24/09/2026
π MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA HARI PENJARA KE-236
23 September 2026 (Rabu) β PERSIAPBPusat Koreksional Dungun telah menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Hari Penjara Ke-236 bertempat di Surau Al-Azim, Pusat Koreksional Dungun.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Pengarah Pusat Koreksional Dungun, PKP Ahmad Ikhwan Naim bin Mohd Zin bersama warga Pusat Koreksional Dungun, diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Solat Isyak berjemaah.
Majlis ini diadakan sebagai wadah untuk warga Pusat Koreksional Dungun bersama-sama memanjatkan doa agar seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia sentiasa dikurniakan keberkatan, keselamatan, kesejahteraan serta dipermudahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Turut diadakan jamuan makan malam selepas selesai majlis sebagai pengisian santai dalam mengeratkan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan warga Pusat Koreksional Dungun serta keluarga.