Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor

Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor Tak datang langsung, rugi tanpa ganti.”

πŸ“’ Jawatan Kosong Dibuka Segera!
➑️ Posisi: Penunaian Solat 5 Waktu
πŸ’Ό Syarikat: Dunia Sementara Holdings
πŸ’° Ganjaran: Pahala tanpa had, dibayar terus oleh Allah SWT

πŸ•ŠοΈ β€œDatang awal, dapat saf depan.

πŸŒͺ️ KEJADIAN ANGIN KENCANG DI SURAU AN NUR KAMPUNG PERMATANG SEPAM πŸŒͺ️Dimaklumkan bahawa Surau An Nur Kampung Permatang Se...
01/05/2026

πŸŒͺ️ KEJADIAN ANGIN KENCANG DI SURAU AN NUR KAMPUNG PERMATANG SEPAM πŸŒͺ️

Dimaklumkan bahawa Surau An Nur Kampung Permatang Sepam Tengah telah mengalami kerosakan akibat angin kencang yang melanda kawasan ini.

Kejadian tersebut telah menyebabkan sebahagian struktur bumbung surau rosak. Alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan.

Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan sedang giat dijalankan dengan kerjasama kariah setempat.

Sehubungan itu, pihak surau amat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai bagi menampung kos pembaikan yang diperlukan.

Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. 🀲

KRT Kampung Permatang Sepam
Hasni Mohammad
Onn Hafiz Ghazi
MAJU JOHOR
MEDIA DIGITAL JOHOR
Kementerian Perpaduan Negara

πŸ“–βœ¨ MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON 1 βœ¨πŸ“–Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Peri...
14/04/2026

πŸ“–βœ¨ MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON 1 βœ¨πŸ“–

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 bertempat di Surau Kampung Permatang Sepam.

Program ini melibatkan acara tilawah Al-Quran bagi kategori Tahap 1 (Puteri) dengan penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar zon benut.

Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan diberkati, serta dapat melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran. 🀲

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Dijemput hadir
14/04/2026

Dijemput hadir

06/04/2026

πŸ“–βœ¨ KELAS FARDHU AIN WANITA βœ¨πŸ“–

Assalamualaikum wbt,
Dimaklumkan bahawa Kelas Fardhu Ain Wanita akan diadakan di Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 10 April 2026
πŸ“… 17 April 2026
πŸ•’ Jam 2.00 petang

Dijemput semua muslimah untuk hadir dan bersama-sama menimba ilmu yang bermanfaat.

🀲 Semoga setiap langkah kita dalam mencari ilmu diberkati Allah SWT.




πŸŽ‰ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN πŸŽ‰Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.S...
02/03/2026

πŸŽ‰ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN πŸŽ‰

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negeri Johor ke arah kemajuan dan kemakmuran.

Semoga segala usaha dan kepimpinan yang dicurahkan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. 🀲

Ikhlas daripada:
Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam

MAJU JOHOR πŸ’™



PROGRAM BUBUR LAMBUK WANITASurau An-Nur, Kampung Permatang SepamPermatang Sepam, 28 Februari 2026 (Sabtu) – Program Bubu...
28/02/2026

PROGRAM BUBUR LAMBUK WANITA
Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam

Permatang Sepam, 28 Februari 2026 (Sabtu) – Program Bubur Lambuk Wanita telah diadakan pada jam 7.30 pagi di Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam sempena menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini merupakan anjuran Wanita UMNO dengan kerjasama Muslimah Kariah Surau An-Nur. Para peserta telah bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat setempat sebagai tanda keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki.
Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti, malah turut menyemarakkan suasana Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor
Hasni Mohammad
MAJU JOHOR
KRT Kampung Permatang Sepam
Kementerian Perpaduan Negara
Wanita Umno Malaysia

πŸ“– MAJLIS KHATAM AL-QURAN WANITABenut, 22 Februari 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Wanita telah berlangsung dengan penuh ke...
22/02/2026

πŸ“– MAJLIS KHATAM AL-QURAN WANITA

Benut, 22 Februari 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Wanita telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada jam 9.00 pagi (0900 hrs) di Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam.

Majlis ini merupakan penutup kepada Program Tadarus Al-Quran wanita yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadan. Kehadiran para muslimah kariah mencerminkan komitmen dan kesungguhan dalam mengimarahkan rumah Allah serta memperkukuh ukhuwah sesama masyarakat.

