Komuniti Seberang Perai

Komuniti Seberang Perai Komuniti yang menghidangkan info terkini dan padu hanya dari kita untuk kita. Text us for fast respone !!!

Info-info dikongsikan dari seluruh warga Seberang Perai untuk kita dan seluruh Malaysia.

29/05/2026
16/05/2026
Jom sertai kami di Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai UtaraKelayakan adalah seperti berikut:📌Ca...
13/05/2026

Jom sertai kami di Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai Utara
Kelayakan adalah seperti berikut:
📌Calon hendaklah berumur 18 tahun keatas
📌Sihat tubuh badan
📌Tiada kecacatan fizikal
📌Memiliki kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
📌Tidak terlibat dengan mana-mana badan beruniform yang lain
📌Tiada rekod atau disabitkan kes jenayah
📌Permohonan adalah terbuka kepada lelaki dan wanita boleh bekerja lebih masa

📞Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian
04-3236401
Isnin - Jumaat (08.00 Pagi - 05.00 Petang)

MBSP sebelum ini mengarahkan kelab malam itu ditutup kerana tidak mematuhi peraturan lesen yang ditetapkan dan tindakan ...
07/05/2026

MBSP sebelum ini mengarahkan kelab malam itu ditutup kerana tidak mematuhi peraturan lesen yang ditetapkan dan tindakan tersebut diambil selepas menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di premis berkenaan sebanyak tiga kali antara 23 hingga 29 April lepas.


Berita lanjut:

Premis berkenaan diarahkan tutup serta-merta dengan tindakan diambil menurut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Buka kedai bukan bermaksud petak parkir depan kedai itu automatik jadi hak sendiri.Inilah perangai yang makin ramai oran...
27/04/2026

Buka kedai bukan bermaksud petak parkir depan kedai itu automatik jadi hak sendiri.

Inilah perangai yang makin ramai orang menyampah.

Letak tong sampah.
Letak pasu bunga.
Letak divider.
Cop satu deret macam itu kawasan persendirian dia.

Padahal itu parkir awam.

Kalau betul mahu petak khas untuk diri sendiri, sewa petak.
Bukan halang kereta orang lain daripada park.

Lagi menyakitkan bila kawasan itu memang parking sangat terhad, terutamanya dekat stesen MRT, kawasan kedai, dan tempat orang ramai memang bergantung pada setiap petak yang ada.

Sudahlah satu deret dipenuhkan dengan barang untuk “tempah”.
Bila ada orang alihkan atau park juga, terus kena marah p**a.

Seolah-olah orang awam yang salah.
Seolah-olah jalan dan parkir depan kedai itu dia yang punya.

Masalahnya, ini bukan sekadar isu adab.

Ini isu pentingkan diri.

Satu kedai cop satu dua petak.
Kedai sebelah ikut sama.
Lama-lama satu baris parkir jadi “milik” peniaga, sedangkan orang awam berpusing-pusing cari tempat letak kereta.

Yang rugi siapa?

Pelanggan lain rugi.
Orang yang nak ke MRT rugi.
Orang yang ada urusan cepat rugi.
Warga emas, ibu bapa dengan anak kecil, orang yang penat lepas kerja, semua kena tanggung perangai segelintir orang yang rasa ruang awam boleh ditempah sesuka hati.

Berniaga tak salah.
Cari pelanggan pun tak salah.

Tapi jangan sampai keselesaan bisnes sendiri dibina atas kesusahan orang lain.

Kalau parkir itu awam, ia untuk orang awam.

Bukan untuk dicop dengan tong sampah, pasu bunga, dan muka marah.

kredit Public Health Malaysia

🔥 Bayar cukai… boleh menang hadiah?! Ramai dah kena call MBSP!📢 21 APRIL 2026 – Sesi cabutan pemenang bagi Promosi Bayar...
22/04/2026

🔥 Bayar cukai… boleh menang hadiah?! Ramai dah kena call MBSP!

📢 21 APRIL 2026 – Sesi cabutan pemenang bagi Promosi Bayaran Cukai Taksiran Penggal Pertama 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP.

Program ini melibatkan bayaran melalui:
✅ Online
✅ Kiosk
✅ Agensi kutipan

Dengan hadiah tajaan MBSP & Aspire Seberang Perai 🎁

💡 Apa yang anda perlu tahu:
• Pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh MBSP dalam masa terdekat
• Hadiah perlu dituntut dalam tempoh ditetapkan
• Jika tidak dituntut, hadiah akan dikredit terus ke akaun cukai taksiran pemenang

📋 Senarai penuh pemenang telah dikeluarkan seperti paparan rasmi.

🌐 Untuk semakan & info lanjut:
👉 https://www.mbsp.gov.my

Kalau nama belum naik kali ni… 🤔
👉 Next round nanti nak bayar awal atau last minute?

Drop Nama anda 👇




Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang terutama pada musim-musim perayaan ni atau bila-bila masa sah...
17/03/2026

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang terutama pada musim-musim perayaan ni atau bila-bila masa sahaja.

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan..

Kredit: Arizan

GOOD JOB AKPS PORT KLANG 👍👍OP Green Shield 13 merupakan initiatif pertama Joint Task Force (JTF) E-Waste Pelabuhan Klang...
10/03/2026

GOOD JOB AKPS PORT KLANG 👍👍

OP Green Shield 13 merupakan initiatif pertama Joint Task Force (JTF) E-Waste Pelabuhan Klang.

Diketuai oleh AKPS, JTF E-Waste yang turut dianggotai oleh JKDM, JAS, SiRIM serta Lembaga Pelabuhan Klang, telah mula memeriksa 45 kontena dari 213 senarai yang telah diberikan oleh JKDM dan LPK pada tahun 2025.

Hasil pemeriksaan JTF eWaste Pelabuhan Klang:

• 22 kontena mengandungi sisa elektronik (eWaste) seberat 454,895 kg.
• 18 kontena mengandungi Bahan Buangan Terjadual (SW 102, 103, 422) seberat 413,110 kg.
• Jumlah keseluruhan sisa: 868,005 kg.

Kemasukan bahan buangan ini adalah dilarang sama sekali di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kontena-kontena ini akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu proses eksport semula (re-export).

AKPS sentiasa komited memperkukuh kawalan di pintu masuk negara demi memastikan kedaulatan dan kelestarian alam sekitar tanah air sentiasa terpelihara.

Kredit : AKPS Port Klang

18/02/2026

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Address

Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Seberang Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share