Team DONZ

Team DONZ Adalah sebuah kelab kebajikan yang baru ditubuhkan. Kelab ini dianggotai oleh 7 orang ahli. 5 lelaki dan 2 wanita. Kami bergerak di dalam skala yang kecil.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan para pewaqaf yang budiman, dana waqaf yang diterima telah digunakan...
18/02/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan para pewaqaf yang budiman, dana waqaf yang diterima telah digunakan bagi pembelian keperluan berikut untuk kegunaan anak-anak desa :

🪑 Bangku
🪑 Kerusi
🛠 Meja guna
🖊 Whiteboard

Segala pembelian ini bertujuan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif, khususnya bagi kegunaan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pewaqaf yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan.

Mudah-mudahan setiap ringgit yang diwaqafkan menjadi saham akhirat yang berterusan pahalanya, menerangi kehidupan pewaqaf sebagaimana ia memberi manfaat kepada anak-anak desa ini.

Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda dan menerima segala amal sebagai ibadah yang diberkati. 🤲✨

Together Enlighten All Mankind Day Or NightZ



🤝✨ Langkah Baharu, Nafas Baharu Team Donz ✨🤝Alhamdulillah, telah berlangsung perjumpaan para founder dan kepimpinan Team...
16/02/2026

🤝✨ Langkah Baharu, Nafas Baharu Team Donz ✨🤝

Alhamdulillah, telah berlangsung perjumpaan para founder dan kepimpinan Team Donz bagi membincangkan penstrukturan semula organisasi demi memastikan gerak kerja lebih kemas, teratur dan memberi manfaat sebaiknya.

Kami sedar Team Donz bukanlah sebuah NGO yang besar atau gah, namun kami percaya setiap langkah kecil yang dilakukan dengan ikhlas tetap memberi makna.

Antara perkara yang dibincangkan :
📌 Penyusunan semula barisan organisasi
📊 Proses merekod dan semakan kewangan secara lebih sistematik
🗂 Perancangan aktiviti-aktiviti terkini sempena Ramadan

Kami ingin memastikan setiap sumbangan yang diterima diurus dengan penuh tanggungjawab, dan setiap bantuan yang disampaikan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.

Doakan agar Team Donz terus istiqamah, walau kecil geraknya, namun konsisten dalam menyantuni masyarakat — siang dan malam.

Together Enlighten All Mankind Day Or NightZ ✨


🌙✨ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ✨🌙Alhamdulillah… Allah masih memilih kita untuk sekali lagi bertemu bulan penuh ...
16/02/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ✨🌙

Alhamdulillah… Allah masih memilih kita untuk sekali lagi bertemu bulan penuh keberkatan. Bulan tarbiah jiwa, bulan keampunan, bulan rahmat dan kasih sayang.
Semoga Ramadan kali ini :

🤲 Menghapuskan dosa-dosa yang lalu
💛 Melembutkan hati yang keras
📖 Mendekatkan kita dengan Al-Quran
🤝 Menguatkan ukhuwah sesama insan

Marilah kita manfaatkan setiap detik — siang dengan sabar, malam dengan ibadah.
Moga segala amal diterima dan Ramadan ini menjadi yang terbaik dalam hidup kita.

Together Enlighten All Mankind Day Or NightZ ✨



Waqaf Banquet Table dibuka...Detail di komen ya..!!
05/01/2026

Waqaf Banquet Table dibuka...
Detail di komen ya..!!

Bismillah...SABEEL LIL MASAAKIN FI EL-HARAM 3.0Syukur Alhamdulillah segala puji kepadaNya yang telah memberi Nikmat Hart...
10/02/2025

Bismillah...
SABEEL LIL MASAAKIN FI EL-HARAM 3.0
Syukur Alhamdulillah segala puji kepadaNya yang telah memberi Nikmat Harta buat semua penyumbang Sabeel Lil Masaakin 3.0 kali ini.
Kerana kekangan masa dan tugas sebagai Mutawif DuyufurRahman hanya ini dahulu permulaan sebelum mengedarkan lebih 200 pack set Makanan untuk Orang² Miskin yang berada di Makkah selepas ini.
Mana Ustaz Don...??????
Ustaz Don tak bawa jemaah umrah time nie,jadi wakil kami Cikgu Pian yang bantu menguruskan program kali nie...

Layari :
FB TD Official : / Team DONZ
Instagram TD Official :
Telegram TD Official :
Youtube TD Official : Team Donz

TB24 Oktober 2024 (Khamis)Perjumpaan AJK Team Donz bagi mestruktur semula pergerakan dan strategi.Kehadiran Duta/Ikon Te...
03/01/2025

TB

24 Oktober 2024 (Khamis)

Perjumpaan AJK Team Donz bagi mestruktur semula pergerakan dan strategi.

Kehadiran Duta/Ikon Team Donz, Us Don Daniyal Don Biyajid berserta Penasihat² Khas, Imam Muda Azhar dan Imam Muda Razi.

InsyaAllah kami akan kembali !
Doakan.

Bismillah...Beberapa hari lepas Founder Team Donz dapat bersua muka untuk merancana semula aktiviti Team Donz yang masih...
21/04/2024

Bismillah...
Beberapa hari lepas Founder Team Donz dapat bersua muka untuk merancana semula aktiviti Team Donz yang masih belum dijalankan.

Terima kasih kepada UDD yang sudi meluangkan masa emas bersama...Masa yang singkat dan banyak manfaat yang dikongsikan...

Doakan kami ya semua...

Address

TAMAN SERULING EMAS
Bukit Mertajam
14200

Opening Hours

Monday 02:00 - 08:00
Tuesday 02:00 - 08:00
Wednesday 14:00 - 20:00
Thursday 14:00 - 20:00
Friday 14:00 - 20:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 15:00 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team DONZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Team DONZ:

Share