HALUAN Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the organization

HALUAN Pulau Pinang HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.

HALUAN merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi. HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain. HALUAN bersandar kepada motto mereka, iaitu ”berakhlak, mendidik dan berbakti”. Adalah menjadi aspirasi HALUAN untuk bersama masyarakat dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ruang-lingkup motto tersebut. Ahli-ahli HALUAN kini bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan, bersedia dan bangga untuk membantu, supaya sentiasa dirasai kehadiran mereka dalam masyarakat, tanpa unsur-unsur kemegahan atau kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Secara umumnya, objektif kepada aktiviti-aktiviti HALUAN adalah seperti berikut:
Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim. Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲18 Oktober 2026 - Telah berlangsung Program Tautan Kasih Maulidul Rasul bertempa...
19/10/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲

18 Oktober 2026 - Telah berlangsung Program Tautan Kasih Maulidul Rasul bertempat di Perkampungan Orang Asli RPS Banun, Gerik, Perak.

Program anjuran Masjid Daerah Selama, Perak dengan kerjasama HALUAN Pulau Pinang ini bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping mengeratkan ukhuwah serta menyantuni masyarakat setempat.

Antara pengisian program ialah perkongsian ringkas Maulid Rasul, selawat beramai-ramai, pertandingan mewarna, penyampaian 40 bakul makanan kepada penerima serta jamuan makan tengah hari..

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, pihak penganjur, para petugas serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟓 𝟐𝟎𝟐𝟔17 Oktober 2026 - Alhamdulillah, selesai Program Pemantapan Mualaf Siri 5 2026 yang...
17/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟓 𝟐𝟎𝟐𝟔

17 Oktober 2026 - Alhamdulillah, selesai Program Pemantapan Mualaf Siri 5 2026 yang berlangsung di Dewan Seminar HALUAN Pulau Pinang , Taman Sungai Dua Utama.

Program telah disampaikan oleh Ustazah Siti Farzana binti Lokman, dengan pengisian ilmu bagi memperkukuh kefahaman Islam dan menyuburkan iman dalam diri.

👏 Tahniah kepada para mualaf yang hadir dan terus bersemangat menuntut ilmu. Semoga setiap langkah dalam perjalanan mengenali dan mendalami Islam dikurniakan kemudahan, kekuatan dan istiqamah oleh Allah SWT.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi cahaya kehidupan dan asbab mendekatkan diri kepada Allah.

LAPORAN PROGRAM.BRISKWALK & RUN BERSAMA HALUAN PULAU PINANG📅 4 Okt 2026.⏰ 8.00pagi: - 10.00 pg.📍 Vision Park, Bertam, Pu...
07/10/2026

LAPORAN PROGRAM.

BRISKWALK & RUN BERSAMA HALUAN PULAU PINANG

📅 4 Okt 2026.
⏰ 8.00pagi: - 10.00 pg.
📍 Vision Park, Bertam, Pulau Pinang

Anjuran:
BSR Haluan Pulau Pinang

Aktiviti:
1.Briskwalk & Run
2.Sarapan
3.Tazkirah oleh Tn Haji Mohamad Bin Abdul Rani

Kehadiran keseluruhan : 20 orang dewasa, kanak-kanak 8 orang

إنا لله وإنا إليه راجعونDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga HALUAN Cawangan Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah...
28/09/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون
Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga HALUAN Cawangan Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Tun Dr Hasmah Mohd Ali
Isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan menerima segala amal solehnya.

Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan soleh serta mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah. 🤲🏻

FUTSAL AULAD PULAU PINANG⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽📅 26 September 2026 (Sabtu)⏰ 5.00ptg - 7.00ptg🏟️ Sunway Sport Centre, Seberang Jaya....
26/09/2026

FUTSAL AULAD PULAU PINANG
⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽

📅 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 5.00ptg - 7.00ptg
🏟️ Sunway Sport Centre, Seberang Jaya.
📝 Aktiviti
1. Futsal Aulad
2. Tazkirah Aulad oleh Bro Hey Sharif

Kehadiran keseluruhan aulad 31 orang

JOM BAWA ANAK BERFUTSAL⚽ FUTSAL AULAD ⚽📅 26 September 2026 (Sabtu)🕔 5.00 ptg - 7.00 ptg🏟️ Sunway Sport Centre"Membina Ja...
23/09/2026

JOM BAWA ANAK BERFUTSAL

⚽ FUTSAL AULAD ⚽

📅 26 September 2026 (Sabtu)
🕔 5.00 ptg - 7.00 ptg
🏟️ Sunway Sport Centre

"Membina Jasad Yang Sihat, Melahirkan Akhlak Yang Mulia.!"

🌸 LOVE YOUR NEIGHBOURS ♥️ 🌸Sempena Kempen Kenalkan Nabi Muhammad 2026 dan Love Your Neighbour, Gabungan Dakwah Malaysia ...
22/09/2026

🌸 LOVE YOUR NEIGHBOURS ♥️ 🌸

Sempena Kempen Kenalkan Nabi Muhammad 2026 dan Love Your Neighbour, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP) menyediakan goodies khas untuk dihadiahkan kepada jiran tetangga dan kenalan bukan Islam. 🎁

Haluan Pulau Pinang mengambil bahagian dalam menyertai kempen ini dengan menyantuni masyarakat bukan Islam sekitar Surau An Nur Lebuh Nipah.

Inilah peluang untuk menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ dengan berbuat baik kepada jiran, membina hubungan yang lebih erat serta memperkenalkan keindahan Islam melalui akhlak dan kasih sayang. 🤍

Sebuah hadiah mungkin kecil nilainya, tetapi mampu menjadi jambatan untuk mengenali Islam dan Muhammad ﷺ. 🌿

fans

⚽ 𝗙𝘂𝘁𝘀𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮Malam yang penuh semangat📅 19 September 2026⏰ 9:15 malam📍 Sport Arena, Permatang PasirSeramai 14 orang pe...
20/09/2026

⚽ 𝗙𝘂𝘁𝘀𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮

Malam yang penuh semangat

📅 19 September 2026
⏰ 9:15 malam
📍 Sport Arena, Permatang Pasir

Seramai 14 orang pemuda turun padang memeriahkan sesi futsal kali ini. Bukan sekadar mengejar gol, tapi juga mengeratkan silaturahim dan luangkan masa bersama.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Jumpa lagi di game seterusnya! ⚽💪

𝙆𝙐𝙉𝙅𝙐𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙃𝙊𝙍𝙈𝘼𝙏 𝙆𝙀 𝙋𝙀𝙅𝘼𝘽𝘼𝙏 𝙔𝘼𝘿𝙄𝙈 𝙋𝙐𝙇𝘼𝙐 𝙋𝙄𝙉𝘼𝙉𝙂​18 September 2026 — Wakil Kluster Profesional dan Agensi HALUAN Pulau Pin...
18/09/2026

𝙆𝙐𝙉𝙅𝙐𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙃𝙊𝙍𝙈𝘼𝙏 𝙆𝙀 𝙋𝙀𝙅𝘼𝘽𝘼𝙏 𝙔𝘼𝘿𝙄𝙈 𝙋𝙐𝙇𝘼𝙐 𝙋𝙄𝙉𝘼𝙉𝙂

​18 September 2026 — Wakil Kluster Profesional dan Agensi HALUAN Pulau Pinang berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yadim Pulau Pinang di Bertam.

​Sesi pertemuan bersama Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Fadzil bin Alias ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan saf ukhuwah serta membincangkan potensi kerjasama strategik bagi pelbagai program dakwah dan kemasyarakatan pada masa akan datang.

​Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kolaborasi yang berimpak tinggi buat ummah di bumi Pulau Pinang.

Address

Butterworth
13800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60194565524

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALUAN Pulau Pinang:

Shortcuts

Share