Semoga segala bacaan dan amalan yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan seharian. 🀲✨

Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor
KRT Kampung Permatang Sepam
Hasni Mohammad




Kementerian Perpaduan Negara

πŸ―πŸŒ™ PROGRAM BUBUR MANIS –DI PERKARANGAN SURAU AN-NUR, KG PERMATANG SEPAM πŸŒ™πŸ―Alhamdulillah, Program Bubur Manis telah diada...
20/02/2026

πŸ―πŸŒ™ PROGRAM BUBUR MANIS –DI PERKARANGAN SURAU AN-NUR, KG PERMATANG SEPAM πŸŒ™πŸ―

Alhamdulillah, Program Bubur Manis telah diadakan pada Isnin, 16 Februari 2026 di Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam bersempena penutup bulan Syaaban dan menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Program ini dianjurkan oleh muslimah kariah Surau An-Nur bersama Wanita UMNO, menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada ahli kariah untuk berkumpul, memeriahkan surau, dan sama-sama bersyukur atas kurniaan Allah SWT menjelang bulan yang mulia.

🀲 Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi tambahan keberkatan dalam persiapan menyambut Ramadan.

πŸ“–βœ¨ PROGRAM TADARUS AL-QURAN WANITA – SURAU AN-NUR βœ¨πŸ“–Alhamdulillah, Program Tadarus Al-Quran Wanita di Surau An-Nur, Kamp...
20/02/2026

πŸ“–βœ¨ PROGRAM TADARUS AL-QURAN WANITA – SURAU AN-NUR βœ¨πŸ“–

Alhamdulillah, Program Tadarus Al-Quran Wanita di Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam sedang berlangsung sepanjang 3 hari di bulan Ramadan.

πŸ“… Tarikh:

19 Februari 2026 – Hari Pertama
20 Februari 2026 – Hari Kedua
22 Februari 2026 – Penutup & Khatam Al-Quran

Program ini memberi peluang kepada para muslimah untuk memperkukuh penghayatan Al-Quran, meningkatkan ilmu dan amalan rohani, serta mengeratkan ukhuwah sesama kariah.

🀲 Semoga semua usaha dan kehadiran diberkati oleh Allah SWT.

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM MEGENGAN WANITA SEMPENA RAMADAN βœ¨πŸŒ™πŸ“… 13 Februari 2026πŸ—“ JumaatπŸ•’ 2.30 PetangπŸ“ Surau An-Nur, Kampung Permatang Se...
14/02/2026

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM MEGENGAN WANITA SEMPENA RAMADAN βœ¨πŸŒ™

πŸ“… 13 Februari 2026
πŸ—“ Jumaat
πŸ•’ 2.30 Petang
πŸ“ Surau An-Nur, Kampung Permatang Sepam

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Megengan Wanita bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak dalam suasana penuh ketenangan dan ukhuwah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, pengisian tazkirah ringkas dan bacaan yasin sebagai persediaan rohani dalam menghadapi bulan penuh keberkatan. Kehadiran para muslimah jelas mencerminkan semangat kebersamaan dalam mengimarahkan surau serta memperkukuh silaturahim sesama kariah.

Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada Ramadan yang lebih bermakna, dipenuhi keikhlasan, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
πŸŒ™ Marhaban Ya Ramadan 🀲✨

Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor
KRT Kampung Permatang Sepam
Hasni Mohammad
MAJU JOHOR
Kementerian Perpaduan Negara

12/02/2026

πŸŒ™ MAKLUMAN PINDAAN YASINAN & PROGRAM MEGENGAN πŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadan, program Yasinan Mingguan tidak akan dijalankan bagi memberi ruang kepada ibadah dan pengisian Ramadan.

Sehubungan itu, pihak surau akan mengadakan:

πŸŒ™ PROGRAM MEGENGAN πŸŒ™

πŸ“… Tarikh: 12 Februari 2026
πŸ—“ Hari: Khamis (Malam Jumaat)
πŸ•’ Masa: Selepas Solat Maghrib (7.24 malam)
πŸ“ Tempat: Surau An-Nur
🍽 Jamuan: Makan secara potluck β€” ahli kariah digalakkan membawa juadah secara sederhana untuk dikongsi bersama.

⏰ Perhatian: Semua ahli kariah diminta hadir 10 minit lebih awal bagi melancarkan perjalanan program serta menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah.
Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kariah dalam menyambut kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Sekian, terima kasih.

Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor
KRT Kampung Permatang Sepam
MAJU JOHOR
Kementerian Perpaduan Negara
Ustaz Tido

Address

Kampung Permatang Sepam
Benut
82200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Nur Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share