11/04/2026
Suasana Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Masjid Jamek As-Salam Kg Padang Lalang, Tasek
Alhamdulillah, berlangsungnya majlis dalam suasana penuh meriah dan ukhuwwah. Program dimulakan dengan aktiviti berewang iaitu gotong-royong memasak bersama anak-anak qariah yang hadir dengan penuh semangat kebersamaan.
Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat, sebelum para tetamu menikmati juadah Hari Raya yang disediakan.
Pihak Ahli Jawatankuasa Masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada seluruh anak qariah yang sudi hadir serta berganding bahu menjayakan majlis pada hari ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pihak NGO yang turut bersama menyumbang tenaga dan sokongan.
Majlis ini merupakan anjuran bersama:
• Parlimen Nibong Tebal
• MPKK
• Persatuan Penduduk
• Sukarelawan Kita
• KRT Pekatra
• Bironita Muslimat
• Koperasi JKKKP
Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.