Masjid Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan

Masjid Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan Solat Fardhu 5 Waktu, Solat Jumaat, Majlis Ilmu & Dakwah. Indahnya Hidup Bersyariat. Dari sebuah surau yg hanya di panggil Surau Kg. Alhamdulillah...

"SURAU AR RAHMAN, SURAU KITANI"
Surau Ar Rahman mempunyai sejarah yang cukup panjang. Luagan, hinggalah diberikan nama sebagai Surau Ar Rahman, Kg. Luagan dan diberikan kelulusan oleh pihak JHEAINS untuk mendirikan Solat Jumaat. Kini surau ini di bawah pimpinan baru, berikrar untuk menjadikan surau ini bukan sahaja sebagai tempat mendirikan solat, tetapi menjadi pusat ilmu dan dakwah bagi kariah d

i sini dan juga in shaa Allah untuk yang di luar kariah. Dengan itu, Biro Media & IT ditubuhkan bagi merealisasikan usaha ini. Harapan kami agar Surau ini dapat mencapai agendanya utamanya sebagai :
1. Meramaikan Solat Jemaah
2. Pusat Ilmu dan Dakwah
3. Melatih Imam Muda
4. Merapatkan ukhwah antara kariah dan kariah-kariah lain
5. Mengindahkan hidup kita semua dengan hidup besyariat
6. Menjaga kemaslahatan surau dan juga kariahnya Sehubungan itu juga adalah diharapkan agar "sebarang perbezaan politik juga ditinggalkan di pintu pagar surau, masuk ke kawasan surau, kita bersatu hati menghadap Allah". Kita rapatkan dan luruskan saf kita, kita solat bersama, rukuk dan sujud bersama mengikut Imam kita. In shaa Allah surau kita ini akan penuhi dengan program berfaedah bagi mencapai agenda di atas. Semoga kita dapat capai target kita ini, in Shaa Allah...
- Pengurusan Surau -

30/05/2026

*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
Masjid ini telah di naik taraf statusnya dari Surau Jumaat ke Masjid Ar Rahman. Sehubungan dengan penaiktarafan ini, pihak MUIS menamakannya sebagai Masjid Ar Rahman, Kg Luagan, Bongawan.

*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆**PEDOMAN*Allah akan menyediakan tempat di dalam syurga setiap ...
30/05/2026

*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
*PEDOMAN*
Allah akan menyediakan tempat di dalam syurga setiap kali seseorang pergi dan pulang dari masjid. Ianya ganjaran yang sangat besar bagi mereka yang mengimarahkan masjid. Nabi ﷺ bersabda:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
_"Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat (persinggahan dan diraikan) dalam syurga seperti mana pergi dan pulang."_
*_(Riwayat Muslim)_*
Jika dengan pergi dan pulang dari masjid mendapat kelebihan tempat dan diraikan di dalam syurga, maka sudah tentu kelebihan dan ganjaran nikmat yang lebih hebat disediakan dengan sebab menunaikan solat berjamaah di dalamnya.

Assalammualaikum rakan2 Mukabuku... Peluang untuk Amal Jariah, saham akhirat anda... Jom menyumbang...Kami AJK Lajnah Ma...
13/05/2024

Assalammualaikum rakan2 Mukabuku... Peluang untuk Amal Jariah, saham akhirat anda... Jom menyumbang...
Kami AJK Lajnah Masjid Jamek Ar Rahman, Kg Luagan, Bongawan sedang dalam perancangan untuk membina menara 2 in 1, utk tangki air dan speaker
Menara ini perlu kerana :
1. Air utk wudhu dan sebgnya datang terus dari paip. Tangki yang ada tidak bersambung dengan paip. Jika tiada bekalan air, maka jemaah x dpt berwudhu di masjid ini
2. Speaker yg ada ketika ini dipasang di bawah bumbung masjid. Maka itu suara azan dan sebagainya terhalang oleh rumah2 sekeliling dan tidak kedengaran beberapa ratus meter.
Moga wakaf / infaq anda menjadi amal jariah yg berterusan selagi menara ini berdiri di masjid jamek ini.
Wakaf / sumbangan online - sila wasapkan resit ke nombor yg diberikan sebagai rekod agar kami tahu tujuan dan jumlah infaq / waqaf anda agar tidak tercampur dgn tabung2 lain.
Anda juga boleh serahkan terus kepada AJK Masjid.
Terimakasih atas infaq dan waqaf anda.

