26/07/2023
Islam itu pada akidah dan syariat!
Akidah yang dimaksudkan adalah pegangan kita kepada apa yang kita percaya sebagai tuhan. Allah adalah pemilik segala-galanya, maha esa, mengetahui akan segala yang berlaku, dan akan berlaku. Segala amalan dan kerja buat kita adalah pada Allah. Kita meyakini segala zat-zat suci tuhan tanpa persoal dan membandingkannya dengan sifat makhluk. Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.
Syariat p**a, kerja buat kita yang wajib berdasarkan Quran dan Sunnah. Dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah melalui Quran dan Rasulullah SAW. Cara kehidupan kita juga seiring dengan kehendak Allah melalui Quran dan Sunnah. Bersesuain dengan keadaan tempat kita berada selagi mana tidak bercanggah dan menambah-nambah dari Nas Al Quran dan sunnah.
Dua ini mudah sahaja dan apabila ia lengkap. Maka selamatlah kita sebagai muslim dari kita menjadi mukallaf hinggalah ke akhir hayat.
-Sheikh Ibn Sidek al Wasim (1994)