Propaganda Media Sosial Mpu1013 - B Kumpulan 8

Propaganda Media Sosial Mpu1013 - B Kumpulan 8 Advokasi mengenai Pengaruh ICT ke atas Kesepaduan Nasional Malaysia.

10/01/2023

POSTING INDIVIDU
Nama: SARITA A/P MURUGAN@BALA
No Matrik: 292386
Tajuk: EVOLUSI PROPAGANDA MEDIA SOSIAL

Propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat. Propaganda sering memilih fakta-fakta dengan teliti (iaitu menipu melalui penyingkiran) untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan maklum balas yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kump**an sasaran untuk melanjutkan agenda politik.

Evolusi propaganda ini berlaku sejak zaman kolonial lagi. Pada zaman kolonial iaitu zaman penjajahan, propaganda disebarkan melalui surat khabar. Ini kerana pada zaman dahulu surat khabar merupakan elemen penting dalam negara atau kelompok masyarakat untuk mengetahui perkara yang berlaku disekeliling mereka seperti kes pencurian,kes politik,isu sukan,isu sosial dan sebagainya. Pada zaman kolonial ini propaganda tersebar luas apabila berlaku masalah politik iaitu sewaktu Malayan Union. Mereka menyebarkan propaganda di surat khabar agar mengungkir jiwa rakyat untuk bertindak balas dengan masalah yang berlaku.

Seterusnya, evolusi propaganda ini berlaku secara berterusan pada zaman pascakolonial. Pada zaman ini kemajuan teknologi telah meningkat. Pencipataan televisyen telah membolehkan masyarakat mengetahui perkara yang berlaku di negara dengan mudah melalui saluran berita. Pembuat iklan telah mengambil kesempatan ini dengan menyebarkan propaganda di media bukan bercetak iaitu iklan untuk mempengaruhi fikiran penonton. Sebagai contohnya, dokumentasi tentang politik yang tidal betul telah disebarkan dalam televisyen untuk mempengaruhi fikiran dan juga emosi rakyat Malaysia untuk menentang antara satu sama lain sehingga rakyat menjadi pecah belah.

Evolusi propaganda disebarkan secara besar-besaran pada zaman moden ini. Kemajuan teknologi telah pun meningkat secara pesat. Pengeluaran telefon bimbit telah berlaku pada zaman ini. Masyarakat dapat mengakses apa jua sahaja melalui telefon bimbit. Sudah tentulah semua jenis maklumat atau isu boleh diakses di hujung jari sahaja. Media sosial telah menjadi platform utama propaganda ini tersebar. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab sering menyebarkan berita palsu di atas media sosial seperti Facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Sebagai contohnya, mereka menyebarkan isu keagaman yang tidak betul dan isu sensitif seperti ini telah mengungkit kemarahan agama lain dan menyebakan isu perkauman berlaku.

Kesimp**annya, evolusi propaganda berlaku sejak zaman dahulu lagi. Oleh itu, masyarakat perlu menjadi insan yang bijak supaya dapat mengetahui yang mana betul dan yang mana salah. Dengan cara ini, evolusi propaganda yang palsu ini dapat diatasi secara aman harmoni tanpa menghadapi situasi rakyat yang berpecah belah dan juga menjadi negara yang tidak beraman damai.

POSTING INDIVIDU NAMA : SITI KHADIJAH BINTI KAMARUL ZAMANNO MATRIK : 291722TEMA : CONTOH PROPAGANDA DI MEDIA SOSIALEkosi...
31/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : SITI KHADIJAH BINTI KAMARUL ZAMAN
NO MATRIK : 291722
TEMA : CONTOH PROPAGANDA DI MEDIA SOSIAL

Ekosistem media sentiasa berubah dipengaruhi beberapa faktor seperti proses digitalisasi, penggunaan media dan juga inovasi dalam teknologi komunikasi. Perubahan teknologi komunikasi daripada 4G kepada 5G akan membuka ruang baharu proses penyampaian maklumat dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang lebih banyak maklumat akan dihasilkan serta dikongsi melalui ruang maya.

