Malaysia Silkie Committee

Directions

Malaysia Silkie Committee Malaysia Silkie Committee adalah satu gagasan oleh Pembiak & Peminat Ayam Silkie di Malaysia

KEPUTUSAN RASMIPertandingan American Silkie (Open Category)Karnival Pameran & Pertandingan Unggas Malaysia 202630 Ogos 2...
02/09/2026

KEPUTUSAN RASMI
Pertandingan American Silkie (Open Category)
Karnival Pameran & Pertandingan Unggas Malaysia 2026
30 Ogos 2026 || Laman Veterinar, MAHA 2026 @ MAEPS Serdang

Sweep Point
~ Diwujudkan bagi memaparkan KOMITMEN terutamanya pembiak / breeder yang aktif dalam kategori ini.
~ Semakin tinggi point menunjukkan penyertaan aktif dan kualiti ayam yang dipertandingkan memenuhi spesifikasi standard yang telah ditetapkan.
~ Salah satu kaedah untuk mengesahkan Reg. Farm tersebut diperakui mengeluarkan baka yang tulen dan memenuhi standard ditetapkan.

https://www.facebook.com/share/p/19ha1yKTri/
01/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/19ha1yKTri/

Alhamdulillah selesai Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026.

Sesi penjurian kali ini lebih smooth memandangkan pengalaman dari penganjuran kali pertama tahun lepas di KPPU 2025. Pada tahun ini, peningkatan penyertaan dari 15 kepada 17. Markah purata bagi ayam yang masuk pada tahun ini juga melepasi 70% daripada spesifikasi yang ditetapkan dengan penampilan beberapa penyertaan yang mencapai tahap tertinggi kualiti yang dipertandingkan melepasi 85%. Perkara ini menjadi penanda aras kepada peningkatan standard yang telah dibangunkan oleh Malaysia Silkie Committee (MSC) berdasarkan pencapaian tahun lepas dan akan di semak dari semasa ke semasa selaras keputusan pertandingan yang diadakan.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana berani bertanding bagi menilai spesifikasi ayam yang dimiliki dan tahniah sekali lagi yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan yang dianjurkan. In shaa Allah pertandingan menjadi wadah pemangkin semangat kepada semua pencinta unggas hiasan bagi memantapkan penghasilan baka yang berkualiti memenuhi spesifikasi. Ini bermakna peminat mula mempunyai ilmu dalam standard baka ayam tersebut dan mula mendalami dan memastikan hasil yang dibiakkan menepati spesifikasi tersebut.

Jumpa semula di KPPU Tahun 2027 dengan pengharapan penyertaan yang lebih ramai dan lebih banyak berkualiti yang dipertandingkan.

Lensa Camera Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026
31/08/2026

Lensa Camera Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026

Lense Camera Pendaftaran & Penjurian Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026
31/08/2026

Lense Camera Pendaftaran & Penjurian Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026

Lensa Camera Pemenang Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026 @ MAHA 2026
31/08/2026

Lensa Camera Pemenang Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026 @ MAHA 2026

30/08/2026

Recap Today Competition Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026

Pengajuran kali kedua tetapi julung kali diadakan Pertandingan Ayam Hiasan di MAHA. Alhamdulillah terima kasih kepada Malaysia Ornamental Poultry Association (MOPA) di atas Penganjuran Karnival Pameran & Pertandingan Unggas Malaysia 2026, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyediakan venue dan YBhg. Datuk KPPV yang sudi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Para Pemenang.

Tahun ini dilihat melangkah setapak lebih tinggi berdasarkan peningkatan jumlah penyertaan dan yang penting kualiti ayam yang dipertandingkan juga semakin sempurna. Terima kasih sokongan padu dari semua peserta, usaha dan penat lelah urusetia Malaysia Silkie Committee (MSC), para penaja dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pertandingan kali ini.
Moga berjumpa kita di KPPU Tahun 2027 !!!!

29/08/2026

TODAY HARI PERTANDINGAN Jangan lupa semua temujanji kita pada hari ini. Semoga bersilaturahim antara kita dan semoga berjaya kepada semua peserta 🥳

29/08/2026

Saya menjemput semua kenalan, rakan taulan, sahabat sehobi datang untuk memeriahkan acara Pertandingan Ayam American Silkie (Open Category) Tahun 2026. Datang untuk melihat secara langsung bagaiaman pertandingan diadakan serta berpeluang juga mengenali pelbagai spesies unggas dipamerkan sempena Karnival Pameran & Pertandingan Unggas (KPPU) Malaysia 2026. Jangan lupa bawa semua termasuk anak-anak untuk mengenali ayam American Silkie di hari pertandingan kita !
Jumpa anda di sana 😉

Address

91 Mukim 7 Permatang Batu
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Silkie Committee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share