Pekida Daerah Bintulu Rasmi

Pekida Daerah Bintulu Rasmi Laman Sosial Rasmi Pekida Daerah Bintulu, Sarawak. Rujukan PPM : PPM-002-02-1005-1983-000267

Cc : Ibupejabat Pekida Malaysia - Rasmi
05/03/2025

Cc : Ibupejabat Pekida Malaysia - Rasmi

Bismillahhirrahmannirrahim,Selamat hari lahir diucapkan kepada pengerusi Pekida Daerah Bintulu, Ayahanda Paduka Ustaz Wa...
08/01/2025

Bismillahhirrahmannirrahim,

Selamat hari lahir diucapkan kepada pengerusi Pekida Daerah Bintulu, Ayahanda Paduka Ustaz Wan Sulaiman Bin Haji Wan Maulana.

Semoga Allah SWT panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, kekuatan akal dan daya untuk terus mentadbir jemaah Pekida Daerah Bintulu serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat oleh Allah SWT.

Daripada seluruh jemaah Pekida Daerah Bintulu
A.P.U Bintulu

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHHIMASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKAATUHINNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUNBERITA KELUARGAADALAH D...
29/12/2024

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHHIM

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKAATUH
INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN

BERITA KELUARGA
ADALAH DENGAN RASA SEDIH DAN DUKACITANYA DIMAKLUMKAN BAHAWA BAPA KEPADA PENGERUSI PEKIDA DAERAH BINTULU, IAITU AYAHANDA PADUKA WAN SULAIMAN BIN HAJI WAN MAULANA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI INI (29 DISEMBER 2024) PADA JAM 8 PAGI INI TADI.

JENAZAH ALLAHYARHAM WAN MAULANA BIN WAN NONG CHEE TELAH SELESAI DIURUSKAN DI MASJID AT TAQWA DAN DIKEBUMIKAN DITANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KEMUNTING

SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG SOLEH

Bismillahirrahmannirrahim,Alhamdulillah, Pada 18 Disember 2024, bertempat di Auditorium BDA, program ceramah yang bertaj...
18/12/2024

Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah,
Pada 18 Disember 2024, bertempat di Auditorium BDA, program ceramah yang bertajuk,

“ANTI KEGANASAN, MENDEPANI FAHAMAN RADIKALISME, EXTREMISME DAN TERORISME DALAM ISU KESELAMATAN NEGARA”

Program telah berjaya diselaraskan oleh PEKIDA DAERAH BINTULU dengan dipengerusikan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu dan Pusat Khidmat N67 Jepak serta dengan kerjasama daripada agensi-agensi seperti

1) Pejabat Residen Bahagian Bintulu
2) Polis Diraja Malaysia
3) Bintulu Port Holding Berhad
4) Bintulu Development Authority
5) Petronas
6) Yadim Negeri Sarawak

Ceramah telah disampaikan oleh dua panel jemputan iaitu :

1) ASP Muhammad Muzhafar Bin Mohamed Yusoff (ASP Perancangan Dan Kajian Strategik E8 Cawangan Khas PDRM Bukit Aman)
2) DR. Abdullah Jalil (Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi Dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia)

Terima kasih kepada semua agansi-agensi kerajaan, swasta, persatuan dan badan NGO yang hadir bersama bagi memeriahkan program yang buat julung kalinya di adakan di Bintulu.

Ikhlas Dari,
Biro Penerangan Pekida Daerah Bintulu.

Cc : Ibupejabat Pekida Malaysia - Rasmi

Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah, hari ini (23 November 2024) telah berlangsungnya kursus pengurusan jenazah ke...
23/11/2024

Bismillahhirrahmannirrahim,

Alhamdulillah, hari ini (23 November 2024) telah berlangsungnya kursus pengurusan jenazah kepada jemaah Pekida Daerah Bintulu yang berkelapangan. Program yang berlangsung di Masjid At Taqwa RPR Sebiew Bintulu. Program santai berilmu yang dibawakan dan diajar sendiri oleh Ayahanda Paduka Ustaz Wan Sulaiman Bin Haji Wan Maulana kepada yang hadir.

Semoga ini menjadi asbab ilmu yang disampaikan dapat digunakan untuk umat khususnya untuk masyarakat sekitar kawasan Bintulu.

Program seterusnya akan dikongsikan agar kita mendapat manfaat bersama. InshaAllah segala program yang di anjurkan adalah untuk meningkat sahsiah diri serta persediaan jiwa dan mental dalam menjadikan jemaah Pekida Daerah Bintulu sebagai jemaah yang mempunyai asas yang kukuh dalam memantapkan ilmu fardu kifayah.

Bismillahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah,Pekida Daerah Bintulu telah diwakili oleh dua orang jemaah atas jemputan daripa...
23/09/2024

Bismillahhirrahmannirrahim,

Alhamdulillah,

Pekida Daerah Bintulu telah diwakili oleh dua orang jemaah atas jemputan daripada pihak Bintulu Port Holding Berhad bersempena dengan perlancaran rasmi Bintulu Port Supply Base yang baru bertempat di Transit Shed-3, Multi Purpose Terminal, Bintulu Port.

Kehadiran mereka berdua menandakan pihak Pekida Daerah Bintulu akan terus memberikan kerjasama kepada pihak Bintulu Port dalam apa sahaja program amal yang memerlukan penglibatan NGO seperti Pekida. Tahniah diucapkan kepada pihak Bintulu Port atas kejayaan baru yang tercipta dan terima kasih di atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak Pekida Daerah Bintulu. InshaAllah, kami akan terus membantu dalam program amal dan apa sahaja bentuk program yang sesuai melibatkan pertubuhan Pekida.

23.09.2024
Bintulu Port Supply Base

Cc: Ibupejabat Pekida Malaysia - Rasmi

22/09/2024

LOGO PEKIDA MALAYSIA YANG KEMAS DAN CANTIK DILUKIS SEMULA DENGAN CANTIK. SEMUA JAWATANKUASA NEGERI DAN DAERAH BOLEH MENGGUNAPAKAI LOGO INI UNTUK KEGUNAAN DAN KEPERLUAN MASING-MASING

BismillahhirrahmannirahimAlhamdulillah, pihak Pekida Daerah Bintulu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganju...
21/09/2024

Bismillahhirrahmannirahim

Alhamdulillah, pihak Pekida Daerah Bintulu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur ceramah Majlis Cinta Rasul bersama penceramah jemputan terkenal Nusantara, Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad, iaitu Bintulu Port Holding Berhad, Lembaga Pelabuhan Bintulu, MLNG, LAKIB Dan JAIS.

Disamping itu juga, kami dari Pekida Daerah Bintulu juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada PEJASA BINTULU di atas bantuan bersama sebagai pasukan kawalan keselamatan sepanjang program berlangsung. Terima kasih penganjur kerana mempercayai khidmat kami. Semoga kerjasama ini diteruskan dimasa akan datang, semoga ukhwah kita terjalin erat.

Sedikit tatapan gambar sepanjang program ini dan terima kasih kepada pemilik gambar.

1) Abam Coleslow
2) Panthera Onca Studio

Bismillahhirrahmannirahim,Persiapan dan taklimat akhir bersama pihak penganjur ceramah khas Malam Cinta Rasul bersama pe...
19/09/2024

Bismillahhirrahmannirahim,

Persiapan dan taklimat akhir bersama pihak penganjur ceramah khas Malam Cinta Rasul bersama penceramah jemputan terkenal dari Indonesia, Profesor Dr Ustaz Abdul Somad di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Pihak Pekida Daerah Bintulu dan Pejasa Bintulu diamanahkan untuk menjadi petugas kawalan keselamatan semasa program ceramah berlangsung.

Moga Allah SWT mempermudah segala persiapan dan perjalanan program berjalan dengan lancar.

16/09/2024

Bismillahhirrahmannirrahim…

Alhamdulillah,
Pekida Daerah Bintulu merangkul gelaran Johan bagi kategori perbarisan kontinjen dalam kumpulan G(Persatuan,Pertubuhan Dan Kelab)

Pekida Daerah Bintulu juga merangkul tempat ketiga bagi kategori sepanduk dalam kumpulan G. Hasil daripada dua kemenangan ini, Pekida Bintulu membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, mockcheque dan plague kemenangan.

Terima kasih kepada semua barisan jemaah Pekida Daerah Bintulu yang meluangkan masa dan berarak, berselawat dan bertakbir bersama.

Bismillahhirrahmannirrahim…Semua umat Islam di sekitar bandar Bintulu ataupun yang berdekatan dijemput hadir bagi memeri...
15/09/2024

Bismillahhirrahmannirrahim…

Semua umat Islam di sekitar bandar Bintulu ataupun yang berdekatan dijemput hadir bagi memeriahkan Program Malam Cinta Rasul yang akan dimeriahkan dengan kehadiran penceramah terkenal Indonesia, Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad.

Dibawakan oleh MLNG, LPB, Bintulu Port, LAKIB, dan JAIS

Bertempat di Lasar Kenyalang Bintulu, Sarawak pada 20 Septemer 2024, jam 8 malam.

Syukur dan alhamdulillah, pihak Pekida Daerah Bintulu sekali lagi diberikan amanah untuk menyusun atur kawalan keselamatan semasa keberadaan penceramah jemputan sewaktu program ceramah berlangsung.
Kita doakan agar semuanya berjalan lancar.

Takbir!!!

Address

Tingkat 1, No. 6, Junction 28, Commerce Square, Jalan Keppel
Bintulu
97000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Daerah Bintulu Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share