19/04/2026
18 APRIL 2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Mahabbah Aidilfitri Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Nusantara Pulau Pinang (DSSMNPP) dengan kerjasama MPKK Mengkuang Semarak bagi tahun 2026 yang telah berlangsung bertempat di Pejabat MPKK Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam berjalan dengan lancar dan penuh meriah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih khusus kepada barisan penganjur, urusetia, ahli jawatankuasa, rakan kerjasama, para penyumbang serta semua tetamu yang hadir memeriahkan suasana.
Semangat kerjasama, ukhuwah dan kebersamaan yang dizahirkan amatlah bermakna dalam mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti dan warga persilatan.
Semoga segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT, dan diharapkan agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.