Masjid Jamek Kampung Baru Alma

Masjid Jamek Kampung Baru Alma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Jamek Kampung Baru Alma, Community Center, Jalan Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam.

๐ŸŒ™ Majlis Mahabbah Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™18 April 2026 @ 29 Syawal , SabtuAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatka...
19/04/2026

๐ŸŒ™ Majlis Mahabbah Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™

18 April 2026 @ 29 Syawal , Sabtu

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Mahabbah Aidilfitri 2026 anjuran Masjid Al-Muhsinin telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh meriah, harmoni dan ukhuwah.

Majlis ini menjadi wadah terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara anak-anak kariah, di samping menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri yang penuh dengan kasih sayang, keinsafan dan kebersamaan.

Pihak masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan makanan, tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan majlis ini. Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dan menjadi asbab kepada kemeriahan majlis pada malam tersebut.

Tidak dilupakan juga kepada semua sukarelawan, ahli jawatankuasa serta para hadirin yang telah bersama-sama hadir memeriahkan majlis ini. Semoga segala usaha, pengorbanan dan keikhlasan yang dicurahkan diberkati dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus kukuh dan berkekalan.

โœจ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin โœจ

"Masjid Kita Tanggungjawap Kita"

23/03/2026

๐ŸŒ™ Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™

Salam Aidilfitri, Maaf zahir & batin

Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
Semoga ikatan ukhuwah (persaudaraan) dan silaturahim yang terjalin ini berkekalan, berpanjangan sehingga ke jannah, serta sentiasa dalam keredaan dan keberkatan Allah SWT.

๐ŸŒ™ Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™1 Syawal , 21 Mac 2026, SabtuSolat sunat aidilfitri.Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT....
23/03/2026

๐ŸŒ™ Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™

1 Syawal , 21 Mac 2026, Sabtu

Solat sunat aidilfitri.

Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

๐ŸŒ™ Ramadan 2026 ๐ŸŒ™26 Ramadan, 16 Mac 2026, Isnin- Malam PemudaAktiviti:- Majlis tahlil - Majlis iftar- Tazkirah- Solat ter...
18/03/2026

๐ŸŒ™ Ramadan 2026 ๐ŸŒ™

26 Ramadan, 16 Mac 2026, Isnin- Malam Pemuda

Aktiviti:
- Majlis tahlil
- Majlis iftar
- Tazkirah
- Solat terawih
- Jamuan Moreh
- Membersihkan masjid, persiapan menyambut Aidilfitri oleh anak- anak muda kariah.

Terima Kasih anak-anak muda & MPKK yang menaja iftar & moreh dan juga kepada semua yang menjayakan program ini.
ุฌูŽุฒูŽุงูƒูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹

๐ŸŒ™ Ramadan 2026 ๐ŸŒ™25 Ramadan, 15 Mac 2026, AhadAlhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran telah selesai dilaksanakan.Terima kas...
15/03/2026

๐ŸŒ™ Ramadan 2026 ๐ŸŒ™

25 Ramadan, 15 Mac 2026, Ahad

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran telah selesai dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir serta yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala bacaan, usaha dan pengorbanan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan kita semua terus istiqamah membaca dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.


๐ŸŒ™ Ramadan 2026 ๐ŸŒ™13 Ramadan, 3 Mac 2026- Solat sunat gerhana bulan & solat terawih17 Ramadan, 7 Mac 2026 (Nuzul Al-Quran)...
09/03/2026

๐ŸŒ™ Ramadan 2026 ๐ŸŒ™

13 Ramadan, 3 Mac 2026
- Solat sunat gerhana bulan & solat terawih

17 Ramadan, 7 Mac 2026 (Nuzul Al-Quran)
- Tazkirah & solat terawih

19 Ramadan, 9 Mac 2026
- Majlis tahlil, iftar & solat terawih serta meraikan anak- anak syurga dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pulau Pinang

๐Ÿคฒ Jom rebut peluang berinfak Ramadan ke Tabung Ihyaโ€™ Ramadan bagi menyokong program sepanjang bulan mulia ini.
Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

๐ŸŒ™ Malam Pertama Terawih ๐ŸŒ™18 Feb 2026, Malam 1 RamadanAlhamdulillah, Ramadan kembali lagi.Jom sama-sama kita imarahkan ma...
19/02/2026

๐ŸŒ™ Malam Pertama Terawih ๐ŸŒ™
18 Feb 2026, Malam 1 Ramadan

Alhamdulillah, Ramadan kembali lagi.
Jom sama-sama kita imarahkan masjid dengan solat sunat Terawih.

