05/08/2025
🔥𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 (𝐊𝐈𝐒) 🔥
𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 📍𝐒𝐊 𝐀𝐋𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐘𝐀
Alhamdulillah, 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓(𝐊𝐈𝐒) telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu lalu, seramai 50 orang pelajar telah terlibat bagi menjayakan program ini. Kempen Internet Selamat yang bertujuan memberi kesedaran berkaitan risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kempen anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu juga adalah inisiatif untuk meningkatkan kefahaman murid khususnya berusia bawah 13 tahun mengenai penggunaan Internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi Internet.
Kali ini kempen ini memfokuskan kepada murid Tahap 2 iaitu darjah 4, 5 & 6 program berkenaan menggunakan modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (tujuh hingga sembilan tahun) dan RSP Modul Murid Sekolah Rendah (10 hingga 12 tahun).
Guru Besar sekolah Encik Safuan Shuib berkata program terbabit mampu meningkatkan kesedaran murid mengenai penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab, khususnya bagi mereka berusia bawah 13 tahun yang keupayaan mentalnya masih belum cukup bersedia.
Program ini mendapat sokongan hebat daripada pihak Sekolah Rendah Kebangasaan Alma Jaya dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu Pn Liyana Sheridean.
Turut membantu menjayakan program ini adalah pasukan NADI dari NADI Permatang Pasir, NADI Seberang Jaya , NADI NADI Padang Lalang, NADI Perai & NADI Berapit. 🙌💙🩵
Terus ikuti kami untuk maklumat terkini:
📌 Facebook: https://www.facebook.com/nadi.machang.bubok?mibextid=ZbWKwL
📌 Tiktok : https://www.tiktok.com/...
"𝑴𝒆𝒏𝒈𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝑰𝒎𝒑𝒊𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒘𝒖𝒋𝒖𝒅𝒌𝒂𝒏 𝑹𝒆𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊"