Gerakan Belia 4B Malaysia Kampung Bukit Durian, Melaka.

Gerakan Belia 4B Malaysia Kampung Bukit Durian, Melaka. Bersatu - Belajar - Bekerja - Berkhidmat (4B) APA ITU 4B

4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.

Cogankata yang konkrit ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Ia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965 yang dipimpin oleh Cikgu Mohd. Kassim Shah yang berkhidmat selama 3 tahun (1965-1968). Konsep 4B ini adalah sangat sesuai dengan agenda pertubuhan ini yang menumpukan dalam bidang pertanian pada mula penubuhannya yang terhasil daripada persepakatan ahli ja

watankuasa pengasas pergerakan dan menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib belia luar bandar dalam bidang ini. Motto utama ialah "Bergerak". Perkataan "Gerakan" diperolehi oleh Mohd Kassim Shah melalui pendekatan kebangkitan perjuangan kemerdekaan di Malaysia dan Indonesia yang menggunakan slogan "Gerakan". Manakala "4B" p**a terhasil dari konsep "4H" yang di ilhamkan oleh Abdullah Malim Baginda. Konsep 4H yang di gunakan di Amerika Syarikat juga diguna pakai oleh Gerakan Belia Thailand. Idea ini juga tercetus hasil lawatan sambil belajar Mohd. Kassim Shah bersama-sama rakan belia yang lain ke Thailand. Pada ketika itu, Cikgu Mohd. Kassim merupakan Pengerusi Kesatuan Ikatan Seni Budi Kuala Lumpur. Seramai 29 orang turut mengikuti rombongan sambil belajar ke Chiang Mai, Thailand pada tahun 1965. rombingan ini adalah terdiri daripada pengerusi dan setiausaha pelbagai perrtubuhan belia. Lawatan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS). Lambang Dan Bendera

Perisai berlatar belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang 14 negeri di Malaysia berwarna putih serta perkataan 4B berwarna merah ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna kuning emas

Address

Lot 1356, KM16, Kampung Bukit Duiran
Bukit Lintang
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Belia 4B Malaysia Kampung Bukit Durian, Melaka. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share