19/02/2026
KUNJUNGAN HORMAT & JEMPUTAN RASMI PERTUBUHAN KEBAJIKAN KEBUDAYAAN SOSIAL KAUM INDIA PULAU PINANG
Satu perjumpaan rasmi telah diadakan bersama YB Dato’ Seri Sundarajoo, EXCO Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bagi menyampaikan jemputan ke Perayaan Tahunan Ke-140 Kuil Sri Maha Muthumariamman Penanthi Estate
Delegasi diketuai oleh
Dato’ Bala Krishnan Nambiar
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan Sosial Kaum India Pulau Pinang
Turut hadir:
• En. Parameswaran – Naib Pengerusi Pertubuhan
• En. Kalaiarasan Nadarajan – Setiausaha Kehormat
Kuil Sri Maha Muthumariamman yang ditubuhkan pada tahun 1886, kini melangkah ke usia 140 tahun (1886–2026) — satu simbol warisan, kepercayaan dan ketahanan komuniti India di Pulau Pinang.
Dalam pertemuan ini, YB Dato’ Seri menyatakan komitmen berterusan beliau dalam membantu rumah-rumah ibadat serta memelihara adat dan resam kaum India di negeri ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu Jawatankuasa Khas Kaum India akan ditubuhkan bagi memberi ruang, saluran cadangan dan penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan hal ehwal masyarakat India.
Satu langkah progresif demi memastikan suara komuniti terus diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Kami mengucapkan Terima Kasih kepada Exco Kerajaan Negeri Datuk Seri Sundararajo Somu atas sokongan kepada komuniti india di Pulau Pinang
Chow Kon Yeow 曹觀友
Steven Sim Chee Keong 沈志强
Kumaran Krishnan
Kumaresan Aramugam