Kelab Belia Sungai Kakus - Rasmi

Directions

Kelab Belia Sungai Kakus - Rasmi Kelab belia yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA & SUKAN PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 202620 Ogos 2026 | Li Hua Hotel, BintuluPengerusi Ke...
20/08/2026

PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA & SUKAN PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 2026

20 Ogos 2026 | Li Hua Hotel, Bintulu

Pengerusi Kelab Belia Sungai Kakus (KBSK) En. Henry Baga turut berkesempatan hadir dalam Program Santuni Pertubuhan Belia & Sukan Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 bersama YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Program sebegini merupakan satu platform yang sangat baik untuk memperkukuhkan hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan pertubuhan belia, di samping membuka ruang kepada golongan belia untuk menyampaikan pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan usaha memperkasakan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

KBSK sentiasa komited untuk terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan, sukan dan pembangunan belia, khususnya di kawasan Sungai Kakus dan Bahagian Bintulu.

Semoga pertemuan dan program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang dan inisiatif untuk belia di luar bandar. Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi merupakan penggerak pembangunan pada hari ini.

Kelab Belia Sungai Kakus Bersama Belia, Membina Komuniti.

Kami sedia membantu setakat yang mampu, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu memajukan lagi Industri Seni Muzik Iba...
03/08/2026

Kami sedia membantu setakat yang mampu, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu memajukan lagi Industri Seni Muzik Iban.

Sama-sama kita berikan sokongan kepada Industri Muzik Iban, selamat maju jaya kepada semua peserta yang akan bertanding.
30/07/2026

Sama-sama kita berikan sokongan kepada Industri Muzik Iban, selamat maju jaya kepada semua peserta yang akan bertanding.

Penyerahan oleh Tuan Penasihat Encik W***y Liban KELAB BELIA SUNGAI KAKUS(KBSK) sumbangan pencedok air dan baldi kepada ...
21/06/2026

Penyerahan oleh Tuan Penasihat Encik W***y Liban KELAB BELIA SUNGAI KAKUS(KBSK) sumbangan pencedok air dan baldi kepada Sk Rumah Keseng.


Penyerahan oleh Tuan Penasihat Encik W***y Liban KELAB BELIA SUNGAI KAKUS(KBSK) sumbangan berupa pencedok air dan baldi ...
21/06/2026

Penyerahan oleh Tuan Penasihat Encik W***y Liban KELAB BELIA SUNGAI KAKUS(KBSK) sumbangan berupa pencedok air dan baldi kepada Sk Rumah Keseng.


Kemeriahan Pertandingan karaoke Pelajar SMK TATAU sempena Semarak Hari Belia Negara 2026 Malam 09 Mei 2026. Kerjasama Ke...
10/05/2026

Kemeriahan Pertandingan karaoke Pelajar SMK TATAU sempena Semarak Hari Belia Negara 2026 Malam 09 Mei 2026.

Kerjasama Kelab Belia Sungai Kakus dan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.

Makanan yang telah berjaya diselamatkan di Program MYSAVEFOOD 2026,bertempat di Taman Katak Parkcity Bintulu.Terima kasi...
10/03/2026

Makanan yang telah berjaya diselamatkan di Program MYSAVEFOOD 2026,bertempat di Taman Katak Parkcity Bintulu.

Terima kasih diucapkan kepada semua Sukarelawan yang terlibat dengan Program kita kali ini dan tak lupa juga kepada semua peniaga di Bazaar Ramadan yang telah menyokong program ini.

Semoga semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

10/03/2026

BINTULU: 10 Mac 2026 PROGRAM MYSAVEFOOD 2026 yang diadakan Taman Katak Parkcity.

Terima kasih diucapkan kepada semua peniaga di Bazaar Ramadan,kerana telah sudi menyumbang makanan yang tidak habis terjual dan didermakan kepada golongan yang memerlukan.

Program ini dianjur oleh PEMUDA GEMA SARAWAK dilaksanakan oleh KELAB BELIA SUNGAI dan KELAB BELIA MULIA BANDAR BINTULU.

Acara sepakan penalti, memanah & menyumpit Piala Krismas Kelab Belia Sungai Kakus (KBSK) 2025, syabas & tahniah kepada p...
26/12/2025

Acara sepakan penalti, memanah & menyumpit Piala Krismas Kelab Belia Sungai Kakus (KBSK) 2025, syabas & tahniah kepada pemenang.

Terima kasih kepada AJK KBSK yang menjayakan program pada kali ini.

*🎄⚽🏹 PERTANDINGAN SUKAN TRADISI & RIADAH ANJURAN KELAB BELIA SUNGAI KAKUS.**PIALA KRISMAS KBSK 2025 🏹⚽🎄*Sempena Hari Kri...
22/12/2025

*🎄⚽🏹 PERTANDINGAN SUKAN TRADISI & RIADAH ANJURAN KELAB BELIA SUNGAI KAKUS.*

*PIALA KRISMAS KBSK 2025 🏹⚽🎄*

Sempena Hari Krismas 2025, KBSK menjemput semua untuk menyertai:

🎯 Pertandingan Menyumpit
🏹 Pertandingan Memanah
⚽ Pertandingan Sepakan Penalti

💰 Yuran penyertaan: RM10 SAHAJA

🎁 Hadiah Menarik Menanti!
🥇 Menyumpit & Memanah:

➡️JOHAN- Piala & Wang Tunai Rm150.00

➡️NAIB JOHAN - Piala & Wang Tunai
Rm100.00

➡️KETIGA - Piala & Wang Tunai Rm50.00

➡️ Hadiah wang tunai + Piala Piala Krismas KBSK Menanti Anda!!

🥅 Sepakan Penalti Kategori Kanak - Kanak (12 Tahun kebawah) Dan Dewasa (13 Tahun ke atas).

➡️ JOHAN - Hadiah Piala Dan Hamper
➡️ NAIB JOHAN - Hadiah Piala Dan Hamper
➡️ KETIGA - Hadiah Piala Dan Hamper

📅 Tarikh: 26 Disember 2025
📍 Tempat: Rumah Ado Sungai Kakus
⏰ Masa: 08.00 Pagi - 05.00 Petang

📞 Pendaftaran & maklumat lanjut:
☎️ Tommy ➡️ 013 - 996 1812
☎️ W***y Liban ➡️ 010 - 599 0910

👉 Ayuh serlahkan bakat Anda, eratkan perpaduan & raikan Krismas bersama!
🎄✨ Jumpa anda di Piala Krismas KBSK 2025!

Address

Bintulu
97000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Sungai Kakus - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share