Pekida Bukit Kayu Hitam

Pekida Bukit Kayu Hitam Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia Ranting Bukit Kayu Hitam (Berilmu, Beramal, Beriman: Berjaya Dunia Dan Akhirat)

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H Sempena kehadiran tahun baharu Hijrah 1448H, marilah kita sama-sama membuka lembar...
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

Sempena kehadiran tahun baharu Hijrah 1448H, marilah kita sama-sama membuka lembaran baharu dengan penuh keazaman, kesyukuran dan semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan buat kita semua.

"Hijrah ke arah kebaikan, membina masa depan yang lebih gemilang."

Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas Daripada
Pengerusi,Ahli Jawatan Kuasa serta Seluruh Ahli
Pekida Kawasan Bukit Kayu Hitam

HADIS HARI INI Mendamaikan Perselisihanعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَل...
15/06/2026

HADIS HARI INI

Mendamaikan Perselisihan

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Daripada Abu Darda RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)." (Sunan Abu Daud No: 4273) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2. Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah

3. Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (Sunan Abu Daud No:4257)

Hidup bermasyarakat dan bernegara memerlukan warganya saling bertolak ansur dan mengelakkan perselisihan yang membawa kepada pergaduhan. Bersikap ramah dan rahmah dengan berusaha mendamaikan dua saudara atau kelompok yang berselisih kerana ia adalah amal soleh yang utama.

BERSABARLAH‎‎Manusia mudah lupa. Semalam memuji dengan semua pujiannya. Hari ini mereka boleh melupakan segalanya. ‎‎Apa...
11/06/2026

BERSABARLAH

‎Manusia mudah lupa. Semalam memuji dengan semua pujiannya. Hari ini mereka boleh melupakan segalanya.

‎Apabila kita berbuat baik kepada manusia, kemudian mereka pergi tanpa ucapan, tanpa senyuman, tanpa penghargaan, -malah disebut dengan keburukan dan hinaan-, maka ketika itu keikhlasan kita diuji.
‎.

‎Tetapi jika kita melakukannya ikhlas semata-mata, maka tiada sesuatu pun akan sia-sia.

‎Ini kerana tiada suatu kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas kecuali ianya diketahui oleh Allah ta'ala.

‎Allah ta'ala tidak mensia-siakannya. Allah ta'ala melihatnya. Allah ta'ala mengetahuinya. Allah ta'ala menulisnya.
‎.

‎Malah, Allah ta'ala yang akan memberikan ganjarannya.

‎Allah ta'ala berfirman:

‎ وَٱصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

‎"Dan BERSABARLAH (wahai Rasulullah engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya ALLAH TIDAK MENGHILANGKAN PAHALA orang-orang yang BERBUAT KEBAIKAN." [Hud:115]
‎.

‎Seorang sasterawan dari Mesir berkata:

‎لا تحزن على طيبتك وحسن ظنك بالآخرين ، فإن لم يوجد في الأرض من يقدرها ففي السماء من يباركها

‎"Jangan engkau sedih dengan kebaikanmu dan sangkaan baikmu kepada orang lain, kerana sesungguhnya jika tiada di dunia yang menghargainya, maka di langit ada yang memberikan keberkatan kepadanya."

‎Semoga Allah ta'ala menjadikan kita orang yang bertakwa dan bersabar dalam melaksanakan kebaikan.

Cc- Dr Abdul Rahman

CARA MENDOAKAN UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL1. Ketika Anda berdoa seoran...
10/06/2026

CARA MENDOAKAN UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL

1. Ketika Anda berdoa seorang diri.

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Allohummaghfirlii Dzunubii Waliwaalidayya War Hamhumaa K**a Robbayaanii Shaghiira

Ertinya: "Ya Allah, ampunilah segala dosa saya, dan (dosa) kedua ibu-bapak saya, dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka mendidik saya pada waktu kecil."

2. Ketika anda menjadi imam kepada adik beradik Anda.

الَّلهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كما رَبَّيَانَا صِغَارًا

Allohummaghfirlana Dzunubanaa Waliwaalidayna War Hamhumaa K**a Robbayaanaa Shighooro

Ertinya: "Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (kakak dan adik), dan (dosa) kedua ibu-bapak kami, dan rahmatilah keduanya sebagaimana keduanya mendidik kami (adik beradik) pada waktu kecil."

