Sekolah Sinar Harapan

Call Directions Website Contact the organization

Sekolah Sinar Harapan Sekolah Sinar Harapan (mental re****ed school)

🌟 PERKHIDMATAN OCCUPATIONAL THERAPY KINI DI SEKOLAH SINAR HARAPAN! 🌟Alhamdulillah, satu lagi langkah untuk memberikan so...
16/09/2026

🌟 PERKHIDMATAN OCCUPATIONAL THERAPY KINI DI SEKOLAH SINAR HARAPAN! 🌟

Alhamdulillah, satu lagi langkah untuk memberikan sokongan yang lebih menyeluruh kepada anak-anak istimewa. 💙

Sekolah Sinar Harapan kini menyediakan perkhidmatan Occupational Therapy (Terapi Cara Kerja) bagi membantu murid meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka dalam aktiviti seharian serta pembelajaran.

🧩 Antara fokus terapi termasuk: • Kemahiran motor halus
• Koordinasi mata dan tangan
• Kemahiran menulis dan memegang alat tulis
• Sensori dan regulasi diri
• Kemahiran kendiri dalam aktiviti harian
• Kemahiran fungsional yang menyokong pembelajaran

Setiap anak mempunyai keupayaan dan keperluan yang berbeza. Dengan sokongan yang sesuai, kita bantu mereka berkembang mengikut potensi dan kemampuan masing-masing. ❤️

🏫 Sekolah Sinar Harapan
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

💙 Bersama membina harapan, mencipta peluang dan meraikan setiap perkembangan anak-anak istimewa.








Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 , Kelab ...
16/09/2026

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 , Kelab Wanita Muda Bukit Mertajam & Syarikat Cermin Mata yang memberikan sumbangan cermin mata kepada kanak-kanak istimewa Sekolah Sinar Harapan

https://www.facebook.com/share/p/19tirnk5ed/

Buat pertama kalinya Sekolah Sinar Harapan memberikan perkhidmatan sewaan ruang utama bagi tujuan seminar atau taklimat ...
23/08/2026

Buat pertama kalinya Sekolah Sinar Harapan memberikan perkhidmatan sewaan ruang utama bagi tujuan seminar atau taklimat oleh agensi luar. Pagi tadi berlangsungnya taklimat melanjutkan pengajian ke peringkat TVET.

Pihak Sekolah Sinar Harapan & PKKTA SPT menawarkan sewaan ruang utama, bilik mesyuarat, bilik kelas dan kolam renang.

Hasil sewaan ini akan dimasukkan terus ke akaun Persatuan Kebajikan Kanak2 Terencat Akal SPT dan secara tidak langsung dapat menanpung kos pengoperasian Sekolah Sinar Harapan.

Pihak sekolah mengalu-alukan bagi yang berminat membuat sewaan.

Terima kasih pada YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 dan syarikat penaja!
23/08/2026

Terima kasih pada YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 dan syarikat penaja!

Terima kasih PMX!
25/07/2026

Terima kasih PMX!

Alhamdulillah Karnival Sukan Murid Berkeperluan Khas (OKU) peringkat Seberang Perai Tengah berlangsung dengan jayanya bu...
25/07/2026

Alhamdulillah Karnival Sukan Murid Berkeperluan Khas (OKU) peringkat Seberang Perai Tengah berlangsung dengan jayanya buat kali ke-2. Lebih mengejutkan lagi kehadiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Ketua Menteri Chow Kon Yeow 曹觀友 singgah ke karnival pada hari ini. YAB PMX sempat beramah mesra dan menyantuni murid2 berkeperluan khas. Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal SPT Dr. Norizan Baba Rahim Izan Baba sempat menceritakan serba sedikit berkenaan Sekolah Sinar Harapan. Terima kasih PMX kesayangan kami. Kami bukan kurang tapi kami istimewa.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Kementerian Pendidikan Malaysia

18/07/2026

Terima kasih pihak UiTM sudi untuk perkongsian ilmu kepada guru dan waris ibu bapa.


Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

Karnival Sukan OKU pada tahun lepas kita berjaya mengumpulkan beberapa pusat OKU seperti Pusat Sukarela Kebajikan dan Pu...
08/06/2026

Karnival Sukan OKU pada tahun lepas kita berjaya mengumpulkan beberapa pusat OKU seperti Pusat Sukarela Kebajikan dan Pusat Dalam Komuniti di sepanjang Seberang Perai Tengah.

Kejayaan program Karnival Sukan OKU yang dianjurkan oleh Sekolah Sinar Harapan & Persatuan Kebajikan Kanak2 Terencat Akal Seberang Perai Tengah buat julung kalinya pada tahun lepas adakah bakal dapat diulangi?

Persatuan Kebajikan Kanak2 Terencat Akal SPT & Sekolah Sinar Harapan mengalu2kan sumbangan mana2 pihak yang sudi menyumbang atau menaja bagi kejayaan perlaksanaan program Karnival OKU ini.

Jom sebar2kan , SHARE post ini atau TAGGING bagi membantu kejayaan program karnival OKU SPT 2025!

29/05/2026

Jemputan Hari Terbuka untuk Sesi Pendaftaran 2027 Early Intervention Programme (EIP)

Sekolah Sinar Harapan (mental re****ed school)

Address

Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Sinar Harapan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekolah Sinar Harapan:

Shortcuts

Share