NADI Bukit Tengah

NADI Bukit Tengah OPEN EVERYDAY
9.00am - 6.00pm
(except Public Holiday)
Juru, Jalan Mohd Saad, Kampung Bukit Kecil, 14100 Bkt Mertajam, Penang

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkatkan sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada tahun 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar d

engan masyarakat bandar. Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Pada 26 Februari 2024, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berkata Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac 2024.

21/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




24/06/2026

Musim durian murah, ramai beli banyak.

Persoalannya, bolehkah durian dibekukan?

Jawapannya: boleh.

Tetapi caranya mesti betul.

Asingkan isi durian dari kulit. Simpan dalam portion kecil. Gunakan bekas kedap udara. Label tarikh. Simpan dalam freezer sekitar -18°C.

Untuk rasa terbaik, makan dalam 1 hingga 2 bulan.

Bila mahu makan, cairkan dalam chiller. Jangan biar lama atas meja dan jangan frozen semula berulang kali.

Frozen durian bukan sekadar untuk tahan lama. Ia juga membantu elak pembaziran, memudahkan simpanan, dan boleh digunakan untuk masakan seperti, pengat, crepe atau aiskrim durian.

Tetapi ingat

kalau durian sudah masam pelik, berlendir, berbuih, berkulat atau berubah rasa, jangan ambil risiko.



24/06/2026

🌟 𝗕𝗢𝗟𝗟𝗬 𝗚𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗞𝗘𝗨𝗣 𝗖𝗟𝗔𝗦𝗦 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔! 🌟

💄 Nak belajar teknik makeup ala Bollywood yang flawless, tahan lama dan nampak eksklusif?

Jom sertai Bolly Glam Makeup Class bersama SK LABO Beauty Academy!

📅 28 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi - 11.00 pagi
📍 NADI Bukit Tengah
💰 Yuran hanya RM39 sahaja

✨ Apa yang anda akan belajar?
✅ Kenali jenis kulit
✅ Teknik "Prep" kulit sebelum makeup
✅ Cara memilih foundation yang sesuai
✅ Teknik solekan Matte-Skin yang flawless
✅ Teknik solekan tahan lama

🎁 BONUS:
✔ E-Sijil disediakan
✔ Sesi demo & praktikal
✔ Alatan asas makeup disediakan
✔ Tempat terhad

📲 Cepat daftar sebelum penuh! WhatsApp sekarang: 📞 017-418 3023

💖 Sesuai untuk beginner, suri rumah, pelajar, wanita bekerja dan sesiapa yang ingin tampil lebih yakin serta cantik dengan teknik solekan yang betul.

"Belajar sekali, guna kemahiran seumur hidup!" ✨

👉 Reply NAK JOIN untuk tempah tempat anda sekarang! 💄💕

📢 JEMPUTAN WEBINAR LIVE NADI CYBERSECURITY 📢Assalamualaikum & salam sejahtera,Anda dijemput untuk menyertai webinar “Anc...
14/05/2026

📢 JEMPUTAN WEBINAR LIVE NADI CYBERSECURITY 📢
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Anda dijemput untuk menyertai webinar “Ancaman Siber di Tempat Awam” anjuran NADI x Cybersecurity Lifelong Learning.
🗓️ Tarikh: 21 Mei 2026
⏰ Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
💻 Tempat : NADI Bukit Tengah
👥 Sasaran: Belia, ibu bapa & dewasa
🔍 Ketahui pelbagai ancaman siber yang sering berlaku di tempat awam seperti:
✔️ Penggunaan WiFi awam yang tidak selamat
✔️ Pencurian data peribadi
✔️ Risiko keselamatan peranti mudah alih
✅ Syarat Penyertaan:
* Berdaftar sebagai ahli NADI
📍 Daftar sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu keselamatan siber dan lindungi diri anda daripada ancaman digital! 🔐✨

14/05/2026

HEIMLICH MANEUVER: ILMU KECIL YANG BOLEH SELAMATKAN NYAWA

Kadang-kadang tragedi berlaku bukan sebab orang sekeliling tidak peduli.

Tetapi sebab mereka panik.

Nampak seseorang tercekik, muka mula cemas, tangan pegang leher, suara tak keluar, batuk pun tak mampu. Dalam beberapa saat, suasana boleh berubah jadi kelam-kabut.

Sebab itu kita kena tahu asas pertolongan cemas untuk kes tercekik.

Kalau mangsa masih boleh batuk, bercakap atau bernafas, galakkan dia batuk sekuat mungkin. Jangan terus tepuk belakang secara membabi buta.

