Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong-PPKMB

Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong-PPKMB Page FB rasmi PPKMB

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MDaripada Pengerusi serta EXCO Persatuan Penduduk Kampung Melayu BetongAs...
26/05/2026

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M
Daripada Pengerusi serta EXCO Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M, kami daripada Pengerusi serta EXCO Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh penduduk Kampung Melayu Betong, ahli persatuan, rakan-rakan komuniti serta umat Islam di mana jua berada.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan. Semoga semangat ini terus menyatukan kita sebagai sebuah komuniti yang harmoni, prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Aidiladha ini sebagai ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menyuburkan semangat muafakat dalam kalangan masyarakat Kampung Melayu Betong.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan kebaikan kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya karim.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada,
Pengerusi serta EXCO
Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong

Bersatu β€’ Maju β€’ Sejahtera

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik "Guru Bitara Nadi Negara"Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripadaPersatuan Penduduk ...
15/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik "Guru Bitara Nadi Negara"

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada
Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong..

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARISPersatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB) telah menyantuni beberapa waris ...
08/05/2026

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS

Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB) telah menyantuni beberapa waris keluarga melalui penyampaian sumbangan khairat kematian sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang telah kehilangan insan tersayang.

Sumbangan telah disampaikan kepada waris keluarga:

Allahyarham Chee bin Abdullah
Allahyarham Haji Zeman bin Tarip
Allahyarhamah Sh Zainab binti Wan Abd Rahman

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha PPKMB dalam memperkukuh semangat kebersamaan, kepedulian dan kebajikan dalam kalangan penduduk Kampung Melayu Betong.

Pihak PPKMB merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat. Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban waris serta menjadi tanda ingatan dan sokongan daripada komuniti Kampung Melayu Betong.

PPKMB
Sepun Sepurok Membangun Kampung






πŸŽ‰ TAHNIAH PASUKAN KAYUH KMKK KAMPUNG MELAYU BETONG REGATTA BETONG TAHUN 2026Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan...
26/04/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH PASUKAN KAYUH KMKK KAMPUNG MELAYU BETONG REGATTA BETONG TAHUN 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan hebat Pasukan Kayuh KMKK Kampung Melayu Betong atas kejayaan cemerlang sehingga dinobatkan sebagai β€œRaja Sungai Batang Layar”. πŸ‘πŸ”₯

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta pengorbanan semua pengayuh dan barisan pengurusan pasukan.

Sekalung penghargaan kepada:
πŸ”Ή Barisan Pengurusan Pasukan
KK Shamsul Anuar (Pengurus), Amat Salleh (Ketua Pasukan), Abang Ali serta seluruh ahli pengurusan darat dan air

πŸ”Ή Barisan Jurulatih
Coach KK Azmi (KK Lundu)
Coach Jali (Hujan Panas Puteri Kilat Lundu)

Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada semua KMKK Kampung Melayu Betong, para penaja MOHAFIZA & INAP DESA YAYATANG, serta seluruh penduduk kampung yang tidak putus-putus memberikan doa dan sokongan.

✨ Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan pasukan, malah mengharumkan nama Kampung Melayu Betong secara keseluruhannya.

πŸ’― Tahniah semua! Teruskan kecemerlangan!




πŸ’ͺ

Kami berbesar hati dapat membantu kelancaran program Regatta Betong 2026
24/04/2026

Kami berbesar hati dapat membantu kelancaran program Regatta Betong 2026

πŸ™ UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah ...
21/04/2026

πŸ™ UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan Pertandingan Memancing Sempena Regatta Betong 2026 yang telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada:

πŸŽ–οΈ Yang Berusaha Encik Laga Kueh
Pegawai Daerah Betong
atas kesudian merasmikan program

🀝 SABERKAS Cawangan Layar
atas kerjasama dan komitmen dalam penganjuran program

πŸ‘₯ Exco Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB)
atas usaha, dedikasi dan pengorbanan dalam memastikan kelancaran program

🎣 Para Peserta
yang telah menyertai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan

πŸŽ‰ Para Pengunjung
atas sokongan dan kehadiran yang memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung

✨ Semoga segala kerjasama dan sokongan yang diberikan ini akan terus memperkukuh hubungan komuniti serta menyumbang kepada kejayaan program-program akan datang.

πŸ’™ Bersama Kita Memperkasa Komuniti, Memeriahkan Regatta Betong

Terima kasih atas sokongan semua! πŸ™Œ

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA REGATTA BETONG 2026🎣 Anjuran:SABERKAS Cawangan Layardengan kerjasama Persatuan Penduduk K...
20/04/2026

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA REGATTA BETONG 2026
🎣 Anjuran:
SABERKAS Cawangan Layar
dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB)

πŸ“… Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
πŸ•› Masa: 12.00 tengah hari – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Waterfront Kampung Melayu Betong
πŸ‘₯ Penyertaan: 91 orang

Pertandingan Memancing sempena Regatta Betong 2026 telah berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pemancing di sekitar Betong. Pelbagai hasil tangkapan telah berjaya diperoleh sepanjang pertandingan yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan.

