NADI Kampung Baru Hulu

NADI Kampung Baru Hulu Menyalurkan maklumat dari sumber yang tepat untuk komuniti setempat melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Baru Hulu

Menyediakan latihan asas ICT dan latihan asas keusahawanan secara percuma kepada komuniti. NADI - Merapatkan Jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT.

MAKLUMAN PENUTUPAN NADI Kampung Baru Hulu bersempena Cuti Umum Hari Wesak, Hari Keputeraan YDPA & Sambutan Hari Gawai pa...
30/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN NADI Kampung Baru Hulu bersempena Cuti Umum Hari Wesak, Hari Keputeraan YDPA & Sambutan Hari Gawai pada 31 Mei 2026 (Ahad) sehingga 4 Jun 2026 (Khamis).

Rancang cuti dan perjalanan anda sebaiknya semasa balik ke kampung halaman. Selamat bercuti dari kami petugas NADI.

26/05/2026

Satu video. Satu mesej. Satu pengaruh.

Bagi kanak-kanak, setiap kandungan yang ditonton boleh meninggalkan kesan yang lebih besar daripada yang kita sangka. Kandungan yang tidak sesuai, buli siber, cabaran berbahaya dan tekanan untuk menjadi "sempurna" boleh membentuk pemikiran mereka secara perlahan tanpa disedari.

Apabila skrin menjadi guru, siapa yang mengawal apa yang diajar?

Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita perlu menjadi benteng pertama keselamatan digital anak-anak. Kerana tidak semua yang viral selamat, dan tidak semua yang popular sesuai untuk perkembangan mereka.

26/05/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN NADI Kampung Baru Hulu bersempena Cuti Umum Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026 (Rabu)Selam...
25/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN NADI Kampung Baru Hulu bersempena Cuti Umum Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026 (Rabu)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami petugas NADI✨🕌

🌐 NADI X Kidsventure🖱️ Perisian : Webinar Bijak Kewangan📆 Sabtu, 23 Mei 2026⏰ 10:00am - 11:30am📍 Pusat Sebaran Maklumat ...
23/05/2026

🌐 NADI X Kidsventure
🖱️ Perisian : Webinar Bijak Kewangan
📆 Sabtu, 23 Mei 2026
⏰ 10:00am - 11:30am
📍 Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Baru Hulu

Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :

Whatsapp : https://wa.me/601162930740
Facebook : https://www.facebook.com/NADIKgbaruhulu
Tiktok : https://www.tiktok.com/
Instagram : https://www.instagram.com/nadikgbaruhulu/
Portal : https://kgbaruhulu.nadi.my/

🌐 NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat🖱️ Perisian : Podcast Episod 17 - Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan📆 Ju...
23/05/2026

🌐 NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat
🖱️ Perisian : Podcast Episod 17 - Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan
📆 Jumaat, 22 Mei 2026
⏰ 3:00pm - 4:00pm
📍 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Baru Hulu

Dalam episod podcast kali ini, kita membincangkan topik “Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan” bersama tetamu jemputan, Puan Andriyana Mohd Ghazali, atau lebih dikenali sebagai ChuChu, seorang E-Sports Emcee, shoutcaster, analyst dan KOL yang aktif dalam industri e-sukan tempatan dan antarabangsa.

ChuChu dikenali sebagai antara figura wanita yang berpengaruh dalam dunia e-sukan Malaysia, dengan pengalaman mengendalikan pelbagai kejohanan kompetitif termasuk permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. Selain aktif sebagai caster dan hos, beliau juga mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan dan sering menjadi inspirasi kepada wanita yang ingin menceburi industri ini.

Dalam perkongsian ini, ChuChu berkongsi pengalaman sebenar sebagai wanita dalam industri e-sukan, cabaran yang pernah dihadapi, serta bagaimana beliau membina nama dan keyakinan dalam bidang yang sering didominasi lelaki.

Antara perkara yang dibincangkan:
• Pengalaman menjadi wanita dalam industri e-sukan
• Cabaran dan persepsi masyarakat terhadap caster wanita
• Peranan wanita dalam pembangunan ekosistem e-sukan
• Nasihat dan inspirasi kepada generasi muda yang berminat dalam bidang ini

Episod ini memberi perspektif baharu tentang bagaimana wanita turut memainkan peranan penting dalam membentuk industri e-sukan yang lebih profesional, inklusif dan berkembang maju.

Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Whatsapp : https://wa.me/601162930740
Facebook : https://www.facebook.com/NADIKgbaruhulu
Tiktok : https://www.tiktok.com/
Instagram : https://www.instagram.com/nadikgbaruhulu/
Portal : https://kgbaruhulu.nadi.my/

22/05/2026

Satu klik. Seribu kemungkinan.

Apa yang anak-anak lihat di media sosial hari ini boleh mempengaruhi cara mereka berfikir, berinteraksi dan membuat keputusan pada masa hadapan.

Daripada kandungan bermanfaat hinggalah kepada risiko seperti buli siber, maklumat palsu dan kandungan tidak sesuai, setiap pendedahan digital memberi kesan kepada perkembangan mereka.

Bimbing penggunaan Internet mengikut usia, pantau aktiviti dalam talian dan jadilah sebahagian daripada perjalanan digital mereka. Masa depan digital yang lebih selamat bermula dengan langkah kecil hari ini.


🌐 NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat🖱️ Perisian : Kursus Mahir Masak Intake 3 (Minggu 19 - Pembuatan Burger)📆 Khamis, 2...
21/05/2026

🌐 NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat
🖱️ Perisian : Kursus Mahir Masak Intake 3 (Minggu 19 - Pembuatan Burger)
📆 Khamis, 21 Mei 2026
⏰ 3:00pm - 4:30pm
📍 Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Baru Hulu

Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :

Whatsapp : https://wa.me/601162930740
Facebook : https://www.facebook.com/NADIKgbaruhulu
Tiktok : https://www.tiktok.com/
Instagram : https://www.instagram.com/nadikgbaruhulu/
Portal : https://kgbaruhulu.nadi.my/

Address

Betong
95700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Baru Hulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share