Tetapi kalau mangsa sudah tidak boleh bercakap, tidak boleh batuk dengan kuat, susah bernafas atau muka mula berubah pucat/kebiruan, ini tanda saluran pernafasan mungkin tersumbat.

Untuk orang dewasa dan kanak-kanak lebih 1 tahun, lakukan langkah ini:

Bongkokkan mangsa sedikit ke hadapan.

Beri 5 tepukan kuat di bahagian belakang, antara dua tulang belikat.

Jika masih tersumbat, berdiri di belakang mangsa.

Letakkan genggaman tangan sedikit atas pusat, pegang dengan tangan sebelah lagi, kemudian tolak ke dalam dan ke atas dengan kuat.

Ulang kitaran 5 tepukan belakang dan 5 tujahan abdomen sehingga objek keluar atau bantuan tiba.

Kalau mangsa tidak sedarkan diri, hubungi 999 dan mulakan CPR jika anda tahu caranya.

Penting juga untuk tahu, Heimlich maneuver tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Untuk bayi, tekniknya berbeza dan perlu lebih berhati-hati.

Jangan angkat anak terbalik.
Jangan korek mulut secara membuta tuli.
Jangan suruh minum air ketika sedang tercekik.
Jangan tunggu “kejap lagi okeylah” kalau mangsa sudah tidak boleh bernafas.

Ini ilmu yang nampak kecil.

Tapi dalam situasi sebenar, orang yang tahu apa perlu dibuat boleh jadi beza antara panik dan peluang kedua untuk hidup.

Belajar. Ingat. Kongsi.

Sebab kita tak pernah tahu, satu hari nanti tangan kita mungkin yang paling dekat untuk menyelamatkan seseorang.




📢✨ 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔! ✨📢🛒💻 “𝐀𝐃𝐃 𝐓𝐎 𝐂𝐀𝐑𝐓 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐀𝐃𝐃 𝐓𝐎 𝐓𝐑𝐀𝐏? 𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀!”Pernah...
05/05/2026

📢✨ 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔! ✨📢

🛒💻 “𝐀𝐃𝐃 𝐓𝐎 𝐂𝐀𝐑𝐓 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐀𝐃𝐃 𝐓𝐎 𝐓𝐑𝐀𝐏? 𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀!”
Pernah tak rasa takut kena scam masa shopping online? 🤔
Jom pelajari tips keselamatan digital dan cara lindungi duit anda ketika membeli-belah di internet bersama penceramah hebat:
🎙 𝐏𝐑𝐎𝐅. 𝐓𝐒. 𝐃𝐑. 𝐀𝐑𝐈𝐅𝐅𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐋𝐈𝐁
📅 𝟗 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)
⏰ 𝟑.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 – 𝟒.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐆𝐨𝐨𝐠𝐥𝐞 𝐌𝐞𝐞𝐭 𝐝𝐢 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡
👨‍👩‍👧‍👦 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤 & 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚
⚠️ 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝!

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu dan jadi pengguna internet yang lebih bijak & selamat 🔐✨

05/05/2026

ADD TO CART KE ADD TO TRAP? RASA NAK MENANGIS TENGOK BAKI AKAUN BANK 😭🛒
Kadang-kadang kita rasa “alah beli sikit je… alahh reward diri sendiri apa salahnya...”
Sekali hujung bulan, baru sedar banyak benda kita 'checkout' tapi tak semua benda betul-betul perlu 😅
Meh join Program Perkhidmatan Pintar NADI minggu ni (6–10 Mei 2026) — ada banyak topik kita boleh belajar.
Korang pilih je mana-mana topik yang sesuai👇
🍳 Skip sarapan: bahaya atau ok?
🫶 Realiti seorang caretaker Part 2
🎗️ Normal atau tanda kanser ovari?
🛒 Add to cart atau add to trap? Jaga duit anda!
🦵 Leg Exercise
📚 DILEA, MAHIR & E-Sports Awareness Class
📍 Lokasi: Pusat NADI di seluruh Malaysia.
Jemput datang ke Pusat NADI berhampiran — petugas NADI akan bantu daftar & pilih program yang sesuai.
💬 Kalau kena pilih satu dulu, korang nak join topik mana?
Sarapan / Caretaker / Kanser Ovari / Jaga Duit / Leg Exercise
Tulis je dekat komen 👇
Tag pasangan/kawan yang selalu “baik menyesal beli dari menyesal tak beli” tu 😆
dan share dalam group family/office — mungkin ada yang tengah perlukan program macam ni 🔁

📢VACANCY: VOLUNTEER AT NADI BUKIT TENGAH(https://maps.app.goo.gl/Lzb3cL8hpEJBdXqn9?g_st=ic)Applications are invited for ...
05/05/2026

📢VACANCY: VOLUNTEER AT NADI BUKIT TENGAH
(https://maps.app.goo.gl/Lzb3cL8hpEJBdXqn9?g_st=ic)

Applications are invited for the position of Volunteer NADI in designated area.