Next Projek - Pembinaan Menara 2 in 1.Antara design yang sedang difikirkan. Kebanyakan jemaah memilih design pertama. Ma...
21/02/2024

Next Projek - Pembinaan Menara 2 in 1.
Antara design yang sedang difikirkan. Kebanyakan jemaah memilih design pertama. Mana pilihan anda? Design 1 atau 2?
Anggaran Kos : RM6K-7K.
Menara ini menempatkan corong speaker agar azan dapat di dengari dari semua arah dan kampung. Ia juga akan menempatkan tangki air.
Moga projek ini akan menyelesaikan masalah :
1. Ketiadaan air untuk berwudhu - kerana, tangki yang ada tidak bersambung dengan paip dan berada hanya sekaki setengah dari lantai. Jika bekalan air terputus, akan tiada air paip untuk berwudhu.
2. Pembesar suara Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan ini di bawah paras lantai rumah penduduk sekeliling. Gelombang bunyi terpantul, menyebabkan azan yang dikumandangkan terdengar sayup-sayup di jarak 700 meter.
3. Tapak Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan ini terhad, tiada sdh ruang untuk tangki dan juga menara, maka, menara ini disekalikan dengan tangki dan hanya ada sedikit ruang di belakang, berhampiran tandas Muslimah... design 2 + 1 ini, menyelesaikan masalah ini.

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSumbangan dari tabung kebajikan Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawa...
21/02/2024

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Sumbangan dari tabung kebajikan Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan kepada keluarga kariah, Ayahanda Hj Abd Hamid yang telah meninggalkan dunia ini menemui Penciptanya. Al Fatihah.

Assalammualaikum wrt...Alhamdulillah... papan tanda menuju ke Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan telah di buat...
21/02/2024

Assalammualaikum wrt...
Alhamdulillah... papan tanda menuju ke Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan telah di buat dan didirikan di luar jalan. Masjid Jamek ni tersorok sedikit, maka itu kita letak di luar jalan kampung... Alhamdulillah juga, segala infaq ke tabung pembangunan dan masjid juga sudah banyak di gunakan untuk menaik taraf fasiliti masjid jamek ini...
Moga ianya menjadi amal jariah pada penginfaqnya...

Alhamdulillah...Perancangan penaiktarafan fasiliti masjid sdg berjalan. Alhamdulillah juga, kami dapat menjalankan sumba...
29/12/2023

Alhamdulillah...
Perancangan penaiktarafan fasiliti masjid sdg berjalan. Alhamdulillah juga, kami dapat menjalankan sumbangan/infaq/waqaf dari tuan/puan semua, moga ia menjadi pahala jariah selagi semua ini di gunakan :
1. Rancangan untuk menjadikan ruangan ini sebagai Dewan Terbuka, dengan dinding dijadikan skrin. In shaa Allah program atau taklimat seperti kerjaya untuk remaja, kelas2 atau kuliyyah agama, ucapan2 dari pihak2 keagamaan dan sebagainya yang memerlukan lcd projector kini boleh dilakukan di sini atau sebarang taklimat utk jemaah dan org kampung yg berfaedah, kini boleh kita jalankan di sini. In shaa Allah juga pemberi taklimat dan peserta boleh imarahkan Masjid ini.
2. Bahagian untuk di pasang jubin atau tiles sdh di siapkan di sekeliling masjid. Tempat duduk wudhu lelaki juga sudah didirikan bagi keselesaan jemaah yang perlu duduk ketika berwudhu. Pemasangan tiles akan dilaksanakan tidak lama lagi.
3. Laptop juga sdh dibeli utk kegunaan pihak pengurusan. Alhamdulillah, tidak lagi perlu meminta tolong orang untuk printkan dipejabat mereka (jangan lakukan ini saudaraku, kerana printer, kertas, elktrik dll itu milik pejabat dan sgt2 costly) dan tidak perlu lagi untuk memprint dikedai. Laptop ini bukan sahaja untuk tujuan printing, tetapi untuk digunakan tujuan dakwah dan syiar Islam, di mana semuanya akan disebarkan melalui media sosial, menggunakan laptop ini. Hanya handphone yg belum dibeli. In shaa Allah, dgn adanya handphone nanti, masjid ini memiliki no telefon rasmi dan live utk khutbah jumaat beserta kuliyyah dpt disiarkan dgn gabungan laptop dan handphone nanti.
Terimakasih kepada penginfaq dan pewakaf... moga pahalanya berterusan dan bagi penginfaq laptop dan handphone moga dgn dakwah dan ilmu yg disiarkan akan di copy atau di share oleh yg melihatnya dan pahalanya berganda2 menjadi multi-level untuk anda... Aminnn...

