh bersama penduduk, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan ukhuwah, memupuk nilai keprihatinan dan menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan komuniti.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Kg. Taman Baru

PROGRAM IFTAR, SUMBANGAN Ramadan,TAZKIRAH RAMADAN&MOREHPada 07.03.2026, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Taman Bar...
07/03/2026

PROGRAM IFTAR, SUMBANGAN Ramadan,TAZKIRAH RAMADAN&MOREH

Pada 07.03.2026, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Taman Baru dengan kerjasama MPKK Kampung Taman Baru serta Surau Kampung Taman Baru telah menganjurkan Program Iftar, Sumbangan Ramadan,Tazkirah Ramadan Dan Moreh bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung, di samping berkongsi rezeki melalui penyampaian sumbangan Ramadan kepada golongan yang memerlukan. Majlis turut diserikan dengan tazkirah Ramadan yang memberi peringatan serta penghayatan kepada para hadirin untuk meningkatkan amal ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil dari Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya yang turut bersama-sama memeriahkan program serta mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara masyarakat.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, perpaduan serta menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan masyarakat Kampung Taman Baru. 🤲🌙

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Masjid Mengkuang T**i, Permatang Pauh serta Sambutan Nuzul Al-Qu...
07/03/2026

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Masjid Mengkuang T**i, Permatang Pauh serta Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H dengan mewakili MPKK Kg. Taman Baru. Semoga masjid ini terus dimakmurkan dengan ibadah serta pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Semoga ia juga menjadi pusat penyatuan ummah dan pengimarahan syiar Islam di kawasan ini.

Salam Nuzul al-Quran 1447H / 2026MSemoga peristiwa turunnya Al-Quran ini menjadi pedoman kepada kita semua untuk memperb...
06/03/2026

Salam Nuzul al-Quran 1447H / 2026M

Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini menjadi pedoman kepada kita semua untuk memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Kg. Taman Baru

SUMBANGAN IKHLAS DARIPADA MPKK KG. TAMAN BARUSebagai tanda keprihatinan dan sokongan, pihak MPKK Kg. Taman Baru telah me...
05/03/2026

SUMBANGAN IKHLAS DARIPADA MPKK KG. TAMAN BARU

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, pihak MPKK Kg. Taman Baru telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Puan Tazwati Binti Shaari (Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita) sekeluarga setelah cucu beliau dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga beliau serta menunjukkan semangat kebersamaan dan prihatin dalam kalangan masyarakat.

Semoga cucu beliau diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin. 🤲

*SUMBANGAN IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS IFTAR PERDANA DI SURAU AL HIDAYAH TAMAN KELISA EMAS.* Ahli Majlis MBSP**Saudara Zul...
05/03/2026

*SUMBANGAN IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS IFTAR PERDANA DI SURAU AL HIDAYAH TAMAN KELISA EMAS.*

Ahli Majlis MBSP
**Saudara Zulkifli Md Yusop**

📍 Surau Al Hidayah
Taman Kelisa Emas

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, satu program Iftar Perdana Dan Sumbangan Ihya’ Ramadhan telah diadakan di Surau Al Hidayah Taman Kelisa Emas bagi membantu asnaf dan mengimarahkan aktiviti di surau.

Semoga program ini mendapat keberkatan dan manfaat kepada semua.

Pada 15 Februari 2026, MPKK Kg Taman Baru bersama penduduk setempat telah berganding bahu dalam program gotong-royong me...
15/02/2026

Pada 15 Februari 2026, MPKK Kg Taman Baru bersama penduduk setempat telah berganding bahu dalam program gotong-royong membersihkan Surau Kg Taman Baru sebagai persiapan menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh keberkatan.

Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Fayyadh Afiq, Penyelaras KADUN Seberang Jaya, yang sama-sama turun menyokong usaha murni ini.

Semangat kerjasama dan ukhwah yang ditunjukkan jelas membuktikan keprihatinan komuniti dalam memastikan rumah ibadah sentiasa bersih, selesa dan bersedia menyambut bulan yang mulia.

Address

Kampung Taman Baru
Butterworth
13700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK KG. TAMAN BARU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share