Masjid Jamek Kampung Alma

Masjid Jamek Kampung Alma Masjid Jamek Kampung Alma
Segala Info berkaitan hal ehwal Masjid Qaryah Alma boleh share di sini. terutama sekali aktiviti Anak Qaryah..

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pembentangan Laporan Aktiviti & Kewangan Sesi 2023โ€“2025.Alhamdulillah, mesyuar...
18/04/2026

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pembentangan Laporan Aktiviti & Kewangan Sesi 2023โ€“2025.

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak. Terima kasih kepada semua yang hadir serta memberikan pandangan dan sokongan demi memperkukuhkan perjalanan organisasi ke arah yang lebih baik.

Tahniah kepada para penerima saguhati Pelajar Cemerlang SPM 2025 ๐ŸŽ“Semoga penghargaan kecil ini menjadi pembakar semangat...
18/04/2026

Tahniah kepada para penerima saguhati Pelajar Cemerlang SPM 2025 ๐ŸŽ“

Semoga penghargaan kecil ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Teruskan usaha, kekalkan istiqamah dan jadilah kebanggaan keluarga, masyarakat serta agama.

Sekitar momen Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid Jamek Kampung Alma โœจAlhamdulillah, majlis berlangsung dengan me...
18/04/2026

Sekitar momen Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid Jamek Kampung Alma โœจ

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah penuh ukhuwah, senyuman dan kemeriahan. Terima kasih kepada semua yang hadir serta yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga silaturahim terus erat dan ukhwah sentiasa terpelihara.

15/04/2026

Jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan 2026 & Jamuan Hari Raya

Ayuh bersama kita merapatkan ukhuwah dan memeriahkan suasana ๐Ÿค
Kehadiran anda amat dialu-alukan!

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa Almarhum Ustaz ...
01/04/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Almarhum Ustaz Azudin Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.06 a.m .

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Alma pada jam 10.30 pagi / 2.4.2026 .

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Salam takziah buat seluruh keluarga. Al-Fatihah.

Alhamdulillah, selesai sudah Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Kampung Alma.Takbir bergema, saf tersusun rapi,menja...
21/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Kampung Alma.

Takbir bergema, saf tersusun rapi,
menjadi saksi kebersamaan dan kesyukuran di pagi Syawal.

Semoga segala amal diterima,
dan ukhuwah yang terjalin terus mekar dalam kalangan kariah. ๐ŸŒ™

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

18/03/2026

Inilah Kampung Alma , Kampung kita

Alhamdulillah, telah selesai Malam Pemuda Masjid Jamek Kampung Alma. ๐Ÿ”ฅTerima kasih kepada semua yang terlibat dalam menj...
18/03/2026

Alhamdulillah, telah selesai Malam Pemuda Masjid Jamek Kampung Alma. ๐Ÿ”ฅ
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh meriah dan bermakna.
Semoga rutin tahunan ini terus mengeratkan ukhuwah dan memberi inspirasi kepada generasi muda. ๐Ÿค

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran.Ayat demi ayat dibaca, tanda syukur atas nikmat Ramadan yang penuh r...
16/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran.
Ayat demi ayat dibaca, tanda syukur atas nikmat Ramadan yang penuh rahmat.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi panduan hidup dan terus mekar di hati kita semua.

16/03/2026

Suasana malam Aidilfitri semakin terasa dengan cahaya pelita yang menghiasi kawasan kampung. Pertandingan Pelita Raya ini bukan sahaja menghidupkan tradisi, malah mengeratkan hubungan masyarakat setempat melalui kreativiti dan kerjasama.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan pertandingan dengan idea yang kreatif dan penuh semangat. Semoga usaha ini terus menghidupkan warisan budaya kita dari generasi ke generasi.


Lensa ProgramMajlis Sentuhan Kasih Ramadan yang diadakan dengan kerjasama PERDA telah berlangsung dengan jayanya serta m...
14/03/2026

Lensa Program
Majlis Sentuhan Kasih Ramadan yang diadakan dengan kerjasama PERDA telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di samping menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan melalui aktiviti kemasyarakatan dan majlis berbuka puasa bersama.

Address

Kampung Alma
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kampung Alma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share