Surau Ibnu Sina, Perda Timur

Surau Ibnu Sina, Perda Timur Sebuah institusi untuk komuniti beribadah dan berukhuwah.

Alhamdulillah...malam tadi Dr Safari Elis telah berkongsi berkaitan kesihatan jantung...Fibrilasi Atrium (AF)...yang mer...
16/01/2025

Alhamdulillah...malam tadi Dr Safari Elis telah berkongsi berkaitan kesihatan jantung...Fibrilasi Atrium (AF)...yang merupakan sejenis masalah irama jantung tidak teratur yang paling kerap berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan darah beku di jantung, strok (angin ahmar), kegagalan jantung dan masalah jantung yang lain.

Insya-Allah...siri ceramah kesihatan seterusnya pada februari 2025 nanti menampilkan dua doktor pakar yang akan berkongsi kepakaran masing-masing.

Saja habaq awai...tak kalut...boleh kita rancang untuk melapangkan masa pada tarikh tersebut.

Istiqamah Menyubur Takwa

Insya-Allah...SuIS akan mengadakan program ibadah korban tahun ini pada 8 jun 2025 @ 11 zulhijah 1446H nanti.Bilangan ba...
16/01/2025

Insya-Allah...SuIS akan mengadakan program ibadah korban tahun ini pada 8 jun 2025 @ 11 zulhijah 1446H nanti.

Bilangan bahagian korban sebanyak 35 bahagian @ 5 ekor telah ditempah sepenuhnya.

Semoga dipermudahkan urusan.

Pengumuman Surau Ibnu Sina (SuIS)SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN 1446 Hالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMenjelang Ramadan yang b...
15/01/2025

Pengumuman Surau Ibnu Sina (SuIS)

SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN 1446 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang Ramadan yang bakal tiba, pihak AJK SuIS mengalu-alukan sumbangan Ahli Kariah SuIS atau sesiapa sahaja untuk program Ramadan tahun ini dan juga program SuIS sepanjang tahun.

Sumbangan boleh dibuat mulai rabu, 1 Januari 2025 (1 Rejab 1446H).

Sumbangan boleh diserahkan kepada :

i. Bendahari SuIS : En Rozaimi Ridzuan 0124700901
ii. Pengerusi SuIS : En Abdul Razak Kamal 0135185859
iii. Mana-mana AJK SuIS

iv. Deposit/ pemindahan wang ke Bank Islam Malaysia Berhad,
cawangan Bandar Perda
Nama Akaun : Surau Ibnu Sina
Nombor Akaun : 07052010003859

v. Pembayaran juga boleh dibuat melalui DuitNow QR Surau Ibnu Sina Perda Timur. Hanya imbas dan bayar.

Bagi pembayaran ke akaun surau dan DuitNow QR, sila maklumkan maklumat pembayaran kepada Bendahari SuIS.

Bagi pihak,
AJK SuIS

SUMBANGAN BULANAN SuIS 2025السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهJazakumullahu khairan katsira kepada semua yang telah menyumba...
15/01/2025

SUMBANGAN BULANAN SuIS 2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jazakumullahu khairan katsira kepada semua yang telah menyumbang kepada surau kita, Surau Ibnu Sina Perda Timur (SuIS) dari segi idea, tenaga, kewangan dan seumpamanya selama ini. Insya-Allah, pihak AJK SuIS akan memastikan surau kita sentiasa diimarahkan dengan ibadah khusus dan program-program berkaitan.

Menjelang tahun 2025 yang hampir tiba, AJK SuIS membuka peluang ahli kariah untuk menginfak Sumbangan Bulanan 2025 (dahulu dikenali sebagai Yuran Surau) bermula hari ini, 1 Disember 2024, bagi meneruskan program pengimarahan SuIS tahun hadapan.

Infak Sumbangan Bulanan ini digunakan antaranya untuk:
✓ program kuliah, ceramah dan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.
✓ sebahagian dari perbelanjaan utiliti surau.
✓ senggaraan, baik pulih dan penambahbaikan surau.
✓ penggantian dan penambahan aset, perabot dan kelengkapan surau.

Ahli kariah boleh berurusan dengan menghubungi Bendahari SuIS, Rozaimi Ridzuan @ 0124700901.

Pembayaran juga boleh dibuat terus ke akaun bank surau:

Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Bandar Perda
Nombor akaun : 07052010003859
Nama akaun : Surau Ibnu Sina

Atau, melalui DuitNow QR Code akaun bank Surau Ibnu Sina Perda Timur.

Sila maklumkan kepada Bendahari SuIS maklumat anda dan maklumat pembayaran.

Sumbangan Bulanan adalah sebanyak RM10 sebulan (RM120 setahun) untuk seisi keluarga.

Semoga infak kita memberi manfaat kepada semua dan kita akan sentiasa berada di dalam rahmat dan petunjuk Allah SWT.

Bagi pihak,
AJK Surau Ibnu Sina, Perda Timur (AJK SuIS)

Address

Lorong Perda Timur 13, Bandar Perda
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ibnu Sina, Perda Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share