Contract Duration:
Three (3) months

Application Method:
Interested candidates are required to submit their resume via email to:
📧 [email protected]

Closing Date:
📅 1 June 2026

Enquiries:
📞 017-487 0905 (Aiza Azwa)

Only shortlisted candidates will be contacted.

05/05/2026

Penumpang Maut Atas Kapal: Wabak Hantavirus Disyaki

Sebuah kapal persiaran Belanda, MV Hondius, sedang membawa kira-kira 150 penumpang dalam pelayaran kutub selama beberapa minggu.

Perjalanan itu bermula dari Ushuaia, Argentina, kemudian menuju ke Antartika, Kep**auan Falkland, South Georgia dan beberapa p**au terpencil di Atlantik Selatan.

Tetapi ketika kapal itu berada jauh di tengah Atlantik, beberapa penumpang mula jatuh sakit.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga Belanda berusia 70 tahun.

Gejala awalnya kelihatan seperti penyakit biasa - demam, sakit kepala, sakit perut dan cirit-birit.
Namun keadaan lelaki itu semakin teruk. Beliau akhirnya meninggal dunia di atas kapal ketika MV Hondius berada berhampiran Saint Helena, sebuah wilayah British yang terpencil di Atlantik Selatan.

Kemudian, isterinya p**a jatuh sakit.

Wanita warga Belanda berusia 69 tahun itu dipindahkan ke Afrika Selatan. Namun ketika berada di lapangan terbang Johannesburg untuk p**ang ke Belanda, beliau rebah. Beliau dibawa ke hospital berhampiran, tetapi akhirnya turut meninggal dunia.

Dua kematian. Pasangan suami isteri. Kapal yang sama. Perjalanan yang sama.

Kapal itu kemudian meneruskan perjalanan ke Ascension Island, satu lagi p**au terpencil di Lautan Atlantik.

Di sana, seorang lelaki warga Britain p**a diturunkan dari kapal selepas jatuh sakit.

Ujian makmal kemudian mendapati lelaki Britain itu positif hantavirus. Beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU di sebuah hospital di Afrika Selatan, dalam keadaan diasingkan.

Kematian ketiga p**a belum dikenal pasti secara terbuka. Menurut pengendali kapal, jasad mangsa ketiga masih berada di atas kapal.

Setakat laporan, tiga orang telah meninggal dunia dan sekurang-kurangnya tiga lagi sakit serius. WHO memaklumkan lima kes lain juga disyaki hantavirus, tetapi belum disahkan melalui ujian makmal.

Sebab itu istilah yang tepat ialah: wabak hantavirus disyaki.

Pihak pengendali kapal, Oceanwide Expeditions, telah memohon bantuan pihak kesihatan tempatan di Cape Verde. Namun pada peringkat awal, tiada penumpang dibenarkan turun dari kapal.

WHO kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pengendali kapal untuk menjalankan penilaian risiko kesihatan awam penuh, menyelaraskan evakuasi pesakit, menjalankan ujian makmal lanjut, siasatan epidemiologi dan penjujukan virus.

Dalam masa yang sama, pihak kesihatan Afrika Selatan juga menjalankan pengesanan kontak di kawasan Johannesburg untuk memastikan sama ada ada individu lain yang mungkin terdedah kepada penumpang yang dijangkiti.
Apa itu Hantavirus?

Hantavirus ialah virus yang biasanya dikaitkan dengan tikus. Ia boleh tersebar melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti.

Bahaya paling besar ialah apabila najis atau air kencing tikus yang kering terganggu, disapu atau divakum. Partikel halus boleh naik ke udara dan dihidu masuk ke paru-paru tanpa kita sedar.

Hantavirus boleh menyebabkan dua penyakit serius - satu menyerang paru-paru, dan satu lagi boleh menjejaskan buah pinggang.

Namun WHO menegaskan orang awam tidak perlu panik. Risiko kepada masyarakat umum kekal rendah, dan tiada keperluan untuk sekatan perjalanan.

Info lanjut mengenai Hantavirus akan di kongsi pada perkongsian berikutnya




Address

Juru, Jalan Mohd Saad, Kampung Bukit Kecil
Bukit Mertajam
14100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60 10-518 4800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Bukit Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Bukit Tengah:

Shortcuts

Share