07/10/2026
KENAPA SEMUA BISU? AKTA DAH BEKU KE?
15 Mei 2026, Mahkamah Tinggi memutuskan tindakan mengeluarkan nikotin cecair daripada kawalan Akta Racun 1952 sebagai TIDAK RASIONAL
Kemudian kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan tersebut.
Jadi persoalannya mudah:
❓ Apakah kedudukan sebenar cecair v**e bernikotin hari ini?
❓ Jika nikotin kembali tertakluk kepada Akta Racun 1952, mengapa premis v**e masih bebas menjual produk bernikotin?
Lebih pelik, produk v**e sebelum ini telah melalui proses pendaftaran/pengisytiharan isi kandungan produk mereka di bawah kerangka kawal selia. Maklumat produknya sepatutnya sudah ada (ada nikotin/tiada nikotin.
Jadi apa lagi yang ditunggu?
Dalam masa yang sama, v**e masih berada di tangan kanak-kanak dan remaja.
Lebih membimbangkan, isu hari ini bukan lagi sekadar v**e + nikotin.
Kita sudah bercakap tentang v**e yang dicampur bahan psikoaktif dan dadah.
Kalau Akta Racun tidak dikuatkuasakan, dan Akta 852 p**a seolah-olah tidak bergerak…
SIAPA SEBENARNYA YANG MELINDUNGI ANAK-ANAK KITA?
Undang-undang ada.
Data produk ada.
Penguat kuasa ada.
Tetapi kenapa semuanya senyap?
KENAPA SEMUA BEKU?
Kementerian Kesihatan Malaysia perlu tampil menjelaskan kepada rakyat:
Apakah status undang-undang cecair v**e bernikotin sekarang — dan siapa yang sedang menguatkuasakannya?
**e **e