Gerakan Belia 4B Kawasan Parit

Gerakan Belia 4B Kawasan Parit Laman Rasmi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Parit 2022-2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidilfitri,Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Sel...
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidilfitri,

Di kesempatan yang mulia ini, saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat, rakan seperjuangan serta kenalan yang dihormati✨

Semoga Syawal yang diraikan ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita🤲🏻. Ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang kita bersama

Nabi SAW bersabda :
"Siapa yang s**a untuk diluaskan
rezkinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung
silaturahim."
(Riwayat al-Bukhari)

Dengan memahami hadis tersebut, marilah kita sama-sama mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat islam dan melupakan segala salah silap, segala kata yang mengecilkan hati demi membina satu ummah yang hidup harmoni di malaysia💪🏻✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Syawal hadir membawa sinar kebahagiaan dan keampunan. Andai ada salah dan khilaf, dipohonkan kemaafan. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma penuh keberkatan, kasih sayang dan kegembiraan buat semua.





21/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 | 2026 🌙✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kegembiraan, mempereratkan ukhuwah, serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membina masa depan belia yang lebih cemerlang.

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

🌙✨ Salam Lebaran, Salam Perpaduan ✨🌙

Daripada
Presiden, barisan kepimpinan serta seluruh warga
Gerakan Belia 4B Malaysia




08/03/2026

Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026 kepada semua wanita hebat di Malaysia.

Pengorbanan, kekuatan serta dedikasi wanita dalam keluarga, masyarakat dan organisasi amatlah dihargai. Wanita bukan sahaja menjadi sumber inspirasi, malah pemacu kemajuan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan berdaya saing.

Semoga para wanita terus diberi ruang dan peluang untuk memimpin, menyumbang serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.”




BOTA, 8 Mac – Program Masak Bubur Lambuk anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Parit telah berlangsung dengan meriah di Masji...
08/03/2026

BOTA, 8 Mac – Program Masak Bubur Lambuk anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Parit telah berlangsung dengan meriah di Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Padang Changkat, Bota, hari ini. Program sempena Ramadan itu menghimpunkan ahli komuniti setempat yang bergotong-royong menyediakan hidangan tradisi untuk diagihkan kepada masyarakat.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Kariah Masjid Ar-Rahmaniah, Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat (PPSR) Parit, GIATMARA serta Majlis Belia Daerah (MBD) Perak Tengah. Kerjasama pelbagai pihak ini mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyemarakkan aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadan.

Melalui program itu, lebih 700 bekas bubur lambuk berjaya disediakan sebelum diagihkan kepada beberapa agensi dan institusi sekitar daerah tersebut. Antara penerima sumbangan ialah Hospital Seri Iskandar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah serta Balai Bomba Seri Iskandar.

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan berkongsi rezeki dengan masyarakat, malah sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat kepada orang ramai. Selain itu, aktiviti gotong-royong yang diadakan turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Khas Menteri Besar Perak, YBhg. Puan Sarah Syazwani Saari; Pengerusi Yayasan Ikhtiar Parit, YBhg. Dato’ Nizar Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Penasihat GIATMARA Parit, Saudara Hamizi Abd Ghani dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Perak, Saudara Syazwan Zaiharin. Kehadiran mereka turut memberi sokongan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh komuniti setempat.

BERGERAK!!!

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa sinar keinsafan, ketenangan jiwa dan limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Semoga setiap ibadah yang dilaksanakan diterima, setiap doa dimakbulkan, serta setiap pengorbanan diberi ganjaran berlipat kali ganda.

Mudah-mudahan Ramadan ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, menguatkan iman dan taqwa, mempererat ukhuwah sesama insan serta menyemai nilai kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian.

Marhaban Ya Ramadan.




MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B KAWASAN PARIT 2025 BERLANGSUNG LANCARSERI ISKANDAR, 9 Ogos – Mesyuar...
09/08/2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B KAWASAN PARIT 2025 BERLANGSUNG LANCAR

SERI ISKANDAR, 9 Ogos – Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Gerakan Belia 4B Kawasan Parit 2025 telah diadakan dengan jayanya pada jam 2.30 petang bertempat di Restoran D'Sepit Biru, Seri Iskandar.

Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Parit, Saudara Wan Muhammad Azril Wan Mustapa Ruzuan, sebelum dirasmikan oleh Saudara Hamizi Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat GiatMARA Parit.

Mesyuarat ini bertujuan membentuk organisasi baharu serta memperkukuh sokongan terhadap dasar kerajaan. Isu cabaran dalam menarik minat golongan muda terhadap pertubuhan belia turut dibincangkan, selain usaha menggilap bakat baharu dalam kalangan belia tempatan.

Turut hadir, Saudara Zarith Syahudin Mohd Sani, Wakil Gerakan Belia 4B Negeri Perak dan Encik Banyamin Haji Rabiee, mantan pengerusi kawasan.

Mesyuarat mencatat kehadiran seramai 31 orang, melebihi korum yang ditetapkan dan turut menyaksikan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2025–2028.

Mesyuarat tamat sekitar jam 5.50 petang dalam suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama.

Address

No 412 & 413 Persiaran SIBC 16
Bota
32610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Belia 4B Kawasan Parit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share