FRIENDLY MATCH, Badminton - Masjid Jamek Ar Rahman vs Surau DanauTarikh : 16 Dec 2023Masa : 9-11mlmTempat : Dewan SK Nya...
17/12/2023

FRIENDLY MATCH, Badminton - Masjid Jamek Ar Rahman vs Surau Danau
Tarikh : 16 Dec 2023
Masa : 9-11mlm
Tempat : Dewan SK Nyaris2
Atas usaha Pengerusi Surau Danau, yg mempelawa Pengerusi Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan untuk mengadakan Perlawanan Persahabatan Kelab Badminton Surau dan Masjid Jamek, maka setelah 3 hari sebelumnya berbincang, maka ia diusahakan kedua belah pihak untuk jadi kenyataan...
Kedua team menyediakan 4 beregu pd Sabtu malam lepas. Best, pertarungan sengit antara belah pihak. Beregu Pengerusi Surau bertemu dengan Beregu Pengerusi Masjid. Hebat2 team Surau Danau ini. Ada smash mereka yg menggerunkan...
Alhamdulillah...pertembungan kedua team ini bukan untuk mencari kalah menang atau menentukan siapa kuat, tetapi untuk mengeratkan ukhwah dan membuka satu lagi jalan untuk kedua institusi Islam ini untuk menjalankan program bersama... In shaa Allah...
Banyak di bincangkan bukan sahaja sukan untuk surau2 dan masjid tetapi juga usaha dakwah dan majlis ilmu terutama kepada muallaf yg ada di Bongawan ini....In shaa Allah, kami akan bincangkan dan rancang lagi secara teliti, demi syiar Islam dan membantu saudara2 baru kita...
Kepada jemaah dan kariah Masjid Jamek, jom kita bersukan sambil eratkan ukhwah antara jemaah...friendly match ini kami teruskan sebulan atau 2 minggu sekali...jom ke Masjid Jamek untuk kita sama2 jemaah kemudiannya turun berjemaah main badminton...
Surau2 sekitar, ayuh, kita sihatkan badan...yang muda dan yang sdh berumur, sama2 kita bersukan...

Alhamdulillah...ada hamba Allah berwakaf tiles untuk ruang wudhu dan juga bahagian kanan Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Lua...
30/11/2023

Alhamdulillah...ada hamba Allah berwakaf tiles untuk ruang wudhu dan juga bahagian kanan Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan.
Jadi kita simen kan bahagian ini agar tiles dapat dipasang dan untuk keselesaan jemaah. Apabila siap nanti, tidak lagi perlukan selipar utk berwudhu...lepas wudhu, terus naik dan masuk masjid.

Jemput semua kariah Kg. Luagan dan kampung bersebelahan/berhampiran untuk sama2 kita memperbaiki solat kita....
15/11/2023

Jemput semua kariah Kg. Luagan dan kampung bersebelahan/berhampiran untuk sama2 kita memperbaiki solat kita....

Address

Kampung Luagan
Bongawan
89700

Telephone

+60196600089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar Rahman, Kg. Luagan, Bongawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share