08/06/2026
HEBAHAN KEPADA SEMUA KARIAH
ROAD SHOW AL-QURAN: ASAS TARANUM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Road Show Al-Quran: Asas Taranum akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Jun 2026
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 malam – 10.00 malam
Tempat: Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong
Pembimbing:
Ustaz Haji Morshidi bin Haji Udin
Pengisian Program:
Asas Taranum Al-Quran
Sehubungan itu, semua kariah Muslimin dan Muslimah adalah dijemput hadir bagi bersama-sama menyantuni program ilmu Al-Quran ini.
Program ini merupakan peluang yang sangat baik untuk menambah ilmu bacaan Al-Quran, khususnya dalam asas taranum, bersama pembimbing yang berpengalaman dalam bidang Al-Quran, pernah menyandang Naib Johan MTQ Negeri Sarawak, Penyelia Guru-Guru Quran MAIS serta Hakim Tilawah Peringkat Negeri Sarawak.
Marilah kita sama-sama meluangkan masa untuk hadir dan mengambil manfaat daripada program ini. Pihak kariah juga digalakkan untuk memanjangkan hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan masing-masing.
Semoga kehadiran kita diberkati Allah SWT dan menjadi usaha kecil dalam memartabatkan pembelajaran Al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Semua dijemput hadir.
Masjid Jamek Betong