Pejabat Penerangan Daerah Betong

Pejabat Penerangan Daerah Betong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Penerangan Daerah Betong, Community Service, Jalan Tanjung Assam, Betong.

~ Memberikan penjelasan mengenai dasar-dasar dan wawasan negara;
~Menyediakan penerbitan bahan-bahan maklumat dan komunikasi visual;
~ Memperluaskan jaringan komunikasi dalam menguruskan maklumat strategik;

12/06/2026

Inti pati lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun

12/06/2026
12/06/2026

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 memberikan limpahan manfaat kepada Malaysia terutama dalam sektor perdagangan digital, penggunaan media, pembayaran, logistik dan perniagaan rentas sempadan, kata ahli perbankan terkemuka.

Eksekutif Negara di Bank of America Malaysia, Gautam Puntambekar berkata manfaat ekonomi kepada Malaysia dan negara ASEAN lain akan terhasil daripada peningkatan aktiviti ekonomi serta peluang yang wujud menerusi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global berjumlah US$41 bilion (US$1 = RM4.06) serta penciptaan 800,000 pekerjaan yang dijana oleh kejohanan bola sepak itu.

Berita penuh: https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2567246

12/06/2026
12/06/2026

Kira-kira 1,500 pemimpin agama, ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara akan berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok bagi membincangkan isu keamanan global, keharmonian sosial dan pembangunan belia pada Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata persidangan yang dianjurkan dengan kerjasama Muslim World League (MWL) itu mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap peranan Malaysia sebagai negara yang menjunjung nilai kesederhanaan, perpaduan dan dialog dalam memperkukuh keamanan serta kesejahteraan sejagat.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2567339

12/06/2026
12/06/2026

Pencapaian ini mencerminkan komitmen kerajaan menyediakan saluran keadilan yang lebih cepat, mudah diakses dan mesra mangsa dalam menangani kes gangguan seksual. 🤝✨




12/06/2026

Malaysia dan Jepun bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan tenaga seiring dengan usaha berterusan Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi teknologi termaju dan pembuatan bernilai tinggi.

Hasil utama lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Tokyo ialah persetujuan mewujudkan Platform AI Malaysia-Jepun yang akan menghimpunkan syarikat, syarikat pemula niaga dan institusi penyelidikan dari kedua-dua negara untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam bidang AI, inovasi digital dan pembangunan bakat.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam rantaian bekalan semikonduktor, teknologi hijau dan mineral kritikal bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan dan mengurangkan kelemahan dalam rangkaian pembuatan global.

Berita penuh: https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2567367

Address

Jalan Tanjung Assam
Betong
95700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083471573

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share