PKG ALMA

PKG ALMA Alamat

BLOK F ,
KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN,
JLN NANGKA ,TAMAN DESA DAMAI,
14000, BUKIT MERTAJAM.

LATAR BELAKANG



* bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan tahun 1978.

* diganti dengan Pusat Media Daerah tahun 1981.
* Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan diempat buah negeri - 1982 - 84 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara -1983. Maka 1986 Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) diberi nama.
* 302 buah sekolah dipilih untuk penempatan Pusat

Sumber Tempatan / Pusat Media


* Daerah / Pusat Sumber Pendidikan Daerah.
* Amnya PSPD memberi perkhidmatanuntuk 15 hingga 20 buah sekolah.
* Diwujudkan untuk bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan.
* Tujuannya pada waktu itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan PnP berharga rendah.
* Hasrat KPM memperluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatan taraf PnP.
* Untuk membiasakan guru-guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.
* PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dan diberikan peranan yang lebih luas.
* Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri
* “ PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal PnP. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan.”


FUNGSI

* Mengurus dan mentadbir Pusat Kegiatan Guru.
* Melaksanakan, menilai program dan latihan Teknologi Pendidikan.
* Memantau penggunaan penyelesaian bersepadu Sekolah Bestari.
* Penyelaras program dan latihan Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari dan PSS
* Memudah cara program pengurusan perubahan pendidikan bestari di Sekolah setempat.
* Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
* Memberi khidmat bantu Teknologi Pendidikan.
* Mengurus data dan maklumat aktivti PKG, Kakitangan Sumber (KS),
Pusat Sumber sekolah (PSS) dan sekolah setempat. VISI

* Mewujudkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan yang berkesan di setiap sekolah


MISI

* Membangunkan bahan sumber pendidikan yang bermutu tinggi dalam pelbagai media
* Mengembangkan sistem jaringan kepada semua warga pendidikan.
* Memberi khidmat kepakaran profesional dan teknikal dalam media dan teknologi pendidikan. OBJEKTIF






PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan itizam, berjanji
menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:

Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan

Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa

Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa

Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidkan dari semasa ke semasa

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa



SEJARAH PKG ALMA


PKG Alma semasa beroperasi di PKG BM


PKG Alma pada asalnya diwujudkan atas penguguran PKG Tanjung yang berpusat di SK Hutching, Lebuh Farquhar di sebelah pulau. Oleh kerana di Seberang Perai terdapat 1 PKG iaitu PKG Bukit Mertajam yang mempunyai bilangan sekolah ahli yang banyak dari kawasan Bukit Mertajam maka PKG Alma telah diwujudkan bagi memantau sekolah ahli kawasan Alma.Pusat operasi PKG Alma telah berkongsi dengan PKG Bukit Mertajam terletak di SK Stowell, Jalan stowell ,Bukit Mertajam.Pada ketka itu juga Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang turut berkongsi bangunan yang sama.Banguna tersebut mempunyai 2 aras .Pada awal tahun 2004,Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah berpindah ke bangunan baru dan beroperasi di Pokok Sena ,Kepala Batas. PKG Alma dan PKG Bukit Mertajam bukan sahaja berkongsi bangunan malahan segala peralatan dan perabut.Keadaan ini telah menyebabkab sedikit gangguan dan kekurangan dari segi penggunaan bilik dan peralatan yang terhad.Status PKG Alma sebagai pkg tidak berbangunan dan menumpang di PKG Bukit Mertajam telah menyukarkan segala hal berkaitan terimaan peralatan seperti perabot kerana ruang yang terhad. Pada awal tahun 2008 ,Unit Bahagian Teknologi Pendidikan ,Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan PKG berstatus bangunan sementara atau menumpang untuk berpindah ke KIP/KRG (Kuarters Institusi Pendidikan /Kuarters Rumah Guru) .Sebanyak 53 buah PKG telah dikenalpasti termasuk PKG Alma .Segala kertas cadangan dikemukakan dan memilih KIP Bukit Mertajam sebagai pusat operasi PKG Alma yang baru.

Address

BLOK F , KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN, Jalan NANGKA , TAMAN DESA DAMAI
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKG ALMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share