04/05/2026
Yayasan Kita Anak Malaysia telah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih menyantuni 500 Pelajar-Pelajar IPTA & IPTS terpilih (yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang) dan juga anak-anak yatim telah berlangsung dengan penuh meriah di dalam suasana penuh keprihatinan dan kebersamaan.
Bertempat di Hotel The Light Pulau Pinang, pelajar-pelajar IPT yang telah menyertai majlis ini terdiri daripada pelbagai institusi pengajian tinggi Pulau Pinang termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Politeknik, Kolej Vokasional, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang serta SENTRAL College Penang.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Kita Anak Malaysia di dalam memperkasakan kesejahteraan belia-belia merentasi pelbagai sektor. Antara fokus utama Yayasan Kita Anak Malaysia termasuk memperkukuh pembangunan belia IPTA dan IPTS negeri Pulau Pinang melalui pengoptimuman peluang pendidikan, peningkatan kemudahan pembelajaran & pengajaran, pemerkasaan keusahawanan serta persediaan kemahiran asas pekerjaan. Pembangunan sektor belia di Pulau Pinang adalah sasaran utama Yayasan Kita Anak Malaysia. Yayasan Kita Anak Malaysia komited memainkan peranan sebagai pembina jambatan peluang di dalam menghubungkan impian dengan realiti dengan memberikan suntikan semangat, motivasi, serta keyakinan kepada para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di Pulau Pinang.
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian saguhati tunai oleh Yayasan Kita Anak Malaysia berjumlah RM1000 kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM tahun 2025 dari seluruh Pulau Pinang dan sebanyak RM500 kepada pelajar-pelajar IPT yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang serta bantuan kewangan kepada anak-anak yatim. Turut diiktirafkan di majlis ini ialah penganugerahan tiga ikon-ikon Kita Anak Malaysia.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang Dato’ Seri Sundarajoo a/l Somu, Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Dziauddin Bin Mat Saad, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tuan Zulkifly Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM
Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan M***i Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik dan Pengarah-Pengarah Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dari Pulau Pinang.