Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai

Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai Persatuan belia berteraskan perpaduan, kepimpinan dan pembangunan komuniti Seberang Perai.

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Ago...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus kekal utuh sebagai payung kedaulatan negara, lambang perpaduan rakyat serta pemangkin kemakmuran Malaysia yang tercinta.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,
Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini hadir membawa seribu makna bu...
28/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini hadir membawa seribu makna buat kita semua dalam menghayati erti sebenar keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan sentiasa dipandang mulia di sisi Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan ketaatan Nabi Ismail A.S terus menjadi inspirasi dalam kehidupan kita untuk menjadi insan yang lebih tabah, bersyukur dan sentiasa mendahulukan kebaikan.

Dalam suasana penuh keberkatan ini, marilah kita memperkukuhkan silaturahim, menyemai nilai perpaduan serta terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang. Semoga setiap amal kebajikan dan pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab kepada keberkatan hidup, ketenangan jiwa dan kejayaan dunia serta akhirat.

β€œTaqabbalallahu minna wa minkum”
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, doa dan pengorbanan kita semua 🀍

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸ„βœ¨

BENGKEL KEMAHIRAN : DIGITAL SKILLS AND CONTENT CREATION 2026Pada 16 Mei 2026 yang lalu, Kelab Belia Perpaduan Seberang P...
25/05/2026

BENGKEL KEMAHIRAN : DIGITAL SKILLS AND CONTENT CREATION 2026

Pada 16 Mei 2026 yang lalu, Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai telah berjaya menganjurkan program Bengkel Kemahiran : Digital Skills and Content Creation 2026 bertempat di Amdee Event Space, Seberang Jaya dengan penyertaan golongan belia yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang digital serta penghasilan kandungan kreatif.

Program ini memberi pendedahan berkaitan asas reka bentuk digital, penggunaan platform kreatif, teknik penghasilan kandungan media sosial serta pembangunan kemahiran komunikasi digital yang semakin penting dalam dunia masa kini.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran, kreatif, berdaya saing serta mampu memanfaatkan teknologi digital ke arah pembangunan diri dan komuniti.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, fasilitator serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.





WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH ✨Jom rebut peluang keemasan yang hadir hanya setahun sekali πŸŒ™πŸ€²πŸ»Hari Arafah merupakan anta...
25/05/2026

WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH ✨

Jom rebut peluang keemasan yang hadir hanya setahun sekali πŸŒ™πŸ€²πŸ»

Hari Arafah merupakan antara hari terbaik untuk kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amal kebaikan. Semoga setiap doa yang dipanjatkan dipermudahkan urusan, diampunkan dosa serta dikurniakan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

πŸ—“οΈ 25 Mei 2026
πŸ•‹ 9 Zulhijjah 1447H

Daripada Abdullah bin β€˜Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

β€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
(HR Tirmizi)

Jangan lepaskan waktu-waktu mustajab ini untuk:
🀍 Memperbanyakkan doa & munajat
πŸ“Ώ Berzikir & bertahmid
πŸ“– Membaca Al-Quran
🀲🏻 Memohon keampunan & rahmat Allah SWT

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan kebaikan dunia serta akhirat buat kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.





SALAM HARI ARAFAH 1447H πŸŒ™Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dan penuh keberkatan dalam Islam. Ia ada...
24/05/2026

SALAM HARI ARAFAH 1447H πŸŒ™

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dan penuh keberkatan dalam Islam. Ia adalah hari terbaik untuk umat Islam memperbanyakkan doa, memohon keampunan, bermuhasabah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Daripada Abdullah bin β€˜Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

β€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)

πŸ“… 25 Mei 2026
πŸ—“οΈ 9 Zulhijjah 1447H

Marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan:
✨ Doa dan istighfar
✨ Zikir dan selawat
✨ Amal kebajikan
✨ Muhasabah diri dan taubat

Semoga segala doa yang dipanjatkan pada hari yang mulia ini dikabulkan oleh Allah SWT serta diberikan rahmat, ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua. 🀲🏻

Jadikan Hari Arafah sebagai titik perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa dekat dengan-Nya.

Ikhlas daripada,
πŸ’™ Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai

16 Mei merupakan hari penuh bermakna untuk kita menghargai insan yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membent...
16/05/2026

16 Mei merupakan hari penuh bermakna untuk kita menghargai insan yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan generasi bangsa.

Seorang guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pencetus harapan, pembina akhlak dan penggerak kejayaan anak bangsa. Dalam setiap pengorbanan mereka, tersembunyi seribu keikhlasan yang tidak mampu dibalas dengan kata-kata.

