Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis JAMN PLS πŸ”΅πŸŸ‘ Semoga Allah membalasnya jasa anda dengan sebaik-baik ganjaran dunia akhirat.

Tuan/Puan boleh menyumbang ke :

Maybank
559012315358*
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan :
- Pengarah JAMNPs : 013-4346263 (Tn Abu Huzaifah)
- Pegawai Kewangan JAMNPs : 019-4925459 (Tuan Dr Wan Suhafifi)

Sumbangan Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

TRAINING OF TRAINERS (TOT) & PERTAULIAHAN JURULATIH JAM 2026.Alhamdulillah, pada 14 hingga 16 Ogos 2026, Jabatan Amal Ma...
16/08/2026

TRAINING OF TRAINERS (TOT) & PERTAULIAHAN JURULATIH JAM 2026.

Alhamdulillah, pada 14 hingga 16 Ogos 2026, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis telah menghantar wakil untuk mengikuti program Training of Trainers (TOT) & Pertauliahan Jurulatih JAM 2026 yang berlangsung di Himalaya Camp, Gopeng, Perak.

Latihan ini telah disertai oleh tiga orang Pegawai Negeri Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis, sebagai usaha memperkukuhkan ilmu, kemahiran serta keupayaan anggota dalam bidang latihan dan pengurusan operasi.

Antara pengisian dan aktiviti yang telah disertai sepanjang program ialah:
β€’ Pengenalan dan asas untuk menjadi seorang jurulatih.
β€’ Penerangan serta latihan berkaitan pengucapan awam.
β€’ Pembelajaran teori menghadapi operasi bencana Tahap 1 hingga Tahap 3.
β€’ Simulasi sebenar operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di kawasan air deras

Latihan seperti ini bukan sekadar menambah ilmu, bahkan membentuk jurulatih yang lebih berkemahiran, berdisiplin dan bersedia menghadapi situasi kecemasan serta bencana.

Majlis penutup telah disempurnakan dan dirasmikan oleh, Tuan Shehdi Hezrik, Pengarah BKDK Jabatan Amal Malaysia.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dikongsikan kepada seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis, seterusnya memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, yang menyumbang kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis untuk menghantar pegawai menjalani latihan jurulatih ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala sumbangan para penyumbang semua.

~ Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis.




Alhamdulillah, selesai sudah penganjuran Amal Mega Blood Donation (AMBD) 2026 anjuran Jabatan Amal Malaysia Negeri Perli...
01/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah penganjuran Amal Mega Blood Donation (AMBD) 2026 anjuran Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis bersama ARC Perlis (Alternative Riding Club) dengan kerjasama Unit Tabung Darah HTF yang berlangsung pada hari kelmarin dan hari ini.

Jumlah penerimaan pada hari ini sangat memberangsangkan, seramai 28 orang penderma telah melibatkan diri menderma darah pada hari ini yang berlangsung di Dewan Seri Malau, Beseri. Berdasarkan rekod yang diperolehi kelmarin dan hari ini sebanyak 55 pek darah yang telah diterima oleh Unit Tabung Darah HTF melalui program ini.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih, kepada para penderma darah yang sudi menjadi sebahagian dari mereka yang mampu menyelamatkan nyawa insan yang lain.

Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang cenderahati, moga segala sumbangan kalian Allah berkati. Akhirnya terima kasih, kepada Unit Tabung Darah HTF diatas kerjasama ini.

Setitis Darah, Sejuta Harapan!



Alhamdulillah selesai untuk hari pertama Amal Mega Blood Donation (AMBD) 2026 anjuran Jabatan Amal Malaysia Negeri Perli...
31/07/2026

Alhamdulillah selesai untuk hari pertama Amal Mega Blood Donation (AMBD) 2026 anjuran Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis bersama ARC Perlis (Alternative Riding Club) dengan kerjasama Unit Tabung Darah HTF.

Jumlah penerimaan pada hari ini sangat memberangsangkan, mengikut rekod yang diperolehi seramai 27 orang penderma telah melibatkan diri menderma darah pada hari ini yang berlangsung di Unit Tabung Darah, Hospital Tuanku Fauziah.