Rasulullah ๏ทบ bersabda bahawa sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap pahala, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
(Hadis riwayat Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)

๐Ÿคฒ Jom rebut peluang berinfak Ramadan ke Tabung Ihyaโ€™ Ramadan bagi menyokong program sepanjang bulan mulia ini.
Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Ahad 15 Feb 2026, 27 Syaaban 1447GOTONG ROYONG PERDANAAlhamdulillah, selesai sudah Program Gotong Royong pada hari ini b...
15/02/2026

Ahad 15 Feb 2026, 27 Syaaban 1447
GOTONG ROYONG PERDANA

Alhamdulillah, selesai sudah Program Gotong Royong pada hari ini bagi menyambut bulan Ramadan 1447H.

Semoga kerjasama masyarakat Kampung Baru Alma pada hari ini berkekalan & dapat menguatkan lagi ukhwah sesama kita.

Terima kasih kepada anak kariah, BOMBA, KKM, MBSP, AADK dan semua yang terlibat.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

๐—œ๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐— (๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—”๐—• ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›) ๐ŸŒ™Terima kasih kepada semua yang hadir bagi Majlis Ceramah Khas - Israk & Mikraj bersama Pe...
18/01/2026

๐—œ๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐— (๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—”๐—• ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›) ๐ŸŒ™

Terima kasih kepada semua yang hadir bagi Majlis Ceramah Khas - Israk & Mikraj bersama Penceramah Undangan Ustat Ashraf Naim Yusof pada 17hb Jan 2026

Israk Mikraj, adalah bukti keagungan Allah SWT.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu mukjizat yang besar dianugerahkan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW .

Solat menjadi interaksi hamba kepada Allah dalam memohon sebarang pertolongan dan bantuan.

Jom hiasi hari kita dengan mendalami ilmu-ilmu dan santapan jiwa kita. Beruntungnya kita apabila Allah memudahkan jalan kita ke Syurga kerana kesungguhan kita untuk menjadi orang yang cinta dan dahagakan ilmu.

Bagi yang terlepas live semalam, boleh tonton semula hanya di :
https://www.facebook.com/share/v/1AVEnwAaiz/

Selamat memperingati Israk Mikraj, sebuah perjalanan kepada Yang Maha Agung.

Semoga Israk Mikraj membawa kita terus dekat dengan Allah SWT dan berada di dalam pelukan kasih dan rahmatNya.

JEMPUTAN KE MAJLISCERAMAH KHAS - ISRAK & MIKRAJMasjid akan mengadakan  Majlis Ceramah Khas-Israk & Mikraj yang akan diad...
17/01/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS
CERAMAH KHAS - ISRAK & MIKRAJ

Masjid akan mengadakan Majlis Ceramah Khas-Israk & Mikraj yang akan diadakan pada:

๐Ÿ—“๏ธ 17 Jan 2026 (Sabtu)
27 Rejab 1447H
โฐ Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ•Œ Masjid Al-Muhsinin Kampung Baru Alma
โ™จ๏ธ Jamuan disediakan

Penceramah undangan:
Ustaz Ashraf Naim Yusof

Mari kita sama-sama mengimarahkan rumah Allah dengan solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu .

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™๐Ÿคฒ๐ŸปPerjalanan Israk Mikraj dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha menjadi bukti setiap kepahit...
17/01/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™๐Ÿคฒ๐Ÿป

Perjalanan Israk Mikraj dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha menjadi bukti setiap kepahitan ujian akan berakhir dengan kemanisan pertemuan.

Ketika Rasulullah SAW diuji dengan tahun kesedihan, Allah hadiahkan 'hadiah' teragung: SOLAT. Sebuah jambatan cinta untuk kita mencari kekuatan saat dunia terasa menghimpit.

Mari kita jadikan momentum 1447H ini untuk:
โœ… Memperbaiki kualiti sujud kita.
โœ… Menjadikan sabar sebagai perisai.
โœ… Bangkit dengan iman yang lebih teguh.
โœ…๏ธ Perbanyakkan amalan bersedekah dan sentiasa menikmati rasa bersyukur.

Salam Israk Mikraj 1447H daripada kami Warga Anak-Anak Qaryah Masjid Kampung Baru Alma. Semoga rahmat Allah sentiasa memeluk jiwa kita semua.

"Kebajikan yang kecil tetapi berterusan, itu lebih Allah cintai."

Tinggalkan kebaikan yang berpanjangan pada malam Israk Mikraj ini.

โฌ‡๏ธ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ง๐Ÿ๐š๐ช ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐š๐ค ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฃ, ๐’๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ค๐ž ๐š๐ค๐š๐ฎ๐ง:
Akaun : 557090309859
Maybank Berhad

Address

Jalan Kampung Baru Alma
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kampung Baru Alma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share