Orang hebat mampu melahirkan karya yang bermutu, tetapi guru yang bermutu mampu melahirkan ribuan insan hebat.

Terima kasih buat seluruh warga pendidik atas jasa, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan demi membina masyarakat yang berilmu, beradab dan berdaya saing. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta terus diberkati.

Ikhlas daripada,
Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai πŸ’™πŸ’›

Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026, Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai ingin mengucapkan selamat menyambut Hari B...
16/05/2026

Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026, Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh anak muda yang terus melangkah dengan semangat, membawa aspirasi masyarakat dan tidak pernah berhenti berbakti.

Menjadi belia hari ini bukan hanya tentang usia, tetapi tentang keberanian untuk memimpin, kesungguhan untuk berkhidmat dan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada perubahan yang lebih baik.

Dalam dunia yang semakin mencabar, belia perlu terus menjadi generasi yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

β€œMenggerak Belia Madani” bukan sekadar tema, tetapi satu seruan untuk anak muda terus bangkit, bersatu dan memainkan peranan dalam membina masyarakat yang lebih progresif, harmoni dan berdaya tahan.

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 🀍


πŸ”₯ *NAK BELAJAR BUAT DESIGN & CONTENT MACAM PRO?* πŸ”₯Jangan lepaskan peluang untuk sertai *BENGKEL KEMAHIRAN DIGITAL & CONT...
11/05/2026

πŸ”₯ *NAK BELAJAR BUAT DESIGN & CONTENT MACAM PRO?* πŸ”₯

Jangan lepaskan peluang untuk sertai *BENGKEL KEMAHIRAN DIGITAL & CONTENT SKILLS 2026* yang memfokuskan kepada *CANVA EDITING* 🎨✨

*Belajar cara hasilkan:*
βœ… Poster menarik
βœ… Content media sosial
βœ… Design kreatif & profesional
βœ… Teknik editing mudah tapi nampak premium

πŸ“… *16 MEI 2026 (SABTU)*
πŸ“ *AMDEE EVENT SPACE, SEBERANG JAYA*
⏰ *8.30 AM – 1.00 PM*

πŸ’₯ *PENYERTAAN PERCUMA*
⚠️ *TEMPAT SANGAT TERHAD*

Tak kisah beginner atau baru nak mula belajar design, semua boleh join! πŸ™Œ

πŸ“² *DAFTAR SEKARANG:*
https://forms.gle/LcPX4cXyUQnYdQzp9

Jom tingkatkan kemahiran digital dan kreativiti anda dalam penghasilan kandungan bersama tenaga pengajar berpengalaman! Bengkel ini direka khas untuk membantu peserta memahami asas kemahiran digital, teknik menghasilkan content yang menarik serta strategi membina personal branding di platform media....

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai! πŸŒ™βœ¨Di hari yang mulia ini, kami ingin menghulurka...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai! πŸŒ™βœ¨

Di hari yang mulia ini, kami ingin menghulurkan kemaafan dengan hati yang ikhlas, melupakan segala khilaf, dan menyemai kembali silaturahim yang mungkin terlerai sepanjang tahun.

Syawal adalah saat kemenangan hati setelah sebulan menempuh Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga setiap senyuman, salam, dan doa yang terlantun membawa rahmat, ketenangan, dan kegembiraan kepada setiap insan.

Kami berharap Aidilfitri ini menjadi cahaya yang menerangi langkah kita, memperkuat ukhuwah sesama kita, dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha, bersyukur, dan memartabatkan nilai kasih sayang dalam setiap hubungan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri – Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada seluruh warga Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai. πŸŒΈπŸ’›

Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa daripada Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai!Setiap wanita perlu dihargai, d...
08/03/2026

Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa daripada Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai!

Setiap wanita perlu dihargai, diberi peluang untuk menonjolkan bakat, kepimpinan, dan kreativiti mereka, serta terus diberi ruang untuk memberi inspirasi kepada semua.

Wanita bukan sahaja pemimpin dalam rumah tangga, tetapi juga inspirasi dan pendorong perubahan dalam masyarakat, memberi impak positif kepada generasi muda dan masa depan yang lebih cemerlang.

Hari ini mengingatkan kita bahawa kemajuan negara tidak lengkap tanpa penglibatan aktif wanita dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kepimpinan, inovasi, dan khidmat masyarakat. Semoga setiap usaha dan langkah wanita memberi motivasi dan keberanian kepada generasi yang akan datang.

*Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.*

Address

PBPSP
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Perpaduan Seberang Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share