PUSAT Latihan KEMAS Melaka

PUSAT Latihan KEMAS Melaka PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA
Fasiliti yang memudahkan rakyat

KURSUS PRA PERSARAAN KAKITANGAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI MELAKA DAN PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA TAHUN 2...
13/08/2026

KURSUS PRA PERSARAAN KAKITANGAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI MELAKA DAN PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA TAHUN 2026

Pusat Latihan KEMAS Melaka telah menganjurkan Kursus Pra Persaraan Bagi Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Melaka dan Pusat Latihan KEMAS Melaka Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 12 dan 13 Ogos 2026 (Rabu & Khamis) bertempat di Bilik Kuliah, Pusat Latihan KEMAS Melaka.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan persediaan kepada warga KEMAS yang bakal melangkah ke fasa persaraan agar dapat merancang kehidupan selepas persaraan dengan lebih teratur, yakin dan sejahtera. Penutupan perasmian kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Norfazlinda Binti Abdul Majid, Pengetua Pusat Latihan KEMAS Melaka.

Pelbagai perkongsian bermanfaat telah disampaikan oleh agensi-agensi berkaitan, antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pencen oleh Tuan Syed Mohd Nazrin Bin Syed Hamzah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Negeri Melaka, Bahagian Psikologi oleh Puan Norzahira Binti Mohd Osman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka, Bahagian Jenayah Komersil oleh ASP Kharil Anuar Bin Shaharin, serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Melaka, Bahagian Financial Advisory & Customer Engagement oleh Encik Mohammad Farid Bin Fadzil.

Antara pengisian utama kursus meliputi faedah persaraan dan faedah terbitan, Gantian Cuti Rehat (GCR), penyediaan dokumentasi persaraan, penjagaan kesihatan mental dan fizikal, pengurusan kewangan persaraan secara bijak serta langkah-langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan (scam).

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aspek perancangan destinasi dan aktiviti selepas bersara, agar fasa persaraan dapat diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat, bermakna dan memberi kepuasan kepada diri serta keluarga.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat menjadi bekalan berguna kepada para peserta dalam mempersiapkan diri menuju alam persaraan dengan lebih tenang, matang dan terancang.

“Persaraan bukan noktah sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada lembaran kehidupan yang baharu.”

Buletin KEMAS Melaka
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

KURSUS KOMPETENSI PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA BERTAJUK GAMIFIKASI TAHUN 2026Tarikh : 1 – 2 Ogos 2026Tempat : Bilik Kuliah...
02/08/2026

KURSUS KOMPETENSI PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA BERTAJUK GAMIFIKASI TAHUN 2026

Tarikh : 1 – 2 Ogos 2026
Tempat : Bilik Kuliah, Pusat Latihan KEMAS Melaka
Penceramah: Puan Intan Roazmin Binti Abdul Aziz, JPN Negeri Melaka

Alhamdulillah, Kursus Kompetensi Pusat Latihan KEMAS Melaka bertajuk "Gamifikasi" telah berjaya dilaksanakan pada 1 hingga 2 Ogos 2026 dengan penyertaan kakitangan KEMAS Negeri Melaka termasuk warga kerja di Pejabat Daerah KEMAS serta Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska KEMAS.

Kursus ini bertujuan memperkasa kompetensi pendidik dan warga KEMAS melalui pendedahan kepada konsep asas gamifikasi dalam pendidikan masa kini, selaras dengan perkembangan teknologi dan kaedah pembelajaran abad ke-21. Para peserta turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi MyViewBoard dan ViewSonic sebagai medium pembelajaran interaktif yang mampu meningkatkan penglibatan, kreativiti dan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui pendekatan gamifikasi, para peserta berpeluang meneroka pelbagai strategi serta aktiviti pembelajaran yang lebih menyeronokkan, interaktif dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh keberkesanan penyampaian ilmu di Tabika dan Taska KEMAS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Intan Roazmin Binti Abdul Aziz atas perkongsian ilmu, pengalaman dan bimbingan yang amat bernilai sepanjang kursus ini berlangsung.

Penghargaan turut dirakamkan kepada barisan fasilitator, pengurusan Pusat Latihan KEMAS Melaka, urusetia kursus serta semua peserta atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif dalam menjayakan kursus ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan amalan pedagogi yang lebih kreatif, inovatif dan berkualiti demi melahirkan generasi yang cemerlang.

"Guru Berinovasi, Pembelajaran Berkualiti, Pendidikan Masa Hadapan."

...
31/07/2026

...

KURSUS KOMPETENSI PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA TAHUN 2026 BERTAJUK MACHINE LEARNING AI MODEN TEKNOLOGI MASA HADAPAN📅 28 – ...
29/07/2026

KURSUS KOMPETENSI PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA TAHUN 2026 BERTAJUK MACHINE LEARNING AI MODEN TEKNOLOGI MASA HADAPAN

📅 28 – 29 Julai 2026
📍 Bilik Kuliah, Pusat Latihan KEMAS Melaka
🎙️ Penceramah: Puan Intan Roazmin Binti Abdul Aziz, JPN Negeri Melaka

Pusat Latihan KEMAS Melaka telah menganjurkan Kursus Kompetensi: Machine Learning AI – Teknologi Masa Hadapan yang melibatkan penyertaan kakitangan KEMAS Negeri Melaka termasuk warga kerja dari Pejabat Daerah KEMAS.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai Artificial Intelligence (AI), penerokaan pelbagai aplikasi AI yang relevan dalam tugasan harian, teknik menghasilkan prompt yang berkesan serta penghasilan kandungan menggunakan teknologi video AI.

Pendedahan ini diharap dapat meningkatkan kompetensi digital warga KEMAS agar sentiasa bersedia mengadaptasi teknologi terkini dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, mempertingkat produktiviti serta menyokong agenda transformasi digital organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Intan Roazmin Binti Abdul Aziz atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat, serta kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang kursus berlangsung.

"Menerajui Transformasi Digital, Memperkasa Kompetensi, Mencipta Inovasi."

28/07/2026
26/07/2026

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), memastikan semua jawatan utama dalam jabatan itu berstatus tetap, bertujuan bagi memperkukuh skim perkhidmatan serta menjaga kebajikan warganya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata usaha itu juga perlu merangkumi penambahbaikan kepada skim perkhidmatan guru KEMAS, termasuk penawaran gaji dan elaun yang lebih menarik.

Berita penuh klik IG story atau layari bernama.com

Sumber: Bernama


22/07/2026

Address

Pusat Latihan Kemas Melaka, Jalan Melor Bukit Baru
Bukit Baru
75150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

062824514

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT Latihan KEMAS Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSAT Latihan KEMAS Melaka:

Shortcuts

Share