23/09/2025
π’ HEBAHAN KELAS MENGAJI DEWASA
Assalamualaikum wbt semua.
Atas permintaan jemaah masjid kampung kita, dimaklumkan bahawa Kelas Mahir Mengaji Dewasa akan bermula malam ini selepas solat Maghrib dan akan bersambung selepas solat Isyak di masjid.
Kelas ini menggunakan kaedah Smart Tajwid - cara mudah membaca Al-Quran dengan betul tanpa perlu hafal hukum panjang-panjang, hanya ikut simbol penulisan.
π Sabda Nabi ο·Ί:
"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."
(HR. al-Bukhari)
π‘ Jangan risau kalau masih lemah atau malu, kita akan mula belajar dari bawah.
π€² Pakat mari ramai-ramai deh, kita sama-sama belajar & perbaiki bacaan Al-Quran, insyaAllah hati lebih tenang, hidup lebih diberkati.
SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!
πΆββοΈπΆββοΈ Bawa ahli keluarga & ajak jiran sekali, lagi ramai lagi meriah.