Tiga elemen utama dalam rangkaian propaganda perlu diketahui, iaitu manip**asi, maklumat palsu dan radikalisasi maklumat. Ketiga-tiga ini kini menjadi cabaran dalam proses demokrasi sesebuah negara dan aspek kemahiran digital juga mempercepatkan proses digitalisasi demokrasi di sesebuah negara.

Pada masa sekarang, media sosial merupakan medium perhubungan dan penyebaran maklumat sekali gus menjadi satu ‘trend’ dalam kehidupan masyarakat masa kini terutamanya golongan remaja.

Media sosial yang pop**ar dalam kalangan masyarakat pada hari ini. antaranya Facebook (FB), Instagram (IG), Whatsapp, Wechat, Twitter, TikTok dan Youtube. Media-media sosial ini telah banyak disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak beretika untuk menyebarkan maklumat salah dan palsu sehingga mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Maklumat dan berita palsu seringkali mengandungi unsur-unsur penipuan, mengapi-apikan sentimen perkauman dan memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah, reputasi dan sebagainya.
Oleh sebab itu, masyarakat di negara ini tidak harus menggunakan kemudahan teknologi dan internet untuk melayari sebarang laman sesawang negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada diri, bangsa dan negara.

Walaupun kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran maklumat salah dan palsu serta bertindak mendakwa di mahkamah mereka yang menyebarkannya, namun tidak dapat disangkal bahawa maklumat yang meragukan rakyat masih tersebar luas.

Kesimp**annya, tidak dinafikan bahawa menangani penyebaran maklumat salah, berita palsu dan tindakan sengaja mencetuskan kebimbangan ramai bukanlah satu tugas yang mudah.

POSTING INDIVIDU NAMA : ZAWIN NAZIRAH BINTI ZAINAL ABIDINNO MATRIK : 288925TEMA : HARAPAN MASYARAKAT TERHADAP PROPAGANDA...
29/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : ZAWIN NAZIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NO MATRIK : 288925
TEMA : HARAPAN MASYARAKAT TERHADAP PROPAGANDA MEDIA SOSIAL

Sebagai pengguna media sosial, menjadi tanggungjawab masyarakat untuk tidak berkongsi sesuatu ideologi yang tidak disahkan kebenarannya. Ianya mungkin akan membawa kepada fitnah yang akan mengancam keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, menjadi tanggungjawab semua ahli masyarakat juga untuk memastikan kandungan media sosial adalah sesuatu yang dapat memberikan pendidikan dan pengajaran berkesan kepada semua penonton. Masyarakat seharusnya menggunakan media sosial mengikut garis panduan nilai dan etika yang telah ditetapkan.

Impak ucapan kebencian boleh menjadikan suatu situasi bertambah buruk dan kesannya boleh membinasakan mana-mana individu dan kump**an terpinggir. Akhirnya, ini akan memberi kesan kepada kita apabila turut menyumbang kepada perpecahan perpaduan sosial.

Banyak akibat buruk jika kita tidak mengawal dan menggunakannya secara bijaksana. Dalam konteks ini, setiap ahli masyarakat perlu menggunakan akal fikirannya yang sihat bagi membatasi diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Oleh itu, kita perlu bermuhasabah terhadap apa jua pilihan kata dan tindakan dalam talian selepas kita mengetahui banyak bukti menunjukkan kebencian disebar menerusi dalam talian boleh memberi kesan dalam kehidupan sebenar. Malah, kadang-kala ia boleh membawa kematian.

POSTING INDIVIDU NAMA : NUR FATIHAH BINTI ISMAILNO MATRIKS : 292013TEMA : KESAN PROPAGANDA DI MEDIA SOSIALPropaganda di ...
27/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : NUR FATIHAH BINTI ISMAIL
NO MATRIKS : 292013
TEMA : KESAN PROPAGANDA DI MEDIA SOSIAL

Propaganda di media sosial membawa banyak kesan yang negatif kepada pengguna atau penerima maklumat tersebut. Kebiasaannya propaganda yang disebarkan hanya bertujuan untuk mencetuskan kebimbangan dan menempah pop**ariti tanpa memeriksa terlebih dahulu sebelum berkongsi sebarang berita. Sebagai contoh, semasa berlaku insiden pembunuhan kim jong-nam di Malaysia pada tahun 2017 terdapat banyak berita-berita yang menambahkan ketakutan dan kebimbangan terutamanya masyarakat di negara kita.

