25/09/2026
24 September | Mengenang Dato Ab Rahim Bakar.
Ketika Allahyarham Rahim Ab Bakar berundur dari jawatan MB, beliau berkata, 'Harta yang ada pada saya hanyalah Laut Cina Selatan. '
Betapa dalam maksud kata kata yang simbolik menggambarkan apa yang dipertahankan adalah harta rakyat yang tidak punya apa-apa lagi.
Kembali Ke Rahmatullah.. 17 tahun berlalu, 24 September 2009 kita dikejutkan oleh berita pemergian Dato Ab Rahim Bakar di rumahnya Jalan U Thant. Lahir pada 7 Februari 1943 di Kg Pantai Beserah, kampung nelayan yang pernah melahirkan ramai intelek pasca Perang Dunia 2. Allahyarham merupakan anak Beserah yang mencapai tahap yang tinggi dalam karier politik, ekonomi, sosial dan bahasa.
Ketika zaman muda di Beserah, Ab Rahim, Ibrahim Othman, Razali Abas, Wan Zainal dan rakan sekampung menubuhkan Persatuan Kebajikan Belia Setia. PKBS pernah dinobatkan kelab terbaik kebangsaan.
Tamat pengajian di UM, beliau mulakan karier sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Luar Bandar. Jawatan lain yang pernah disandang antaranya ADO, YDP MPK dan Pengurus Besar LKNP.
Beliau dipilih oleh Tun Hussein Onn sebagai calon PRU 1978 kerusi DUN Beserah. Tun Hussein melihat Allahyarham sebagai seorang yang mahu menjalankan kerja yang betul dan betul-betul mahu bekerja. Maka setelah menang DUN Beserah beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.
Ab Rahim adalah “a man in hurry” yang ketika mengambil-alih Pejabat Menteri Besar Pahang melihat ramai wakil rakyat dan ahli politik menerima kerjaya mereka sebagai kerja keraian dan suka-ria. Maka bagi Allahyarham , banyak yang perlu ditukar, termasuk etika kerja wakil rakyat dan kaedah pemantauan anak syarikat serta yang paling penting tentulah tentang bagaimana kerajaan negeri mengurus harta rakyat yang menjadi amanahnya.
No nonsence, integriti, berprinsip dan tegas menjadikan beliau ahli politik yang menongkah arus. Ketegasan beliau menimbulkan rasa jengkel dan mencipta musuh dalam selimut di kalangan rakan pimpinan di era beliau. Isu dengan Istana digembar gemburkan oleh musuh politik beliau. Isu digambarkan sebagai satu penderhakaan. Bila ditanya beliau berkata yng wujud hanya perbezaan pendapat, ia timbul bila kepentingan rakyat tidak sehaluan dengan kepentingan istana.
Politik berlaku tidak adil kepada beliau. Kesiapan beliau dalam politik bila tidak menyadari musuh dalam selimut yang angguk kepala ketika mesyuarat exco, sebaliknya menjadi batu api dengan pihak Istana. Akhirnya beliau berundur pada 7 Disember 1981.
Sebagai MB Pahang selama 3 tahun, antara perancangan besar beliau dapat kita lihat adalah transformasi Atabara yang kini dipanggil Indera Mahkota. Walaupun karier beliau disekat, sumbangan kepada pembangunan agama dan bangsa diteruskan.
Allahyarham Ab Rahim Bakar merangka sistem pungutan zakat yang moden dan sistematik. PPZ merupakan usaha beliau yang sangat berjaya. Setiap tahun pungutan zakat terus meningkat hasil dari pemodenan yang dilakukan. PPZ menjadi model kepada organisasi zakat di negeri lain.
Pejuang bahasa... Selama 16 tahun beliau mengetuai DBP. Mengangkat martabat Dewan Bahasa bukan hanya sebagai badan yang menerbitkan buku malah memperjuangkan bahasa dan nilai bangsa. Beliau adalah orang yang meluluskan bajet kajian yang besar bagi Majalah Dewan Masyarakat keluaran siri Natrah : Maria Hertogh. Majalah Dewan Masyarakat Keluaran siri Natrah was a massive hit tahun itu. Rekod keluaran sepanjang zaman.
Organisasi yang diterajui mencatat prestasi yang cemerlang. Antaranya Koperasi Shamelin dan sebahai YDP Angkasa..
Penulis politik sering menggambarkan beliau sebagai J***t Moden, imej yang direka oleh ahli politik dan orang berkepentingan yang berusaha menjatuhkan beliau. Namun kejayaan yang dicapai membuktikan kehebatan sebenarnya.
Allahumma firghlahu warhamhu waafihiwa'fuanhu
Admin
15 Astaka
.....