Bintulu Iqra' Center (B.I.C)

Bintulu Iqra' Center (B.I.C) Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah ditubuhkan sebagai sebuah NGO Islam yang berfokuskan di Bintulu

Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah ditubuhkan sebagai sebuah NGO Islam yang berperanan menangani pelbagai masalah ummah seperti buta Al-Quran, keciciran di dalam pendidikan dan sebagainya. Fokus utama BIC adalah dalam bidang dakwah, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Ziarah Mahabbah Ramadan 1447HBersempena Ramadan yang lepas, Bintulu Iqra Center telah menyantuni beberapa buah keluarga ...
06/04/2026

Ziarah Mahabbah Ramadan 1447H

Bersempena Ramadan yang lepas, Bintulu Iqra Center telah menyantuni beberapa buah keluarga di Kampung Masjid dan sekitarnya. Moga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini dalam menyambut Ramadan & Syawal.

Terima kasih kepada para penyumbang yang berkongsi rezeki termasuk juga sumbangan daripada Baitulmal Bintulu dan Nisa Bintulu. Sedikit yang kita kongsi tetapi besar maknanya buat mereka..

06/03/2026

13/02/2026

02/02/2026
BINTULU IQRA CENTER RAKAM PENGHARGAAN ATAS KEJAYAAN KULIAH DHUHA USTAZ ABDUL SOMADBintulu – Bintulu Iqra Center dengan k...
20/10/2025

BINTULU IQRA CENTER RAKAM PENGHARGAAN ATAS KEJAYAAN KULIAH DHUHA USTAZ ABDUL SOMAD

Bintulu – Bintulu Iqra Center dengan kerjasama Surau Darussyakirin Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program Kuliah Dhuha bersama Ustaz Abdul Somad yang berlangsung dengan penuh keberkatan di Surau Darussyakirin, Bintulu.

Program yang mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat itu berjalan lancar hasil kerjasama padu pelbagai agensi, syarikat dan pertubuhan yang turut sama menyumbang dari segi tenaga, kewangan, logistik dan sokongan moral.

Antara pihak yang diraikan atas sumbangan dan kerjasama mereka ialah Team Khidmat Bintulu, Yayasan Bintulu Port, Hayyat Travel, Klinik Medic Primier, Rizzara Kek Lapis Sarawak, Nasi Bujet Abe Li, Zamzul Ayam Segar, Rimbungaraya Sdn. Bhd., Cahaya Nilam Travel, Top Tents, JKIM MLNG, KBJ Group, OMNI, Dapo Bonda, Baza Net, PEKIDA Bintulu, N67 Jepak, JKKK Kampung Assyakirin, Inspirasi Hijrah Borneo, Famous Pelita, Phantera Studio dan Jaz Design.

Tidak lupa juga kepada Pasukan IPD Bintulu yang telah menjaga keselamatan Ustaz Abdul Somad serta rombongan termasuk juga pasukan rela yang menjaga lalulintas sepanjang Kuliah Dhuha diadakan.

Menurut pihak penganjur, kejayaan penganjuran program ilmu itu adalah hasil kerjasama semua pihak yang menunjukkan semangat ukhuwah dan kecintaan terhadap majlis ilmu.

“Segala jasa baik dan sumbangan yang diberikan amat kami hargai. Semoga Allah SWT membalas segala amal kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda,” ujar wakil Bintulu Iqra Center dalam kenyataannya.

Program Kuliah Dhuha bersama Ustaz Abdul Somad ini turut menjadi platform penyatuan masyarakat melalui pengisian ilmu yang bermanfaat serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam memperkasakan dakwah dan ukhuwah Islamiah di Bintulu.


Address

Bintulu
97000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bintulu Iqra' Center (B.I.C) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bintulu Iqra' Center (B.I.C):

Share