Persatuan Kebajikan Masyarakat Terabai Menua Pampang Samalaju

Directions

Persatuan Kebajikan Masyarakat Terabai Menua Pampang Samalaju Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan Masyarakat Terabai Menua Pampang Samalaju, Non-Governmental Organization (NGO), Samalaju, Bintulu.

Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak (PKTMS), atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua Cawangan Samalaju, ter...
29/06/2026

Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak (PKTMS), atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua Cawangan Samalaju, terus menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Tuai Rumah Nelson Ak Ningkan, Saeh Sepupok, Batu Niah.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengerusi PKTMS Cawangan Samalaju, Encik Alex Aphonsus, kepada Tuai Rumah Nelson Ak Ningkan sebagai wakil kepada keluarga-keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran tersebut.

Menurut Encik Alex Aphonsus, bantuan yang disalurkan diharapkan dapat meringankan beban mangsa dan keluarga mereka yang sedang berdepan dengan kesukaran akibat kehilangan tempat tinggal serta harta benda dalam tragedi kebakaran berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa PKTMS Cawangan Samalaju akan terus komited melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Dalam pada itu, PKTMS Cawangan Samalaju merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuai Rumah Nelson Ak Ningkan atas kerjasama serta kesudian menerima kunjungan pihak persatuan bagi menjayakan penyampaian bantuan tersebut.

PKTMS Cawangan Samalaju turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli Terabai Menua (TM) Cawangan Samalaju yang telah tampil menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan dalam menjayakan misi kebajikan ini.

Keprihatinan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh semua ahli amat dihargai dan menjadi bukti komitmen berterusan TM dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya mangsa-mangsa yang ditimpa musibah.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

29/06/2026
๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค
25/06/2026

๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค

2026-06-25T13:49:58+08:00 Jun 25, 2026, Khamis - 1:49pm Pihak TM Cawangan Samalaju merakamkan kenangan dengan peserta Kuntau Tabi Spring Bintulu yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka pada Majlis Tamat Kuntau di Bintulu. SIBU: Persatuan Kebajikan Terabai Menua (TM) Cawangan Samalaju terus komit...

22/06/2026

PKTMS Cawangan Samalaju Hulur Sumbangan Sempena Majlis Tamat Kuntau Tabi Spring Bintulu

Bintulu, 21 Jun 2026 โ€“ Persatuan Kebajikan Terabai Menua (PKTMS) Cawangan Samalaju terus komited menyokong perkembangan seni mempertahankan diri tempatan apabila menyerahkan sumbangan kepada Kuntau Tabi Spring Bintulu sempena Majlis Tamat Kuntau yang berlangsung hari ini.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PKTMS Samalaju, Encik Alex Aphonsus, kepada Mahaguro Collin Iskandar selaku wakil Kuntau Tabi Spring Bintulu.

Menurut Encik Alex, sokongan kepada aktiviti belia dan seni warisan seperti Kuntau Tabi Spring adalah selari dengan misi PKTMS untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan jati diri anak Sarawak.

"Kami percaya seni Kuntau Tabi Spring bukan sahaja melatih fizikal dan mental, malah memupuk disiplin serta perpaduan. Semoga sumbangan kecil ini dapat menyokong usaha Mahaguro Collin Islandar dan barisan jurulatih dalam melahirkan lebih ramai pendekar yang berakhlak," ujar beliau.

PKTMS Cawangan Samalaju merakamkan penghargaan kepada Kuntau Tabi Spring Bintulu atas jemputan dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan demi pembangunan belia dan warisan budaya Sarawak.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

01/05/2026

Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua Cawangan Bintulu, Samalaju,Tatau,Sebauh dan HQ telah menganjurkan Hari Keluarga yang berlangsung meriah di Pantai Tanjung Batu.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan melalui pelbagai aktiviti santai dan riadah yang diadakan sepanjang program. Acara seperti sukaneka, jamuan bersama dan aktiviti keluarga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua yang hadir.

Selain menjadi platform untuk beriadah, program ini juga berjaya mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan ahli persatuan dari pelbagai cawangan, selaras dengan matlamat persatuan dalam memperkasa kebajikan masyarakat setempat.

#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

04/04/2026
๐Ÿค
20/02/2026

๐Ÿค

PERSATUAN KEBAJIKAN TUNJANG MASYARAKAT SARAWAK (TERABAI MENUA) bersama seorang pelakon popular dan model wanita Malaysia, Emma Ma'embong telah memberikan sumbangan keranda kepada mendiang Lidek Anak Nasu di Batu 8, Jalan KJD, Sungai Mador, di sini.

Turut hadir dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Pengerusi persatuan, En. Thomas Jagan, yang menyatakan bahawa bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan persatuan dalam membantu keluarga yang memerlukan, khususnya ketika berdepan saat dukacita. Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Emma Maembong atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan.

Sumbangan itu disampaikan bagi meringankan beban kewangan keluarga dalam menguruskan urusan pengebumian, selain sebagai tanda solidariti dan keprihatinan masyarakat terhadap keluarga mendiang.

Pihak persatuan berharap sumbangan itu dapat memberi ketenangan dan sokongan emosi kepada keluarga mendiang, sekali gus menggalakkan semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Menurut pihak persatuan lagi, usaha kebajikan seperti ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa demi memperkukuh nilai empati, perpaduan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar negeri ini.


#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช๐“ฒ๐“ข๐“ช๐“น๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ
#๐“”๐“ท๐“ฝ๐“ฒ๐“ค๐“ด๐“ช๐“ฒ๐““๐“ฒ๐“ช๐“ฝ๐“พ๐“š๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ช๐“๐“ฐ๐“ฒ

04/02/2026

Tiga iku menyadi, tiga macham pengawa, tang satu tuju: Mai inspirasi ngagai kita! ๐ŸŒŸ

Pendingka randau eksklusif tiga semadi ti sama bisi pengawa sereta pemujur diri empu. Arapka randau tu ulih nyadika peransang nembiak kemaia ari. Ninga ka meh ba Segmen Ngela Tengah Hari ba WAIfm Miri ba Program Ruai Ktai! ๐ŸŽ™๏ธโœจ

Anang muai peluang, aram mendingka kami:
๐Ÿ—“๏ธ Haribulan: 5 Feb 2026 (Pagila)
โฐJam: 2:00 - 2:30 Ngalih Hari
๐Ÿ“ป Stesen: WAIfm Miri
๐ŸŽ™๏ธ Program: Ruai Kitai

Address

Samalaju
Bintulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Masyarakat Terabai Menua Pampang Samalaju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share