Kepada yang tidak berkesempatan pada hari ini, InsyaAllah pada esok hari Sabtu, 1 Ogos 2026 Unit Tabung Darah akan berada di Dewan Seri Malau, Beseri. Jom semua kita derma darah.

Setitis Darah, Sejuta Harapan!



🩸 SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN ❀️Darah yang kita dermakan mungkin hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi nilainya ...
27/07/2026

🩸 SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN ❀️

Darah yang kita dermakan mungkin hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi nilainya mampu memberi peluang untuk seseorang terus bernafas, seorang ibu terus tersenyum, atau seorang anak kembali memeluk keluarganya.

Jangan tunggu sehingga orang yang kita sayang memerlukan darah. Jadilah insan yang sentiasa bersedia membantu sebelum mereka memerlukan.

πŸ“ *AMAL MEGA BLOOD DONATION 2026 (AMBD2026) Semarak Kasih Amal*

πŸ—“οΈ 31 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tabung Darah HTF

πŸ—“οΈ 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Dewan Seri Malau, Beseri

Ayuh bersama-sama kita buktikan bahawa rakyat Perlis kaya dengan semangat prihatin dan kasih sayang.

β€œSetitis darah daripada anda, sejuta sinar harapan buat mereka.”

Sami’na Wa Atho’na.
15/07/2026

Sami’na Wa Atho’na.

[πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ ππ„π’π”π‘π”π‡π‰π€π˜π€ 𝐏𝐀𝐒 ππ„π‘π‹πˆπ’]

ππ„ππƒπˆπ‘πˆπ€π 𝐏𝐀𝐒 ππ„π‘π‹πˆπ’ ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πˆππƒπˆπ•πˆπƒπ” π˜π€ππ† 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐋 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€π‘π“πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π„π‘π“π€πˆ ππ€π‘π“πˆ 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍
β€Ž
β€Ž1. PAS Perlis sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam yang menekankan amanah, kejujuran dan kesetiaan dalam setiap bentuk kerjasama politik.
β€Ž
β€Ž2. Firman Allah SWT dalam Surah Al Isra' ayat ke 34 ;
β€Ž" Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya "
β€Ž
β€Ž3. PAS Perlis berpandangan setiap perjanjian antara parti gabungan perlulah dipatuhi dan dijalankan sebaiknya kerana perlanggaran kepada sebarang perjanjian jelas menunjukkan pengkhianatan dan ketidakharmonian yang berlaku.

4. Sehubungan itu, PAS Perlis berpandangan bahawa setiap isu yang melibatkan pengkhianatan terhadap perjuangan hendaklah ditangani secara bertanggungjawab dan tidak boleh dipandang ringan.
β€Ž
β€Ž5. PAS Perlis menegaskan bahawa kami tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan individu-individu yang berasal daripada Parti Bersatu yang terlibat dengan pengkhianatan kepada PAS kemudian keluar parti Bersatu dan kini menyertai Parti Wawasan, selagi isu pengkhianatan tersebut belum diselesaikan oleh pihak parti Bersatu.
β€Ž
β€Ž6. Pendirian ini diambil sebagai tanda menghormati prinsip amanah serta bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap integriti perjuangan politik.
β€Ž
β€Ž7. PAS Perlis berpandangan bahawa pihak parti Bersatu perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dikenal pasti sebagai dalang kepada pengkhianatan tersebut, sekiranya terdapat asas dan melalui proses yang sewajarnya.

8.Selagi tiada penyelesaian atau tindakan yang jelas terhadap perkara tersebut, PAS Perlis berpendirian bahawa kerjasama politik dengan kumpulan berkenaan tidak wajar dipertimbangkan.

9.PAS Perlis kekal komited untuk memperkukuh kesatuan dalam kalangan rakan-rakan gabungan yang benar-benar ikhlas mempertahankan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
β€Ž
β€Ž10. PAS Perlis akan terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam dan membuat setiap keputusan politik berdasarkan maslahah, keadilan serta kepentingan rakyat.
β€Ž
β€Ž
β€œKembali Kepada Penyelesaian Islam"

AHMAD BIN ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
29 Muharram 1448H / 15 Julai 2026

Address

Beseri

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share