12/08/2025
πΏ MAJLIS PELUNCURAN PROJEK RAKAN KEBUN BARU
9 Ogos 2025 (Sabtu) Alhamdulillah, satu lagi inisiatif bermanfaat untuk masyarakat telah Diluncurkan!
Hari ini menyaksikan Majlis Peluncuran Projek Rakan Kebun Baru Sahabat Komuniti Desa (SKOD) Kampung Baru Permai yang disempurnakan oleh
YBhg. Datuk Haji Musa bin Sheikh Fadzir, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam.
Turut memeriahkan majlis:
β
Tuan Haji Fauzi bin Shariff β Timbalan Ketua Bahagian
β
Mohd Aswadi bin Ahmad β Naib Ketua Bahagian
β
Hajjah Rohani binti Omar β Ketua Wanita
β
Encik Amiruddin bin Johari β Pegawai Pertanian
β
Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Bukit Mertajam
β
Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bukit Mertajam
π Projek ini bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dalam bidang pertanian, meningkatkan hasil ekonomi setempat, dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk.
π‘ Dalam majlis ini juga telah diadakan penyerahan benih tebu kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa SKOD, diikuti dengan acara simbolik penanaman benih tebu oleh YBhg. Datuk Haji Musa bin Sheikh Fadzir sebagai tanda perasmian projek.
Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada kejayaan bersama, membuahkan hasil yang bermanfaat, dan memberi inspirasi kepada lebih banyak komuniti untuk melangkah ke arah kemajuan. π±πͺ