Rentetan insiden tersebut, terdapat banyak berita-berita yang berunsurkan provokasi dan boleh menggugat keamanan negara dan mengeruhkan lg keadaan hubungan antara dua negara. Berita-berita yang telah dikongsi oleh beribu pengguna tersebut sedikit sebanyak dapat menggugat keamanan negara.

Selain itu, propaganda di media sosial juga telah menghilangkan keyakinan dan kepercayaan pengguna media sosial dalam menerima apa-apa maklumat. Hal ini demikian kerana berlaku kekeliruan dalam mengenal pasti di antara berita yang sahih dan berita yang salah.

Selain itu, propaganda di media sosial juga boleh mencetuskan isu perkauman kerana ada pihak yang dengan sengaja menyentuh sensitiviti sesebuah kaum dengan tujuan untuk memecah belahkan perpaduan di negara Malaysia. Namun mahukah kita membiarkan perkara sebegini terus berlaku dan tragedi 13 mei berulang kembali ? Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dalam mencegah perkara sebegini daripada terus menular di negara kita demi kebaikan bersama dan kemajuan negara.

POSTING INDIVIDU NAMA : AZRIN AZWANI BINTI REDZUANNO MATRIKS : 291243TEMA : FAKTOR PROPAGANDA MEDIA SOSIAL DI MALAYSIAMe...
24/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : AZRIN AZWANI BINTI REDZUAN
NO MATRIKS : 291243
TEMA : FAKTOR PROPAGANDA MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Menjelang PRU ke-15, seruan mengundi telah disambut dengan sambutan yang luar biasa, mana tidaknya selepas beberapa kali penukaran kerajaan negara kita masih menemui jalan buntu di mana hala tujunya.Meskipun begitu, fitnah dan propaganda dalam politik ketika kempen pilihanraya pasti akan terjadi dalam pelbagai bentuk. Pelbagai isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan masing masing. Fitnah dan propaganda yang disebarkan tersebut tanpa disedari telah mengganggu gugat dan mengancam keamanan dalam negara kita ini.

Contohnya, isu yang dibangkitkan telah menyentuh isu sensitif dalam negara iaitu isu perkauman dan agama. November 2022, isu perkauman yang ditujukan untuk kaum selain kaum Melayu telah mengudang kemarahan kaum tersebut. Anak muda yang baru berjinak dalam dunia politik yang mudah terpengaruh mula terpengaruh dan memuatnaik serta menyebarkan sentimen yang berbaur pergaduhan atau peperangan dengan kaum lain. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana sejak dulu negara kita berusaha untuk membentuk perpaduan antara kaum. Janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga dengan apa yang berlaku demi kesenangan diri sendiri di kemudian hari.

Beberapa kandungan video di platform media sosial khususnya di Tiktok dikesan telah memaparkan video yang berunsurkan isu sensitif yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terhadap sesuatu pihak. Video tersebut kemudiannya tersebar lalu menjadi ikutan oleh pengguna aplikasi tersebut memandangkan isu yang dibangkitkan merupakan isu yang berkaitan dengan situasi tegang yang berlaku ketika itu. Antara isu yang menjadi tumpuan ialah isu 13 Mei di mana isu tersebut terjadi pada tahun 1969 iaitu insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Akhir kata, kita seharusnya hormat menghormati sesama kaum kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Perkara ini merupakan salah satu contoh faktor berlakunya propaganda di media sosial di mana terdapatnya suatu pihak yang telah menimbulkan sentimen sensitif atau fitnah untuk menarik penyokong mahupun menjatuhkan pihak yang lain.

24/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : NUR JANNATUN NAJLA BINTI ALIZAN
NO MATRIKS : 291288
TEMA : STATISTIK PROPAGANDA MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Keadaan masa kini yang memperlihatkan corak peningkatan dalam penggunaan laman sosial kian jelas dan ketara. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kemunculan media sosial yang baharu seperti Tiktok yang mendapat sambutan menyeluruh bukan sahaja di Malaysia malahan di serata dunia.