πŸ† Keputusan Pertandingan
πŸ₯‡ Juara: Mohd Hanif Fahmi bin Abdullah (595 gram)
πŸ₯ˆ Naib Juara: Amirul bin Semal (302 gram)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Abdullah bin Lahat (201 gram)

🎁 Pemenang Saguhati:
1. Wan Jamal (181 gram)
2. Ajis bin Bokeri (165 gram)
3. Ramzi bin Azmi
4. Awang Sallehuddin
5. Junaidi bin Kipli
6. Shahril bin Sharif
7. Mohd Dzulfitri bin Razali
8. Jamaludin bin Lahad
9. Abg Ismawiddin bin Semain
10. Hjh Dayang Teruyah binti Abg Karim
11. Madali bin Mohamad
12. Aminuddin bin Muhamad
13. Muhd Spawi bin Abdullah
14. Abg Kamizi bin Abdullah
15. Muhd Arif Affian bin Jawi

🎯 Program ini bukan sahaja menguji kemahiran para peserta, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti serta memeriahkan lagi sambutan Regatta Betong 2026.

✨ Bersama Memeriahkan Regatta, Memperkukuh Komuniti ✨

πŸŽ£πŸ“’ PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA REGATTA BETONG 2026Anjuran SABERKAS Cawangan Layar dengan Kerjasama Persatuan Penduduk...
16/04/2026

πŸŽ£πŸ“’ PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA REGATTA BETONG 2026
Anjuran SABERKAS Cawangan Layar dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong ( PPKMB )

salam sejahtera,

Ayuh semua pemancing! Anda dijemput untuk menyertai Pertandingan Memancing Sempena Regatta Betong 2026.
πŸ“… Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Tebingan Sungai Layar
(Waterfront Kampung Melayu Betong)
πŸ•¦ Pendaftaran: 11.30 tengah hari

πŸ‘₯ PENYERTAAN
βœ” Terbuka kepada semua pemancing dari Betong & kawasan sekitar
βœ” Terhad kepada 100 penyertaan terawal sahaja
βœ” Pendaftaran secara walk-in
πŸ’° Yuran Penyertaan: RM20.00
πŸ‘‰ (1 peserta = 1 batang joran sahaja)

🎣 SYARAT PERTANDINGAN
πŸ”Ή Peserta hanya dibenarkan menggunakan:
β€’ 1 batang joran sahaja
β€’ Maksimum 2 mata kail bagi satu joran
πŸ”Ή Umpan adalah bebas dan disediakan sendiri oleh peserta
πŸ”Ή Tangkapan yang diambil kira:
β€’ βœ” Udang
β€’ βœ” Ikan
❌ Spesies lain seperti belut / lepuk tidak dikira

βš–οΈ PERATURAN PERTANDINGAN
βœ” Pertandingan bermula selepas arahan pegawai pertandingan
βœ” Semua tangkapan mesti disahkan dan ditimbang oleh pegawai bertugas
βœ” Keputusan hakim/juri adalah muktamad
βœ” Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan jika melanggar syarat
βœ” Hasil tangkapan bagi 5 pemenang teratas menjadi milik penganjur

πŸ† HADIAH MENARIK MENANTI!
πŸ₯‡ Juara: RM500
πŸ₯ˆ Naib Juara: RM300
πŸ₯‰ Tempat Ke-3: RM200
🎁 Saguhati turut disediakan

πŸ”₯ Jangan lepaskan peluang!
Jom sama-sama memeriahkan Regatta Betong 2026!

πŸŽ‰ Jumpa anda di sana! πŸŽ‰



Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan kepada pasukan tar...
06/04/2026

Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan kepada pasukan tarian SK Abg Abd Kadir, Betong yang telah terpilih mewakili Bahagian Betong ke Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2026.

Sumbangan dana ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos perbelanjaan pasukan dalam membuat persiapan serta penyertaan ke pertandingan tersebut.

Pihak persatuan amat berbesar hati dan berbangga melihat bakat serta potensi anak-anak di sekolah ini yang mampu mengharumkan nama Bahagian Betong ke peringkat negeri. Diharapkan sumbangan ini menjadi pemangkin semangat kepada para peserta untuk terus berusaha dengan lebih gigih, berdisiplin dan berkeyakinan tinggi dalam mempersembahkan yang terbaik.

PPKMB juga berharap agar usaha ini dapat menyumbang kepada kemenjadian murid secara holistik, bukan sahaja dari aspek akademik, malah dalam bidang kokurikulum, sahsiah dan jati diri.

Semoga pasukan tarian ini akan mencapai kejayaan yang membanggakan dan seterusnya mengangkat nama sekolah serta Bahagian Betong di persada yang lebih tinggi.

🎣 PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA MINI REGATTA BETONG 2026Anjuran SABERKAS Cawangan Layar dengan Kerjasama Persatuan Pend...
03/04/2026

🎣 PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA MINI REGATTA BETONG 2026
Anjuran SABERKAS Cawangan Layar dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB)

Orang Betong! Jom meriahkan suasana Regatta tahun ini dengan menyertai Pertandingan Memancing yang penuh cabaran dan ganjaran menarik!

πŸ“… 18 April 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tebingan Sungai Layar (Betong Waterfront)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengahari (bergantung pasang surut air)

🎯 Penyertaan Terhad kepada 100 peserta sahaja!
πŸ‘‰ Terbuka kepada penduduk kawasan N.36 Layar Betong
πŸ’° Yuran hanya RM20 sahaja
πŸ“ž Penyertaan secara walk in

πŸ† Rebut peluang memenangi hadiah:
πŸ₯‡ RM500
πŸ₯ˆ RM300
πŸ₯‰ RM200
🎁 5 saguhati RM50 setiap seorang

✨ Ayuh sertai!
Juh meriahkan Mini Regatta Betong

Address

Pusat Komuniti KATENGAH, D/a No. 2, Kampung Tengah, Jalan Datuk Patinggi Udin Betong
Betong
95700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong-PPKMB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share