08/09/2023
Per: KEMBARA KENALI BORNEO DYMM YDPA DAN DYMM TUANKU PERMAISURI SERTA ROMBONGAN
Sila maklumkan kepada Penduduk Rumah Panjang dan Kampung masing-masing untuk sama-sama berada di laluan terdekat bagi menyantuni lintasan kembara yang tersebut diatas seperti tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan berikutnya
*Sepanjang tepi jalan :- Jalan Bintulu-Miri sehingga ke Kampung Penan Muslim Batu 10 pada:-
Tarikh *10.9.2023* *(Ahad)*
Jam : *1.30 petang*
Dari Kampung Penan Muslim ke Parkcity Everly Hotel (Laluan melintasi Jalan Sebiew - Kampung Kemunting - RPR Sebiew - Kampung Jabai) pada:-
Tarikh : *10.9.2023* *(Ahad)*
Jam : *4.00 petang*
Penduduk Kpg Assyakirin boleh menunggu di bulatan dan laluan Jalan Tun Ahmad Zaidi.
**********************
Tarikh : *11.9.2023*( *Isnin* )
Laluan dari simpang SJK St Anthony melalui jalan melintasi Paragon ke Jambatan Sebiew, Lampu Trafik Simpang Empat Kampung Kemunting Dan ke SMK Baru Bintulu*
Laluan sepanjang Jalan Bintulu - Jalan Ulu Sebauh
Tarikh : *11/9/2023*
*(Isnin)*
Masa : *09.00*
*pagi*
**********************
Laluan sepanjang Jalan Bintulu-Tatau pada :
Tarikh : *11.9.2023* *(Isnin)*
Jam : *1.00 petang*
Mohon bawa bersama bendera Malaysia Dan Sarawak untuk dikibarkan mengikut peradaban semasa konvoi melintas. Kepada yang ingin berpakaian tradisi juga digalakkan untuk mewarnai kemeriahan.
Dimaklumkan murid-murid sekolah dari SJK St Anthony, SMK Bintulu, SK Kpg Baru, SK OKM Dan SMK Baru juga akan membarisi kawasan tersebut.
Tidak Salah juga kalau kita ketengahkan Kumpulan-Kumpulan Kebudayaan, Kelab Kelab Dan Persatuan dengan ketrampilan busana masing-masing.
Bersama sama kita memeriahkan penyantunan Lintasan Kembara Kenali Borneo ini dengan semangat yang patuh kepada Prinsip Rukunegara yang kedua, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, serta dizahirkan mengikut Peradaban DiRaja.
Kepada yang hadir, dinasihatkan untuk mengikuti arahan dan peraturan petugas sepanjang laluan dalam memelihara keselamatan bersama.
Laungkan Sembah DiRaja, "DAULAT TUANKU" semasa kenderaan DYMM Tuanku Dan Tuanku Permaisuri melintas.. Berkemungkinan besar, Ke Bawah Duli Tuanku Dan Tuanku Permaisuri akan berhenti sebentar di beberapa lokasi untuk beramah mesra dengan rakyat. Panggilan Tengku untuk anak DYMM.
Sekian. Terima kasih.