Statistik media sosial di Malaysia menunjukkan betapa setiap berita yang dimuat naik di media sosial sangat mempengaruhi pengetahuan semasa rakyat Malaysia. Dengan adanya media sosial, Rakyat Malaysia dapat berkongsi maklumat yang membantu menambahkan pengetahuan. Sebaliknya, propaganda juga boleh tersebar dengan meluas. Hal ini berlaku berikutan, adanya segelintir individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan sendiri. Oleh itu, ayuh kita renungkan sejenak bahawa sejauh mana, penggunaan media sosial dalam mempengaruhi rakyat Malaysia untuk mempercayai propaganda?

POSTING INDIVIDU NAMA : ANIS NABILA BINTI KHAIRUL LISANO MATRIKS : 291257TEMA : CIRI – CIRI PROPAGANDA MEDIA SOSIALMedia...
24/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : ANIS NABILA BINTI KHAIRUL LISA
NO MATRIKS : 291257
TEMA : CIRI – CIRI PROPAGANDA MEDIA SOSIAL

Media sosial merupakan sebuah platform yang digunakan dengan meluas di serata dunia oleh pelbagai peringkat umur kerana ia merupakan platform yang mudah untuk berkongsi pendapat. Oleh sebab itu, propaganda di media sosial mempunyai keberkesanan yang tinggi untuk menyebarkan berita dan kepercayaan tertentu. Tambahan lagi, media sosial juga berkesan untuk berkongsi propaganda kerana ia boleh mempengaruhi orang ramai dengan usaha yang sedikit. Jadi, terdapat ciri – ciri propaganda media sosial yang perlu diketahui umum untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam propaganda media sosial. Berikut merupakan ciri – ciri propaganda media sosial :

1. Sumber yang mempunyai unsur berat sebelah – Anda mestilah menentukan sama ada sumber yang dirujuk atau dilihat mungkin mempunyai unsur berat sebelah jika mempunyai pelbagai perspektif.

2. Sumber yang terdapat di dalam laman sesawang yang tidak diketahui - Semak laman sesawang atau pentadbiran saluran media tersebut untuk mengetahui siapa di sebalik sumber.

3. Maklumat di dalam sumber tidak dapat membezakan antara fakta dan pendapat – Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui dan membantu anda mengenal pasti sebarang kecenderungan yang berpotensi di dalam sumber tersebut.

4. Bahasa yang digunakan oleh sumber menggalakkan kebencian atau prasangka - Pastikan anda meneliti bahasa yang digunakan jika ia menggalakkan kebencian atau prasangka buruk kerana ia merupakan teknik propaganda yang sering diamalkan.

21/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA: SITI MASRAMADHAN BINTI SARUDIN
MATRIKS NO : 289885
TEMA: MENGETAHUI LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN PROPAGANDA MEDIA SOSIAL

PROPAGANDA BERMAKSUD STRATEGI PEMBUJUKAN YANG MENFOKUSKAN KEPADA TUJUAN MEMPENGARUHI KESAN ,EMOSI ANGIN DAN SENTIMEN. PROPAGANDA MELIBATKAN PERPINDAHAN MAKLUMAT BAGI MEMBENTUK PERSEPSI KUMPULAN SASARAN TERHADAP SESUATU PERKARA, ENTITI DAN INDIVIDU.

ANTARA LANGKAH MENGELAKKAN PROPAGANDA MEDIA SOSIAL IALAH MENGAMALKAN SIKAP TABAYYUN . KITA PERLU MENYELIDIK BERITA ATAU MAKLUMAT YANG SAMPAI KEPADA KITA SAMA ADA IA BENAR ATAU PALSU.

SETERUSNYA, KITA PERLU MENYIAPKAN DIRI DENGAN ILMU DAN MAKLUMAT YANG MENCUKUPI SUPAYA BERUPAYA MENILAI KESAHIHAN MAKLUMAT YANG SAMPAI.

YANG TERAKHIR IALAH SETIAP KALI MENERIMA MAKLUMAT , JIKA IA TERUS MENYERANG SARAF EMOSI DAN PERASAAN , MAKA KITA PERLU BERHATI HATI KERANA KITA SEDANG BERHADAPAN DENGAN MESEJ PROPAGANDA YANG BERTUJUAN MERANGSANG TINDAKAN TANPA BERFIKIR PANJANG .

POSTING INDIVIDU NAMA : AINUL ATHIRAH BINTI SHAHARDINO MATRIKS : 289695TEMA : LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGATASI PROPAGANDA...
21/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : AINUL ATHIRAH BINTI SHAHARDI
NO MATRIKS : 289695
TEMA : LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGATASI PROPAGANDA DI MEDIA SOSIAL

1. Perubahan algoritma atau kecerdikan buatan - beberapa platform telah mengubah suai algoritma mereka supaya merendahkan keutamaan berita-berita yang bermutu rendah atau memaparkan beraneka pandangan yang berbeza-beza (untuk mengatasi kesan ‘kamar gema’), dan juga menggunapakai kecerdikan buatan untuk mencari perilaku kesat, spam, atau kandungan-kandungan lain yang berbahaya, menyalahi undang-undang atau tidak dikehendaki.

2. Laporan yang diperkasa – Beberapa platform telah menguji beberapa kaedah bagi menggalakkan pengguna melaporkan kandungan yang bermutu rendah atau maklumat salah.

3. Program literasi media – Salah satu kaedah jangka masa panjang memberi fokus kepada kanak-kanak peringkat umur sekolah rendah dan seumpamanya bagi membiayai lebih banyak peluang pengajaran dan latihan untuk menanamkan kemahiran yang perlu bagi mengenal pasti kandungan yang palsu dan fakta sebenar.

4. Pemeriksaan fakta dan penandaan – Kerjasama dengan NGO dan organisasi berita untuk memeriksa fakta. Plaftorm-platform juga sudah melakukan uji kaji penandaan berita, sama ada hasil pemeriksaan pihak ketiga ataupun hasil maklumat yang disediakan oleh organisasi berita yang berkerjasama dengan mereka.

5. Penyelarasan kandungan oleh manusia – Terdapat beberapa inisiatif yang berfokus kepada mengambil atau melatih lebih ramai kakitangan untuk menyelaras kandungan.

POSTING INDIVIDUNAMA : AIMAN DANIAL BIN MOHD ZAULKARNINNO MATRIKS : 291716TEMA: APA ITU PROPAGANDA MEDIA SOSIAL?Menurut ...
21/12/2022

POSTING INDIVIDU
NAMA : AIMAN DANIAL BIN MOHD ZAULKARNIN
NO MATRIKS : 291716
TEMA: APA ITU PROPAGANDA MEDIA SOSIAL?

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, Propaganda itu bermaksud suatu idelogi atau pendapat yang disebarkan untuk mempengaruhi orang ramai. Contoh propaganda yang kita dapat lihat baru baru ini adalah mengenai kempen kempe parti politik untuk mempengaruhi rakyat untuk mengundi.

Manakala Propaganda Media Sosial p**a bermaksud propaganda atau ideologi yang disebarkan melalui media sosial yang sedia ada seperti facebook, whatsapp dan twitter dilihat antara medium utama penyebaran propaganda.

Propaganda media sosial ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya jika tidak disemak kesahihannya sebelum mempercayai suatu ideologi itu. Ia akan menyebabkan penerimaan maklumat yang salah atau telah dimanip**asi dan akan menyebabkan impak negatif terhadap masyarakat, komuniti dan sejurusnya perpaduan rakyat itu sendiri.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam biru warna💙💛. Kami pelajar dari Universiti Utara Malaysia, daripada subjek ...
21/12/2022

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam biru warna💙💛. Kami pelajar dari Universiti Utara Malaysia, daripada subjek MPU1013 (B) mengucapkan selamat datang kepada laman facebook kami😁. Berikut merupakan poster mengenai PROPAGANDA MEDIA SOSIAL, adakah anda tahu mengenai propaganda media sosial? Terus ikuti kami untuk perkembangan lebih lanjut😁.

Address

Universiti Utara
Bukit Kayu Hitam
06010

Telephone

+601110085949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Propaganda Media Sosial Mpu1013 - B Kumpulan 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Propaganda Media Sosial Mpu1013 - B Kumpulan 8:

Share