3. Ketika Anda menjadi imam di masjid/surau atau bersama orang lain.

الَّلهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Allohummaghfirlanaa Dzunuubanaa Waliwaalidiinaa War Hamhum K**a Robbaunaa Shighooro

Ertinya: "Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibu-bapak kami (semua), dan rahmatilah kedua-dua mereka sebagaimana mereka mendidik kami (semua) pada waktu kecil.

Cc-MRJ

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 Selamat Hari Guru diucapkan kepada  semua pendidik yang tidak pernah jemu menabur ilmu dan memben...
16/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik yang tidak pernah jemu menabur ilmu dan membentuk masa depan generasi.

Terima kasih, cikgu — kerana setiap ilmu, nasihat dan pengorbanan sentiasa memberi makna.

Selamat Hari Pekerja 2026 Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang gigih berusaha, berkorban tenaga dan masa demi men...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang gigih berusaha, berkorban tenaga dan masa demi mencari rezeki yang halal.

Semoga setiap titik peluh menjadi asbab keberkatan dan kejayaan dalam hidup. Teruskan melangkah dengan semangat dan kecekalan! 💪

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum S...
30/04/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman pada 30 April 2025 bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.

Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

Sembah Takzim daripada SELURUH JEMAAH PEKIDA KAWASAN BUKIT KAYU HITAM



TAZKIRAH 3 SYAWAL 1447H: MUHASABAH DIRI – CUKUPLAH MEMBAZIR, HENTIKAN MERCUNالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAlhamdulillah...
23/03/2026

TAZKIRAH 3 SYAWAL 1447H: MUHASABAH DIRI – CUKUPLAH MEMBAZIR, HENTIKAN MERCUN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kita masih berada di hari-hari Syawal yang penuh kegembiraan. Namun di sebalik kegembiraan ini, marilah kita berhenti sejenak untuk bermuhasabah diri.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.”
(Surah Al-Isra’: 27)

Ayat ini sangat jelas memberi peringatan bahawa pembaziran bukan perkara kecil, bahkan dikaitkan dengan sifat yang dibenci oleh Allah.

Hari ini, antara perkara yang sering berlaku ialah:

* Membakar mercun dan bunga api secara berlebihan
* Menghabiskan wang pada perkara yang tidak memberi manfaat
* Mengganggu jiran dan ketenteraman masyarakat
* Melalaikan daripada zikir dan mengimarahkan masjid

Lebih menyedihkan, ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk bunyi yang sekejap, sedangkan:

* Masih ada yang memerlukan bantuan
* Masjid masih perlukan sumbangan
* Amal jariah lebih kekal ganjarannya

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang hartanya: dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

3 Syawal ini adalah masa untuk kita berubah:

* Tukar pembaziran kepada sedekah
* Tukar hiburan melalaikan kepada zikir dan takbir
* Tukar bunyi mercun kepada suara menghidupkan masjid

Dalam masa yang sama, diharapkan pihak keselamatan dan pihak berkuasa agama turut memainkan peranan dengan lebih tegas dan berhikmah dalam memberi nasihat, panduan serta penguatkuasaan agar budaya membakar mercun secara berlebihan ini dapat dibendung demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ingatlah, kegembiraan sebenar Aidilfitri bukan pada bunyi dan kemeriahan semata-mata, tetapi pada ketaatan dan kesyukuran kepada Allah.

Akhirnya, marilah kita berdoa:

اللهم ارزقنا حسن التصرف في أموالنا وبارك لنا فيها
“Ya Allah, kurniakan kami kebijaksanaan dalam mengurus harta dan berkatilah ia.”

Semoga Syawal ini menjadikan kita lebih matang, lebih berhemah dan lebih dekat kepada Allah.

والله أعلم

Cc-UHA

22/03/2026
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨Maaf zahir & batin atas segala khilaf dan salah.Semoga Syawal kali ini membawa sinar keb...
21/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

Maaf zahir & batin atas segala khilaf dan salah.
Semoga Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang yang berpanjangan. 🤍🌙

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, eratkan silaturahim, dan hargai setiap detik bersama insan tersayang.

Salam Aidilfitri dari hati yang tulus ikhlas daripada Pekida Bukit Kayu Hitam

Address

Pejabat PEKIDA Bukit Kayu Hitam
Bukit Kayu Hitam
06050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Bukit Kayu Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share