20/05/2026
📌 Ucapan Penghargaan daripada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026 📌
Syabas dan Tahniah .
Tamatlah sudah Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026 anjuran bersama 3 persatuan Dayak iaitu Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN), Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak (Terabai Menua) dan Dayak Bukit Kelingkang (DBK).
Terima kasih kepada Penaja Lokasi iaitu NAIM Street Mall, Bintulu Paragon kerana sudi menyediakan tapak program untuk Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026 dan banyak membantu kami dalam urusan logistik dan teknikal.
Terima kasih juga diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu, Bintulu Development Authority (BDA), Pejabat Residen Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi perhatian serta sokongan kepada penganjuran Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026.
Tidak lupa juga terima kasih kepada pihak RTM Bintulu (Stesen Radio Bintulu FM), Utusan Sarawak, semua pihak media yang terlibat , wartawan, page dan content creator yang terlibat dalam membuat liputan serta promosi tentang Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026.
Terima kasih kepada semua penaja hadiah Cabutan Bertuah dan penaja dana untuk aktiviti, penaja Artis Jemputan serta semua individu yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung.
Begitu juga, terima kasih kepada semua Vendor (Usahawan) yang terlibat dalam aktiviti booth perniagaan/booth pameran pada kali ini.
Terima kasih juga kepada semua Artis Jemputan dan peserta yang membuat persembahan zumba, nyanyian dan kebudayaan (Ngajat).
Terima kasih kepada semua pengunjung yang datang berkunjung ke Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026.
Terima kasih juga kepada semua staf NAIM Street Mall , Bintulu Paragon yang telah membantu kami dalam banyak perkara.
Kepada Terabai Menua dan Dayak Bukit Kelingkang, terima kasih kerana sudi bekerjasama menganjurkan Pasar Gawai Dayak Bintulu dengan kami pada tahun ini.
Dan yang terakhir sekali tetapi paling dekat di hati, terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK yang telah banyak membantu dalam melaksanakan pengisian program.
Saya mewakili 3 persatuan yang bekerjasama dalam jawatankuasa penganjur dan mewakili semua barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) penganjur menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan daripada pihak kami.
Penganjuran Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026 ini adalah pada skala kecil sahaja dan kami harap pada masa akan datang ia ditambahbaik kepada skala yang lebih besar supaya semua urusan penganjuran program menjadi lebih baik.
Akhir kata, Selamat Hari Gawai Dayak tahun 2026.
Oooohaaaaaa !
Daripada,
En.Thwaites Langak
Pengerusi
Pasar Gawai Dayak Bintulu 2026 /
Pengerusi
Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN)